1 Saintis Ulang Eksperimen Zarah "Lebih Laju Daripada Cahaya"



Para saintis yang mengejutkan dunia fizik dengan laporan uji kaji zarah yang bergerak melepasi had laju alam semesta berkata semalam, mereka sedang mengulangi eksperimen yang mencetuskan perdebatan itu.


"Ujian yang baru telah bermula dua atau tiga hari lalu," kata Timbalan Ketua Institut Fizik Nuklear dan Fizik Partikel Kebangsaan Perancis (IN2P3), Stavros Katsanevas.

"Para pengkritik mengatakan bahawa keputusan kami adalah kesilapan statistikal. Ujian yang baru ini akan membantu kami menjawab kritikan itu," katanya kepada AFP.

Pada 23 September, pasukan itu mengejutkan ahli-ahli fizik partikel dengan mengatakan mereka telah berjaya mengukur neutrino yang bergerak sekitar enam kilometer sesaat lebih pantas daripada halaju cahaya yang diputuskan oleh Einstein sebagai kelajuan yang paling tinggi boleh wujud.

Neutrino itu telah diukur melalui trajektori sepanjang 732 kilometer antara Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Switzerland dan sebuah makmal di Itali.

Menerusi transformasi yang kompleks beberapa daripada proton tiba di destinasi sebagai neutrino dengan perjalanan merentas kerak bumi.


Anda sedang membaca artikel Saintis Ulang Eksperimen Zarah "Lebih Laju Daripada Cahaya" dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/saintis-ulang-eksperimen-zarah-lebih.html. Semoga artikel Saintis Ulang Eksperimen Zarah "Lebih Laju Daripada Cahaya" ini bermanfaat buat anda.


1 comment

30 October 2011 at 03:29

lngsg tak faham pape... hehe

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors