4 Kisah Lembu Dan Manusia



Kisah ini tiada kena mengena dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Hanya sebagai renungan bersama. Enti lepas saya ada post tentang kisah Kisah Lembu Dan Anjing. Kisah kali ini masih lagi berkaitan dengan seekor lembu tapi bukan dengan anjing tetapi lembu dan manusia.

LEMBU OH LEMBU.. KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP..

Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

LEMBU : Aku makan rumput. tuan makan apa?
LELAKI : Aku makan nasi. kita tak sama.

LEMBU : Tuan tidur di mana?
LELAK I: Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.

tiba2 kedengaran laungan azan....

LEMBU : Itu suara apa?
LELAKI : Seruan azan mengajak bersembahyang.

LEMBU : Tuan tak sembahyang?
LELAKI : Tidak.

LEMBU : Jadi Tuan dan saya samalah.
LELAKI : =.="

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)
 
sumber : inibeloghannan
Anda sedang membaca artikel Kisah Lembu Dan Manusia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/kisah-lembu-dan-manusia.html. Semoga artikel Kisah Lembu Dan Manusia ini bermanfaat buat anda.


4 comments

20 October 2011 at 14:25

@azam

awak tak pernah dengar binatang dan tumbuh2an bercakap dengan para nabi spt nabi sulaiman berbicara dgn semut dan begitu juga yang berlaku pada akhir zaman pokok2 di Palestin bercakap memberitahu ttg org yahudi yang bersembunyi. Semua ini tiada yang mustahil di sisi ALLAH. " dan tiap-tiap sesuatu bagi ALLAH itu perkara yang mudah" Kena belajar ilmu tauhid lagi ni, apa yang mustahil bagi ALLAH apa dia? cari jawapan sendiri ye... Lagi satu tgk kat perkataan ni "LEMBU OH LEMBU.. KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP.. " , kan guna perkataan kalau. Kalau ALLAH beri peluang nescaya benda tu tak mustahil... fikir2kan dan selamat beramal

20 October 2011 at 17:48

padan muka tuan lembu..

p/s: igtkn kn pak cik kordi dan lembu beliau tadi.. hihi

20 October 2011 at 22:23

hahahahaha.
artikel ringkas yg mempunyai mesej yg ringkas dan padat.
terima kasih kerana berkongsi

Anonymous
20 October 2011 at 22:25

aik igt x tahu cerita pak cik kordi dan lembu beliau..huhuhu

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors