Mereka menamatkan larian terakhir dengan masa 49.64 saat manakala tempat kedua dirangkul oleh David dan Lacey Castro dengan masa 52.39 saat.
ROCCO ANDREOZZI mendukung Kim Wasko
semasa dia berlari dalam Kejohanan Mendukung Isteri di Resort River Ski
Sunday, Maine kelmarin.
Seramai 47 peserta menyertai pertandingan itu dengan pemenang akan bertanding dalam Kejohanan Mendukung Isteri Peringkat Dunia.
Antara acara yang perlu para peserta lakukan ialah berlari mendaki bukit dan merempuh halangan kawasan yang berlumpur semasa mendukung pasangan mereka.
Pemenang pertandingan menerima cek bernilai AS$620 (RM1,956).

Post a Comment