5 Apa Itu Google Sitelink ?



Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda berkaitan Google Sitelink. Pagi-pagi bila search je perkataan manmala di Google, blog saya dah dapat sitelink. Gembira tak terhingga HAHAHA bila Google beri hadiah berupa sitelink kepada blog saya. Tapi adakah anda tahu  apakah yang dimaksudkan dengan Google Sitelink ?

Google sitelink telah diperkenalkan semenjak tahun 2007 lagi tapi kurang dikenali berbanding dengan Google Pagerank. Sitelinks adalah links-links dibawah nama blog atau web anda yang muncul di hasil carian Google,    sitelinks ini sebenarnya untuk pengetahuan rakan-rakan blogger akan dihasilkan secara automatik, jika sebuah blog atau web memenuhi algoritma sitelinks yang dimiliki oleh google. Sitelinks diberikan kepada sebuah blog atau web agar pengguna lebih mudah menavigasi sebuah blog atau web.



Bagaimana nak mendapatkan Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website?

Sebenarnya ramai blogger yang berpendapat Google Tidak Menjelaskan Bagaimana Kita Boleh Mendapatkan Sitelinks. Namun berikut merupakan terjemahan petikan dari blog agusale.com (Indonesia) mengenai kelebihan yang perlu ada pada sesuatu blog atau website bagi memiliki Google Sitelinks ;
  1. Blog atau website yang mendapat kedudukan teratas bagi sesuatu carian Google.
  2. Blog atau website mudah diakses oleh spider.
  3. Blog atau website mengalami aliran traffic yang tinggi.
  4. Mempunyai high natural search traffic.
  5. Outbound links yang useful.
  6. Inbound link dari site berkualiti tinggi (bertraffic tinggi).
  7. Blog atau website yang berusia setahun atau lebih.

Apa pula kelebihan memiliki Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website?

Sudah semestinya visitor lebih mudah untuk mencari blog atau website tersebut dari carian Google. Malah peratus carian oleh spider-spider Google akan lebih tinggi. Kalau korang perasan bukan semua Google Sitelinks pada sesuatu blog atau website mempunyai jumlah bilangan link yang sama. Ia mengikut traffic sesuatu entri, ada yang 3 links, ada yang 6 links, ada juga 8 links. Blog manmala cuma ada 6 sitelink yang diberikan oleh Google.

Bolehkah saya mendapat google sitelinks sekiranya Pagerank dan Alexa ranking saya rendah?

Boleh! Sebenarnya google sitelinks tidak dipengaruhi oleh kenaikan atau penurunan Pagerank blog. Pagerank cuma menentukan kedudukan sesuatu keywords dalam SERP. Sekiranya anda masih belum memiliki PR yang baik, apa kata anda mempelbagaikan kata kunci dengan menggunakan konsep ‘kata kunci tidak kompetitif’ untuk bersaing dengan kata kunci blog yang mempunyai PR lebih baik. 

Tapi blog saya baru setahun jagung dan menggunakan platform blogspot.

Tiada masalah. Bahkan saya yakin ada di antara blog yang mendapat google sitelinks seawal usia 4 bulan.Macam blog saya ni. hehehe

Tapi perlu diingat, Google Sitelink juga sama seperti seperti pagerank iaitu sentiasa di update oleh Google. Links pada Google Sitelink berkemungkinan akan bertambah, berkurang mahupun hilang jika blog yang dinilai itu tidak diupdate.


sumber : mamamurai dan suffer.frenzyfm
Anda sedang membaca artikel Apa Itu Google Sitelink ? dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/10/apa-itu-google-sitelink.html. Semoga artikel Apa Itu Google Sitelink ? ini bermanfaat buat anda.


5 comments

18 October 2011 at 11:37

hehehe.. blog kb pun ad.. bru pas check.. :)

18 October 2011 at 11:53

@kotak bulat rezekilah tu namanya...

18 October 2011 at 12:33

blog saya pon dapat sitelink jugak.. :)

18 October 2011 at 13:41

blog sy x sampai sebulan pon lgi.. hihih

18 October 2011 at 14:59

@FaKArePa!n InsyaALLAH sampai masa yg sesuai GOOGLE akan berikanlah tu.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors