0 Lima 'import' Taruhan Singapura




SINGAPURA meletakkan  lima pemain 'import' bagi menyekat dan meghadapi  kemaraan Malaysia pada saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014yang akan berlangsung di Stadium Jalan Besar pada 23 Julai dan Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai itu dikeluarkan di laman web ww.fas.org.sg semalam.

Jurulatih, Radojko Avramovic menyenaraikan lima pemain 'import' dalam skuad kendaliannya itu yang terdiri daripada 25 pemain.

Antara import yang menjadi sandaran mereka ialah dua pemain dari China, Qiu Li dan Shi Jiayi serta Daniel Bennett (England), Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Aleksandar Duric (Bosnia) yang kesemuanya telah diberi kerakyatan Singapura.

Antara muka baru ialah Ismail Yunos, Shaiful Esah, Hamqaamal Shah Hamzah, Hariss Harun, Andrew Tan dan Khairul Nizam Kamal.

"Ini merupakan 25 pemain terbaik yang kami ada. Saya tidak akan panggil pemain lain kerana tiada masa lagi untuk membuat eksperimen. Harap tiada masalah kecederaan," kata Avramovic.

Selepas menewaskan Maldives 4-0 pada 7 Jun lalu dan Etoile FC 2-1 pada 30 Jun lalu, skuad Singapura bakal mengharungi aksi persahabatan terakhir menentang Laos pada 18 Julai.
Anda sedang membaca artikel Lima 'import' Taruhan Singapura dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/lima-import-taruhan-singapura.html. Semoga artikel Lima 'import' Taruhan Singapura ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors