Dalam hal ini, puasa pada hari tersebut dianggap haram mengikut pandangan dalam Mazhab Imam al-Syafie dan beberapa sahabat Nabi SAW antaranya Umar al-Khattab, Ali, Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan Abu Hurairah. Bahkan hendaklah dianggap bahawasanya hari tersebut merupakan hari terakhir dalam Syaaban iaitu hari ke 30.
Ini berdasarkan kepada satu hadis yang sahih menurut pandangan Imam al-Tirmizi dan diriwayatkan juga oleh Abu Daud daripada hadis Ammar bin Yasir bahawasanya Rasulullah pernah bersabda: "Barang siapa yang berpuasa pada hari syak, maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Aba al-Qasim (Nabi SAW)".
Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban.
Pendapat ini adalah bersumberkan satu hadis daripada Abu Hurairah bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda: Jangan kamu mendahului bulan Ramadan dengan berpuasa sehari atau dua hari lebih awal, kecuali puasa yang berkebetulan dengan kebiasaan (adat) seseorang di kalangan kamu… (riwayat Bukhari 1914, Muslim 1082, Abu Daud 2335 dan al-Tirmizi 684.)
1 comment
saya nak bertanya mengenai puasa. sekiranya saya berada di thailand, puasanya jatuh pada hari jumaat. tetapi di malaysia pada hari sabtu. adakah saya perlu berpuasa pada hari jumaat itu sekiranya saya bergerak balik ke malaysia pada hari jumaat pukul 3.15 ptg (waktu di thailand) dan sampai di malaysia pukul 6.30 ptg (waktu malaysia)? jika saya tidak berpuasa kerana saya menganggap saya musafir, adakah saya perlu menggantikakannya? walhal hari jumaat itu adalah hari syak di malaysia. sekiranya saudara mempunyai jawapan, mohon emailkan kepada saya di ceqmas@gmail.com. terima kasih
Post a Comment