1 MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL , PUJIAN PEN. JURULATIH LAWAN KEATAS SAFEE DAN SAFIQ



SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.

Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali.

Biarpun tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan petang semalam, jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal sudah boleh tersenyum lega.

Ini kerana ada peningkatan yang dipamerkan pemain negara berbanding ketika kekalahan 0-4 kepada Arsenal Rabu lalu, terutamanya tindakan penyudah yang dinanti-nanti selama ini telah ditemui.

Malah Rajagobal juga gembira apabila ayam tambatannya, Safee Sali yang baru pulih daripada kecederaan, membuktikan ketajamannya dengan dua jaringan, sekali gus mampu menjadi inspirasi apabila bertandang ke Singapura pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 nanti.


Rajagobal melakukan empat perubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Sharbinee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England, membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ke-25 berjaya di- padam oleh sepakan percuma Safiq yang menewaskan Brad Jones minit ke-42.

 
Charlie Adam (tengah) menjaringkan gol pertama Liverpool melalui sepakan penalti. 

Skuad kebangsaan bermula baik pada babak kedua tetapi kelalaian benteng pertahanan membenarkan Ngog mudah meledak dua gol pada minit ke-67 dan ke-68 menewaskan penjaga gol gantian, Khairul Fahmi Che Mat.
Pemain Malaysia meraikan jaringan pembukaan Safiq Rahim pada perlawanan dengan Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Ketinggalan 1-3, Rajagobal memasukkan Safee pada minit ke-69 dan percaturan itu ternyata berhasil apabila penyerang Pelita Jaya itu berjaya meledak dua gol. Terdahulu Liverpool berjaya menambah gol keempat menerusi sentuhan Rodriguez pada minit ke-74.
PENJAGA gol Liverpool, Martin Hansen hanya melihat bola rembatan Safee Sali (kiri) untuk gol ketiga Malaysia.
Bagaimanapun semangat para pemain negara kembali melonjak apabila Safee menjaringkan gol kedua pada minit ke-78. Ia berpunca daripada kegagalan penjaga gol gantian Liverpool, Martin Hansen menangkap kemas bola rembatan Amirulhadi Zainal. Tiga minit kemudian, Safee merapatkan kedudukan 3-4 apabila pantas menyudahkan hantaran leret Rizal Fahmi Ab. Rosid untuk menewaskan Hansen buat kali kedua. Namun harapan untuk melihat Harimau Malaya bangkit menyamakan kedudukan tidak kesampaian apabila kelekaan barisan pertahanan sekali lagi dihukum pada masa kecederaan. Rodriguez menjaringkan gol kelima Liverpool pada minit ke-90, manakala Dirk Kuyt melengkapkan gol keenam minit ke-93.

Penolong jurulatih Liverpool, Steve Clark mengakui kehebatan kapten Malaysia itu dalam meledakkan gol pertama agak mengejutkannya.

Malah menurut Clarke lagi, kemasukan Safee pada 20 minit terakhir permainan berjaya menaikkan semangat pemain negara dengan ketajaman penyudah dan keghairahan memburu gol.

"Bagi saya jaringan pemain No. 8 (Safiq) menerusi sepakan percuma sangat cantik sekali.
"Malah dia juga banyak memainkan peranan dalam gerakan Malaysia," kata Clark pada sidang media semalam.

"Penyerang No. 10 (Safee) pula bermain dengan hebat. Dua jaringannya serta keghairahannya memburu gol berjaya memberi tekanan kepada kami.
Anda sedang membaca artikel MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL , PUJIAN PEN. JURULATIH LAWAN KEATAS SAFEE DAN SAFIQ dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/malaysia-3-6-liverpool.html. Semoga artikel MALAYSIA 3 - 6 LIVERPOOL , PUJIAN PEN. JURULATIH LAWAN KEATAS SAFEE DAN SAFIQ ini bermanfaat buat anda.


1 comment

17 July 2011 at 12:51

thniah malaysia :) wlupun kalah.

nxt game with chlsea

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors