0 Akaun Twitter Fox News digodam, sebar Obama mati



WASHINGTON: Agensi Perisikan Amerika Syarikat kini sedang menyiasat perbuatan penggodam ke atas akaun Twitter rasmi milik Fox News yang menyebarkan siri mesej mendakwa Presiden Barack Obama sudah mati.

Dalam kandungan Twitter untuk rangkaian televisyen berita politik - @FoxNewspolitics — menerbitkan beberapa siri 'mesej palsu dan berbaur hasutan' bermula jam 2 pagi waktu tempatan semalam.
Fox News mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan sebelum semua mesej berkenaan diturunkan berapa jam kemudian.

“@BarackObama baru saja meninggal dunia. Presiden sudah mati. Tarikh 4 Julai yang amat menyedihkan. Presiden Barack Obama sudah meninggal," demikian mesej yang disampaikan semula dalam rangkaian sosial Twitter berkenaan.

Sebaik berita palsu itu disebarkan, penggodam tampil dan mengumumkan bahawa mereka kini sedang 'menguasai' akaun berkenaan dengan menghantar mesej:
“Selamat melayari akaun Twitter dan emel anda. Bergembira pada tarikh 4 (haribulan)."

Mesej itu kemudian disebarkan semula ribuan dalam laman micro dan menjadi tajuk berita di seluruh dunia bahawa Obama ditembak dua kali di Ross Restaurant di Iowa ketika mengadakan gerakan kempennya.
Namun pemimpin nombor satu Amerika itu sebenarnya berada di Washington, bukan di Iowa, dan sedang merancang bersama keluarganya untuk meraikan 4 Julai dengan keluarga anggota tentera, lewat hari ini.

Fox News berkata, perbuatan penggodam itu sedang disiasat dan amat kesal serta tertekan berikutan mesej palsu yang disebarkan itu. - AFP
Anda sedang membaca artikel Akaun Twitter Fox News digodam, sebar Obama mati dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/akaun-twitter-fox-news-digodam-sebar.html. Semoga artikel Akaun Twitter Fox News digodam, sebar Obama mati ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors