1 JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan



JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan? Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Feb ini.

Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.

JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Jan, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Bharu (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).

Selain itu, pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Feb, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Feb serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Feb.

JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak.



Anda sedang membaca artikel JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/12/jpn-mula-keluarkan-mykad-baru-mulai-3.html. Semoga artikel JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan ini bermanfaat buat anda.


1 comment

Anonymous
31 December 2011 at 13:04

macam xde perubahan jew.. huhu
dah bnyak kali tukr mykad lollz.. *dompet ilang, nak wat cm ner ;D

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors