5 Hotel Tergantung Di Puncak Gunung




Hotel Tergantung Di Puncak Gunung? Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.

Hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.



Anda sedang membaca artikel Hotel Tergantung Di Puncak Gunung dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/12/hotel-tergantung-di-puncak-gunung.html. Semoga artikel Hotel Tergantung Di Puncak Gunung ini bermanfaat buat anda.


5 comments

12 December 2011 at 18:24

takut r..gayat :D

12 December 2011 at 22:20

erk..mesti akan rasa seram sejuk je bila ada kat sana...huuhh~

13 December 2011 at 02:24

nice derrr

13 December 2011 at 02:24

@Ezad Skytech

tapi boleh nikmati keindahan.. kira berbaloi la tuhh

19 December 2011 at 11:01

tido tak nyenyak la klu saya yg duduk kat hotel tu...takut..:)

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors