1 Sungai Di Dalam Laut




Sungai Di Dalam Laut ? Jika anda termasuk dalam kalangan mereka yang gemar menonton rancangan TV 'Discovery' pasti kenal Mr. Jacques Yves Costeau, dia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari, ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba dia menemui beberapa kumpulan mata air tawar yang segar dan sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." - Surah Al-Furqan (Ayat 53)

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Dia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinasi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun dia masih belum menemui jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehingga suatu hari dia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian dia menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (Surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi:-

"Dia biarkan dua lautan bertemu." - Surah Ar-Rahman (Ayat 19)
"Di antara keduanya ada sempadan yang tidak boleh ditembus" - Surah Ar-Rahman (Ayat 20)

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Quran ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman yang mana belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.

Berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam benar-benar suatu mukjizat. Akhirnya terbukti pada abad 20, Mr. Costeau berkata bahawa Al Quran memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah benar belaka. Justeru itu, dia lalu memeluk Islam.

Allahu Akbar. Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air".
Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?"
Rasulullah s.a.w. berkata, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air masin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

Setengah pengkaji mengatakan, ia bukanlah sungai biasa, ia adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai. Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?" - Surah Ar-Rahman (Ayat 13)


sumber : iluvislam



[Read More...]


1 JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan



JPN Mula Keluarkan MyKad Baru Mulai 3 Jan? Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat mulai Selasa ini.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Feb ini.

Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan Polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

Selain itu, MyKad baru mempunyai "ghost image" yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku.

JPN yakin pengeluaran MyKad baru yang mengikuti piawaian antarabangsa tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.

MyKad baru telah menambahbaik keseluruhan percetakan keselamatan MyKad dengan tekonologi terkini dan ia telah memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan "overlay" dengan reka bentuk yang telah ditambahbaik.

Cawangan JPN di negeri-negeri lain seperti Kluang dan Ipoh akan mengeluarkan MyKad baru pada 10 Jan, Johor Bahru (14 Jan), Kuantan (15 Jan), Melaka (17 Jan), Kuching dan Kota Bharu (20 Jan), Kuala Terengganu dan Pulau Pinang (29 Jan).

Selain itu, pejabat JPN Alor Setar akan mengeluarkan MyKad baru pada 2 Feb, Miri (6 Feb), Kota Kinabalu dan cawangan-cawangan lain pada 7 Feb serta cawangan di Wilayah Persekutuan pada 15 Feb.

JPN akan mengambil tempoh masa sehari untuk mengeluarkan MyKad struktur baru di cawangan-cawangan JPN yang dinyatakan.

Lain -lain cawangan JPN akan mengambil masa 10 hari bekerja di Semenanjung dan maksimum 30 hari di Sabah dan Sarawak.



[Read More...]


5 Bapa Cipta Basikal Gergasi Untuk Anak




Bapa Cipta Basikal Gergasi Untuk Anak? Seorang bapa, Zhang Yali menghabiskan masa selama dua bulan untuk mencipta sebuah basikal gergasi bersama seorang rakannya di sini.

Yali yang berusia 49 tahun mencipta basikal itu sebagai hadiah untuk anak lelakinya yang berusia 25 tahun dan bekerja sebagai kartunis sambilan di Shenzhen, wilayah Guangdong, China.

Basikal itu setinggi 3.2 meter dan panjang 5.5 meter.

Yali membelanjakan lebih 20,000 yuan (RM9,970) untuk mencipta basikal seberat lebih satu tan itu. Menurut keluarga Yali, mereka akan mengayuh basikal itu dari Jilin ke Shenzhen.




[Read More...]


2 Penggodam Derma Guna Kad Kredit




Penggodam Derma Guna Kad Kredit? Kumpulan penggodam antarabangsa, Anonymous memberi sumbangan kepada beberapa pertubuhan amal menggunakan maklumat kad kredit yang dicuri daripada syarikat keselamatan Stratfor yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan akhbar Telegraph, seorang daripada penggodam berkata sumbangan itu adalah permulaan bagi serangan serupa yang akan dilakukan sepanjang minggu ini.

“Kami akan menggunakan maklumat kad kredit yang berjaya dikumpul untuk membuat lebih banyak sumbangan sehingga mencecah AS$1 juta (RM3 juta),” menurut penggodam itu melalui akaun Twitter kumpulan tersebut.

Sumbangan itu dibuat selepas Anonymous berjaya mendapat maklumat sulit daripada Stratfor, syarikat yang turut menyimpan data bagi tentera AS dan Jabatan Polis Miami AS.

Anonymous mendakwa Stratfor gagal mengunci maklumat kad kredit yang disimpan, sesuatu yang memalukan bagi sebuah syarikat keselamatan.



[Read More...]


1 Kapal Selam Berbahaya Di Dunia



Kapal Selam Berbahaya Di Dunia? Kapal selam adalah kenderaan yang bergerak di bawah air, selalunya untuk tujuan ketenteraan. Kebanyakan tentera laut "navy" memiliki kapal selam. Kapal selam juga digunakan untuk kajian sains laut dan air tawar dan untuk bertugas di kedalaman yang tidak sesuai untuk penyelam manusia.

Kapal selam amat berguna kepada tentera kerana ia mampu menghampiri mangsa mereka tanpa dikesan, kemudian menyerang pada jarak dekat. Banyak perhatian diberikan dalam rekabentuk kapal selam untuk membolehkan mereka bergerak dalam air secara senyap untuk menghalang ia dikesan oleh kapal musuh dan kapal selam.

Kapal selam ketenteraan biasanya terbahagi kepada dua jenis: kapal selam pengangkut peluru berpandu balistik dan kapal selam penyerang.

Kapal selam peluru berpandu balistik (atau boomers, dalam loghat Amerika) membawa peluru berpandu senjata nuklear bertujuan untuk menyerang sasaran strategik seperti bandar atau silo peluru berpandu yang terletak di mana-mana kawasan di dunia. Kesemuanya berkuasa nuklear, untuk mengekalkan ciri-ciri paling senyap dan paling tahan menyelam.

Kapal selam penyerang biasanya membawa torpedo untuk menyerang kapal tentera laut, dan kadang kala peluru berpandu krus untuk menyerang sasaran darat atau kapal. Kapal selam penyerang menggunakan pelbagai sistem tujahan. Kebanyakannya menggunakan gabungan diesel-eletrik yang serupa dengan apa yang dimajukan pada awal abad ke 20, banyak yang menggunakan kuasa nuklear, dan semakin banyak yang menggunakan bentuk lain tujahan bebas udara seperti sel bahan api atau enjin Stirling.

Berikut adalah 10 Kapal selam paling merbahaya di dunia :-

1. Los Angeles Class – USA

Kelajuannya boleh mencapai 20 knot dengan spesifikasi senjata tempur 4 bow tubes10Mk48 ADCAP torpedo reloadsTomahawk land attack missile block 3 SLCM, Harpoon anti–surface ship missile, Mine laying Mk67, Mobile Mk60 captor mines.

2. Rubis Class – France

Kelajuan kapal selam ini boleh mencapai 25 knot dengan spesifikasi senjata tempur 4 Anti-submarine tubesF17 mod2 torpedoes14 Exocet SM39OR, Mines in place of torpedoes.

3. Victor III Class – Soviet Union

Kelajuan mencapai 32 knot dengan spesifikasi senjata tempur 2 x SS-N-15 ‘Starfish’ anti-submarine missiles, plus 2 x SS-N-21 ‘Sampson’ cruise missiles or 2 x SS-N-16 ‘Stalion’ missiles2 x 650-mm and 6 x 533-mm bow tubes (two 533-mm tubes with 406-mm liners). 6 x 650-mm torpedoes an up to 18 x 533-mmOR, 36 ground mines in place of torpedoes.

4. Sierra Class – Soviet Union

Kelajuannya mencapai 10 knot dengan spesifikasi senjata tempur SS-N-15 Starfish or SS-N-16 Stallion anti- submarine missiles; SS-N-21 Samson cruise missiles4 x 650-mm and 4 x 533-mm torpedo tubesOR, 42 mines in place of torpedoes.

5. Trafalgar Class – UK

Kelajuanya mencapai 30 knot dengan spesifikasi senjata tempur 5 x 21 inch torpedo tubesTomahawk land-attack cruise missilesSpearfish wire-guided heavyweight torpedoes. Harpoon anti surface missiles.

6. Type 093 Shang Class – China

Kelajuanya mencapai 35 knot dengan spesifikasi senjata tempur YJ-82 anti-ship missiles6 x 533-mm torpedo tubes.

7. Astute Class – UK

Kelajuannya mencapai 29 knot dengan spesifikasi senjata tempur Tomahawk cruise missiles; Harpoon anti-ship missiles in place of torpedoes6 x 533-mm bow tubes for 36 Spearfish torpedoesOR. Mines in place of torpedoes.

8. Seawolf Class – USA

Kelajuan mencapai 18 knot dengan spesifikasi senjata tempur 8 x 660-mm torpedo tubes for 50 torpedoes or cruise missiles OR Up to 100 mines in place of torpedoes or missiles.
 
9. Akula II Class – Soviet Union

Kelajuan mencapai 12 knot dengan spesifikasi senjata tempur 4 x 650 mm and 4 x 533-mm torpedo tubes for up to 40 torpedoes or missiles OR Up to 42 mines in place of torpedoes.

10. Virginia Class – USA
Kelajuannya boleh mencapai 25 knot dengan spesifikasi senjata tempur 12 x vertical launch system tubes for UGM-109 Tomahawk missiles4 x 533-mm bow tubes for Mk.48 torpedoes, Smart mines in place of torpedoes.




[Read More...]


2 Cara Memasukkan Keyword Di Dalam Banner



Cara Memasukkan Keyword Di Dalam Banner?  Keyword atau kata kunci menjadi satu faktor yang sangat penting untuk mendapatkan dan  meledakkan traffik blog kita dengan dari carian melalui search engine oleh pelayar internet. Penggunaan keyword yang sering dicari oleh pelayar internet atau visitor pasti mampu memberikan jumlah pengunjung yang ramai ke blog kita. 

Kali ini, saya berkongsi dengan anda untuk memahami cara untuk memasukkan keyword pada banner yang telah kita design sebagai salah satu cara pertukaran banner yang biasanya menjadi kebiasaan blogger. Kita akan memasukkan keyword kita pada code banner kita. Seperti yang kita ketahui, banner / link exchange dapat menambahkan backlink seterusnya meningkatkan PageRank blog kita. Jadi, jika kita ingin meningkatkan PageRank blog kita, cara ini boleh menjadi senjata SEO yang baik untuk blog kita.

Untuk design banner, saya rasakan ianya  sama sahaja. Apapun ukuran size banner, animasi atau hanya gambar biasa, semua sama di mata Google. Google tidak mengambil peduli cantik atau tidak, design banner yang kita dah create, Google hanya membaca Script HTML dari banner tersebut.

Berikut adalah tutorial Cara Memasukkan Keyword Di Dalam Banner anda :-


<!-- Banner -->
<a href=URL BLOG><img border="0" alt ="KEYWORD BLOG" src="URL GAMBAR"/></a>
<noscript><a href="URL BLOG" title="KEYWORD BLOG"><b>KEYWORD BLOG</b></a></noscript>
<!-- End Banner -->

Contoh :

<!-- Banner -->
<a href="http://manmala.blogspot.com"><img border="0" alt ="tutorial blogger, backlink, tips SEO, keyword" src="http://robots1996.fileave.com/contoh.jpg"/></a>
<noscript><a href="http://manmala.blogspot.com" title="tutorial blogger, backlink, tips SEO, keyword"><b>tutorial blogger, backlink, tips SEO, keyword</b></a></noscript>
<!-- End Banner -->

Dalam code diatas, kita menggunakan tag <noscript>, ini bertujuan agar script itu tidak akan kelihatan oleh pengunjung blog kita. Dari sini, kita boleh menambah beberapa kata kunci/keyword dari blog kita pada banner tersebut. Sekarang kongsikan banner anda yang telah anda masukkan keyword ke blog teman anda, sehingga rakan blog anda boleh meletakannya di blog mereka. Saya mengalu-alukan kepada anda agar boleh bertukar Link dan Banner/Link Exchange dengan  banner/link dengan blog saya ini.


tutorial blogger, backlink, tips SEO, keyword



special thanks : Blog SEO DAW-XP



[Read More...]


5 Misteri Bola Metalik Jatuh Dari Langit




Misteri Bola Metalik Jatuh Dari Langit? Sebiji bola metalik gergasi yang berdiameter 1.1 meter dan berat enam kilogram jatuh dari langit di sebuah kampung di utara Namibia, 750 kilometer dari sini pada November lalu.

Pihak berkuasa Namibia kini menghubungi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan dan Agensi Angkasa Eropah bagi mendapatkan maklumat mengenai bola tersebut.

Institut Sains Forensik Kebangsaan Namibia bingung tentang bola tersebut dan tidak mengetahui dari mana asalnya.

Bola metalik itu ditemui oleh seorang petani di wilayah Omusati.

Menurut beberapa saksi, bunyi kuat kedengaran sebelum ia ditemui seorang petani yang kemudian memberitahu polis.

Bola itu kini dalam simpanan pihak polis.



[Read More...]


2 Pelaksanaan Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Ditangguhkan




Pelaksanaan Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) Ditangguhkan? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN




[Read More...]


0 Wang Kertas Dan Syiling Baru Malaysia 2012



Wang Kertas Dan Syiling Baru Malaysia 2012? Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan reka bentuk wang kertas baru termasuk not RM20 baru yang akan mula diedarkan tahun depan.

Wang kertas RM20 kembali diperkenalkan dalam siri matawang baru Malaysia. Wang berwarna kuning keemasan itu memaparkan dua spesis penyu yang hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu penyu karah dan belimbing.

Semua wang kertas baru akan diedarkan pertengahan tahun depan.

Not RM50 sudah pun diedarkan dan syiling yang dilancarkan Julai lalu akan diedarkan Januari 2012.

Gambar berikut merupakan design duit kertas dan syiling baru Ringgit Malaysia yang akan dikeluarkan pada Julai tahun depan. Selain reka bentuk baru, warna pada duit kertas tersebut juga dipadankan dengan warna-warna yang menarik.







[Read More...]


2 Pemandangan Kokpit Kapal Angkasa Shuttle Atlantis



Dek penerbangan kapal angkasa Shuttle Atlantis dipenuhi butang dan skrin.

Pemandangan Kokpit Kapal Angkasa Shuttle Atlantis? Koleksi gambar kokpit kapal angkasa Shuttle Atlantis milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) didedahkan buat pertama kali kepada umum.

Ia menunjukkan suasana kompleks di dalam kokpit tersebut yang dipenuhi susunan butang, tombol dan skrin.

Program kapal angkasa Shuttle NASA berakhir pada Julai lalu dengan Atlantis akan dipamerkan di Pusat Angkasa Kennedy, negeri Florida, bermula penghujung 2012.

Namun, para pengunjung tidak akan dibenarkan untuk masuk ke dalam kokpit tersebut.
[Read More...]


1 CUEPACS Gesa Kakitangan Awam Tidak Menandatangani SBPA






CUEPACS Gesa  Kakitangan Awam Tidak Menandatangani SBPA? Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kakitangan awam tidak menandatangani surat opsyen menerima skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) sehingga wakil mereka bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, satu pertemuan dengan Najib akan diadakan pada 22 Disember ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dekat sini bagi meluahkan kekecewaan mereka mengenai kelemahan skim baru itu.

Beliau berkata, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri itu nanti, pihaknya akan memaklumkan mengenai beberapa kelemahan yang terdapat dalam SBPA kerana ia dibimbangi menganiayai kakitangan awam.

"Saya yakin Perdana Menteri sendiri pun tidak tahu wujudnya kelemahan dalam pengenalan skim ini kerana tidak diberi penjelasan terperinci oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab menerangkan kepada beliau dan kami yakin beliau akan faham dengan masalah kami.

"Justeru, kami menggesa setiap kakitangan awam supaya tidak menandatangani surat opsyen menerima skim berkenaan sehingga kami selesai pertemuan dengan Perdana Menteri," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kali Ke-11 Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal (KSKM) di Hotel Carlton Holiday di sini hari ini.

SPBA diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lalu yang menjanjikan skim gaji lebih baik berasaskan merit serta kenaikan tahunan di antara RM80 dan RM300. 

Omar berkata, menerusi SBPA mereka yang menerima markah kurang daripada 70 selama tiga tahun berturut-turut selepas dibuat penilaian oleh pegawai mereka akan dinasihatkan untuk bersara awal.

"Ini hanya akan mewujudkan budaya bodek pegawai dan selepas ini kita akan lihat ramai kakitangan sokongan keluar untuk minum teh tarik bersama pegawai mereka di kantin pejabat supaya mereka akan dinilai dengan markah yang baik setiap tahun.

"CUEPACS bukan menolak cadangan untuk mewujudkan kakitangan awam berprestasi tinggi tetapi kami yakin ada cara lain untuk menentukannya," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam ketika ditemui pemberita di Seri Kembangan hari ini berkata, CUEPACS perlu menjelaskan secara lebih terperinci kepada kerajaan berhubung rasa tidak puas hati terhadap SBPA supaya ia dapat ditangani secepat mungkin.

Beliau berkata, perbincangan lanjut dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan antara cara terbaik dalam membantu kerajaan mengambil langkah yang dapat menggembirakan semua pihak.

"Tujuan kerajaan ialah untuk membuat penambahbaikan dan peluang tambahan kepada anggota perkhidmatan awam, tetapi kalau ini mendatangkan isu, CUEPACS kena jelaskan kepada kerajaan supaya perkara itu boleh ditangani dan semua orang puas hati," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr Ambedkar di Seri Kembangan hari ini.


SUMBER: Utusan

[Read More...]


0 208 Spesis Flora Dan Fauna Baru



208 Spesis Flora Dan Fauna Baru? DANA Hidupan Liar Sedunia (WWF) melaporkan kira-kira 208 spesies flora dan fauna baru telah ditemui oleh para saintis di wilayah Greater Mekong (kawasan lingkungan di Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam dan wilayah barat daya Yunnan di China) pada Januari, tahun lalu.

WWF menyatakan kawasan itu dipenuhi dengan kepelbagaian hidupan yang menyaksikan penemuan spesies baru tetapi kerjasama serantau diperlukan untuk memeliharanya bagi memastikan ia tidak pupus. Berikut adalah antara gambar spesies baru yang dikeluarkan oleh badan antarabangsa tersebut awal minggu lalu :-








[Read More...]


1 Cara Membuat / Memasang Widget Top Komentator Berbentuk Cloud



Cara Membuat / Memasang Widget Top Komentator Berbentuk Cloud - Pada tutorial blog kali ini saya akan berkongsi dengan anda tutorial cara membuat / memasang widget top komentator berbentuk cloud.

Pada kebiasaannya widget top komentator berfungsi untuk menampilkan list atau daftar para pemberi komentar terbanyak pada suatu blog / website yang memasangi widget ini. Salah satu alasan/sebab pemasangan widget ini adalah untuk mengundang pengunjung untuk memberikan komentar sebanyak - banyaknya dan juga memberi penghargaan kepada komentator yang telah banyak memberikan komentar pada blognya dengan menampilkan top komentator. Selain itu, bagi para top komentator ini akan cukup bermanfaat untuknya kerana secara tidak langsung namanya akan terpampang di blog yang dipasang widget ini terlebih lagi jika linknya diberi attribut dofollow ini tentu akan memberikan backlink untuknya.

Selain memberikan backlink untuk pengunjung dengan widget top komentator, widget ini juga berfungsi sebagai memberikan traffic bagi pengunjung itu sendiri, dan yang paling khusus adalah memperkuat tali persaudaraan antara sesama blogger sehingga mewujudkan sikap saling kunjung-mengunjung atau disebut pengunjung setia.

Widget top komentator sebenarnya ada dua jenis iaitu  standard dan juga Cloud (yang menyerupai awan). Dan untuk kesempatan kali ini saya akan memberikan tips/ tutorial cara pemasangan widget komentar secara cloud.  
top komentator cloud

Anda berminat memasang widget top komentator berbentuk cloud ini di blog anda? Ikuti langkah-langkah berikut ini:

1. Login in ke akaun blogger anda
2. Pergi ke menu Dashboard > Design > Page Elements
3. Klik add widget/tambah widget, lalu klik HTML/JavaScript dan copy code berikut pada ruangan/column yang tersedia:

<!-- Top Commentators Cloud Start
(c) 2011 manmala. Original code by http://manmala.blogspot.com/. Please do not remove this credit and the “Get this commentators widget” link at the bottom of the code.-->
<div style="text-align:justify;line-height:1.2;">
<script type="text/javascript">
function cCloud(feed) {
max = 0;
min = 10000;
//finding highest and lowest count
for (i=0;i<feed.count;i++)
{
ccCount = feed.value.items[i].commentcount * 1;
if (ccCount > max)
{
max = ccCount;
}
if (ccCount < min)
{
min = ccCount;
}
}
ccCountD = "";
display = "";
for (j=0;j<feed.count;j++)
{
ccdiff = feed.value.items[j].commentcount - min;
ccFontsize = 80 + (ccdiff * 100) / (max - min) + "%";
ccUrl = "'" + feed.value.items[j].authorurl + "'";
ccCountD = "(" + feed.value.items[j].commentcount + ")";//comment count
ccName = feed.value.items[j].title + ccCountD;
ccLName = "<a style='font-size:" + ccFontsize + "' href=" + ccUrl + " target='_blank'>" + ccName + "</a>";//clickable commentator name
display = display + ccLName + " ";
}
document.write(display);
}
</script>
<script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
YourBlogUrl=http://manmala.blogspot.com/
&Exclusions=Anonymous,Man Mala,manmala
&ShowHowMany=20
&Order=frequency
&_callback=cCloud
&_id=cfa196644e1d6159c9183548c4b5e2f5
&_render=json"
type="text/javascript"></script>
</div>
<br><span style="font-size: 10px;float:right;">Widget by <a href="http://manmala.blogspot.com/2011/12/cara-membuat-memasang-widget-top.html" title="cara membuat/memasang widget top komentator berbentuk cloud">manmala</a></span></br>
<!-- Top Commentators Cloud End -->
Keterangan:
  • Padam tulisan yang berwarna merah jika anda tidak ingin menampilkan jumlah komentar.
  • & ShowHowMany=20 adalah jumlah top komentator di blog anda.
  • YourBlogUrl=http://manmala.blogspot.com ganti dengan url blog anda.
  • & Exclusions=Anonymous,Man Mala,manmala (dua nama) adalah nama-nama yang tidak ingin ditampilkan dalam top komentator anda.
  • & Order=Alphabet adalah urutan top komentator berdasarkan abjad atau huruf, silakan ganti dengan "frequency" jika ingin widget komentar  berdasarkan banyaknya komentar.

Sekian dahulu entri saya hari ini mengenai cara membuat/memasang widget top komentator berbentuk cloud. Semoga setelah anda memasang widget top komentator ini blog anda semakin ramai dan bertambah banyak komentarnya.


[Read More...]


2 Wanita Paling Kerdil Di Dunia




Wanita India paling kerdil di dunia? Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di Nagpur, India semalam.

Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggian Jyoti Amge sebelum dia yang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

Jyoti Amge layak untuk disenaraikan dalam Guinness World Records kerana umurnya mencecah 18 tahun semalam.

Rekod wanita paling kerdil di dunia sebelum ini dipegang oleh rakyat Amerika Syarikat, Bridgette Jordan yang setinggi 69.5 sentimeter.


[Read More...]


1 Jadual Penggal Persekolahan Dan Cuti Persekolahan 2012



Jadual Penggal Persekolahan Dan Cuti Persekolahan 2012? Jadual Cuti Persekolahan 2012 , Jadual Penggal Persekolahan 2012 , Jadual Cuti Ganti Persekolahan 2012,Cuti Am 2012 , Cuti Umum 2012 , Jadual Cuti 2012 , Jadual Cuti Umum 2012 , Kalendar Cuti 2012 , Kalendar Cuti dan Penggal Persekolahan 2012 , Kalendar Penggal Persekolahan 2013 , Kalendar Persekolahan 2012 , penggal persekolahan sesi 2012 , Takwim Persekolahan 2012



Berikut adalah jadual penuh atau kalendar persekolahan bagi sesi 2012. Jadual ini menunjukkan penggal persekolahan pelajar sekolah, jumlah hari persekolahan dan jumlah hari bercuti bagi sesi 2012.

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012 : Kedah, Kelantan dan Terengganu




Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012 : Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya




[Read More...]


2 SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN



SBPA : CUEPACS BANTAH, ARAH STAF KERAJAAN TIDAK TANDATANGAN BORANG OPSYEN ? Cuepacs mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.

Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.
Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.



[Read More...]


4 Menu Mewah Telur Ikan Sturgeon Di Switzerland




Menu Mewah Telur Ikan Sturgeon Di Switzerland? Makanan pembersih mulut termewah dijual dengan harga 1,275 franc (RM4,298) bagi setiap 250 gram telur ikan sturgeon Siberia di Switzerland.

Telur-telur ikan ini dikeluarkan daripada perut ikan betina sturgeon yang dibiakkan di kolam ikan di kawasan pergunungan.

Ikan-ikan betina yang ditangkap itu akan diimbas terlebih dahulu untuk memeriksa sama ada telur dalam perut haiwan tersebut sudah matang sebelum perut ikan itu akan dibelah dengan menggunakan pisau bagi mengambil telur tersebut.



[Read More...]


4 Cara Buang Subscribe to: Posts (Atom) Di Blog Anda




Cara Buang Subscribe to: Posts (Atom) Di Blog Anda? Biasanya pada template blogger akan terdapat tulisan subscribe to: posts (atom) atau berlangganan : post (atom) yang terletak dibawah post/artikel. Tulisan ini berfungsi sebagai feed dari blog anda yang biasanya 'RSS Feed' atau 'ATOM Feed'. RSS dan ATOM adalah contoh 'FeedBurner'. 'Feed' anda adalah catatan atau 'post' yang telah anda 'post'kan dalam blog anda.

Tujuan butang 'Subscribe to: Post (Atom)' agar pengunjung dapat berlangganan artikel blog anda. Tetapi jika anda sudah menggunakan layanan feed dari Feedburner. Maka kehadiran link ini sudah tidak terlalu penting lagi dan haruslah dibuang.

Bagi anda yang tidak menggunakan layanan feed dari Feedburner dan merasakan tulisan 'Subscribe to: Post(Atom)'  ini tidak terlalu penting untuk ditampilkan, anda bolehlah juga membuangnya dengan cara berikut ini :

1- Mula-mula, masuk ke bahagian 'Design'- 'edit html' dan klik 'Expand Widget Templates'.

2- 'Backup' template asal anda terlebih dahulu dengan menekan butang 'Download Full Template'.

3- Cari kod seperti di bawah:

<b:includable id='feedLinks'>
<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'> <!-- Blog feed links -->
<b:if cond='data:feedLinks'>
<div class='blog-feeds'>
<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>
</div>
</b:if>


4- Kalau dah jumpa! Seterusnya, padamkan kod berikut:

<b:include data='feedLinks' name='feedLinksBody'/>

5-Lepas tu, 'save template'.

Siap ....

[Read More...]


2 Iran Tiru Dan Bina Pesawat Kawalan Jauh Amerika RQ-170




Iran Tiru Dan Bina Pesawat Kawalan Jauh Amerika RQ-170? Iran akan meniru sistem kejuruteraan pesawat kawalan jauh Amerika Syarikat atau ‘drone’ yang dimilikinya dan kini dalam ‘peringkat akhir’ mendapatkan rahsia perisikan senjata canggih itu bertujuan menghasilkannya dengan lebih banyak pada masa depan.

Tindakan Iran berikutnya adalah untuk meniru sistem kejuruteraan pesawat itu seterusnya kami akan berupaya mengeluarkannya secara besar-besaran bagi membangunkan sebuah pesawat canggih sama seperti pesawat Amerika.

Iran memiliki pesawat canggih Amerika berbentuk kelawar yang melakukan misi pengintipan diberi nama RQ-170 Sentinel selepas ditembak dengan senjata elektronik pada 4 Disember lalu ketika ia berada di ruang udaranya.



[Read More...]


5 Hotel Tergantung Di Puncak Gunung




Hotel Tergantung Di Puncak Gunung? Bagi anda yang tidak mempunyai masalah gayat, mungkin boleh mencuba hotel di tepi cenuram puncak gunung Mont Blanc, Itali.

Hotel kabin berbentuk silinder dihasilkan syarikat Itali, Leap, diletakkan pada ketinggian 2,835 meter di gunung tertinggi Eropah itu menggunakan helikopter.

Hotel itu disasarkan kepada pendaki gunung yang ingin menetap di bilik berhawa dingin selepas penat mendaki.

Rekaan mesra alam dengan kos penghasilan 214,000 pound (RM1.05 juta) itu dilengkapi 12 katil, sebuah ruang tamu, dapur dan tandas serta satu tingkap besar menunjukkan pandangan mengagumkan dari puncak gunung Mont Blanc.

Struktur kayu itu dibina supaya dapat menahan tekanan di kawasan tinggi dan boleh dipindahkan menggunakan helikopter tanpa memberi sebarang kesan buruk kepada alam sekitar.



[Read More...]


2 Nasa Temui Planet Kepler-22b Seperti Bumi




Nasa Temui Planet Kepler-22b Seperti Bumi? Sebuah planet hampir sama dengan Bumi ditemui sedang mengelilingi bintang seperti matahari pada jarak 600 tahun cahaya, atau 6000 trilion kilometer dari Bumi.

Penemuan yang diumumkan saintis, kelmarin, dianggap detik penting dalam pencarian berterusan kehidupan lain di angkasa lepas.

Planet dinamakan Kepler-22b itu adalah satu daripada 500 planet yang mengelilingi bintang di luar sistem solar Bumi dan dipercayai mempunyai air di permukaannya, iaitu keperluan paling penting untuk hidup.

“Kepler-22b mempunyai saiz serupa dengan Bumi dan mungkin boleh didiami,” menurut ahli astronomi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa), Natalie Batalha.


[Read More...]


1 Taiwan Tower Menara Besi Unik




Taiwan Tower Menara Besi Unik ? Bakal menghiasi ruang udara bandar Taichung di Taiwan, struktur besi mengagumkan ini mungkin akan menjadi antara bangunan paling menarik di dunia.

Menara Taiwan(Taiwan Tower) setinggi 305 meter ini akan dihasilkan menggunakan ribuan batang besi dan membentuk struktur segi tiga. Ia akan menempatkan sebuah taman bumbung, iaitu yang tertinggi di dunia untuk dinikmati pelawat.

Dengan ketinggian sama seperti Menara Eiffel di Perancis, bangunan ini adalah hasil idea arkitek dari Jepun, Sou Fujimoto yang memenangi pertandingan antarabangsa untuk mereka bangunan itu.

Dijangka siap pada 2017, bangunan dengan kos mencecah 6.59 bilion dolar Taiwan (RM688 juta) itu akan menggunakan tenaga boleh diperbaharui seperti air hujan dan solar untuk keperluan tenaga.
 
 
 
[Read More...]


6 Borang Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia RM500




Borang Permohonan/Cara Memohon/Syarat Permohonan Bantuan Rakyat RM500? Kementerian Kewangan semalam menjelaskan bahawa isi rumah yang layak memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada anggota keluarga yang tinggal serumah, dan mempunyai pendapatan kasar isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Ini merangkumi individu yang berkahwin, ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan, bujang yang mempunyai tanggungan, dan warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) sebatang kara.

Seramai 5.2 juta isi rumah dijangka layak menerima bantuan RM500 sekali bayar itu dengan kos RM2.6 bilion.

Kementerian Kewangan juga mengingatkan bahawa pendaftaran permohonan BR1M akan bermula pada 10 Disember ini hingga 10 Januari, 2012.

Borang pendaftaran boleh didapati secara percuma di :-
1-Jabatan Pembangunan Persekutuan
2-Jabatan Penerangan Malaysia, 
3-Pejabat Cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
4-Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
5-Akhbar Harian Tempatan.

Anda juga boleh memuat turun/download borang permohonan bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M)  di : -

atau


Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan kepada :-
1-Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri
2-Jabatan Penerangan
3-Pejabat Cawangan LHDNM
4-Pusat Khidmat LHDNM
5-Sekolah-Sekolah Terpilih

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pembayaran akan dibuat mulai pertengahan Januari 2012.



[Read More...]


3 Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin




Khasiat Dan Kelebihan Buah Tin? Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.



[Read More...]


4 Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA )



Laman rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam ( SBPA ) yang merangkumi perkhidmatan Perjawatan Awam Umum, Guru dan PDRM.



Sila klik link di bawah untuk terus ke laman web tersebut :-




Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.



[Read More...]


0 Proton Saga FLX SE



Proton Saga FLX SE? Dalam usaha mengembangkan rangkaian model Saga, PROTON Holdings Bhd hari ini memperkenalkan kemasukan baru variasi Saga, Saga FLX SE, yang telah bersedia untuk menarik generasi muda di kalangan pembeli kereta. Berharga RM49,449 dan digerakkan oleh enjin 1.6 liter Campro Intake Air-Fuel Module (IAFM), Saga FLX SE bertujuan memberikan pemilik kereta dengan prestasi yang lebih dan penjimatan dari segi pengunaan bahan bakar.

Ia mengesahkan lagi Saga sebagai kereta pilihan ramai kerana kemampuan yang luar biasa dan nilai wang yang termasuklah penjimatan bahan bakar yang lebih baik, prestasi yang hebat dan pemanduan dan pengemudian yang cemerlang.

Kombinasi enjin 1.6-liter Campro IAFM dengan transmisi automatik transmisi boleh laras berterusan (CVT) memberikan antaranya pengurangan penggunaan bahan bakar dengan tambahan empat peratus berbanding dengan Saga 1.6 liter pada masa ini.

Berharga RM2,900 lebih tinggi daripada Saga FL automatik 1.6 liter pada masa ini, Saga FLX SE mengetengahkan perubahan lapan hiasan luaran dan tiga hiasan dalaman.

Sejak Saga dilancarkan pada Januari 2008, kini terdapat 274,469 unit Saga di jalan raya dengan PROTON menerima kira-kira 331,768 tempahan.

Boleh diperolehi dalam dua warna pilihan; Putih dan Merah. Bagi Saga FLX SE didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km, yang mana terdahulu.



[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors