3 Jenayah Simbah Asid



Assalamualaikum

Sekarang ini dah semakin berleluasa kes jenayah simbah asid. Sedih pula bila tengok mangsa yang disimbah asid dengan muka yang melecur. Lagi sedih ada yang terkena mata. Geram sangat-sangat kepada si pelaku ni. Macam nak simbah asid kat dia juga, biar dia merasa sakit setimpal dengan apa yang diperlakukan kepada orang lain.



Langkah Berjaga-jaga untuk Elak Serangan Simbah Asid / Cecair:
  1. Elakkan jalan berseorangan tak kira di mana anda berada.
  2. Bawa senjata di dalam beg tangan anda. Payung botol, penyembur serangga ke, ataupun pepper spray.
  3. Jalan jauh dari jalan raya dan berhati-hati apabila ada motor yang cuba mengampiri anda
  4. Bagi yang memandu, pastikan tingkap kenderaan anda sentiasa di tutup dan jangan turunkan tingkap apabila diketuk, ataupun berhenti di mana-mana. Kecuali tempat tersebut benar-benar selamat.
  5. Bawa air bersama-sama anda setiap kali ke mana sahaja sebagai langkah awal mengelakkan kesan cecair / kesan simbahan asid tu.
  6. Laporkan terus kepada polis sekiranya ada ternampak kejadian simbah asid ataupun anda hampir diserang dengan simbahan asid. Ambil dan kutip botol tersebut dengan menggunakan lapik.


Mohd Rafie Abdul Latiff bersama anggota keluarganya ketika ditemui di HKL semalam.
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.

Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.

“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.

“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas disimbah asid.

Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.

Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang  rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.

“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.

“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.

Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Mohd Rafie berkata, dia kemungkinan akan membuat pembedahan kulit sekiranya perlu.

Dia juga mahu kembali normal seperti sebelum kejadian malang itu.

“Sudah tentu saya mahu kembali normal seperti dulu, muka macam dulu, dapat kerja macam dulu.
“Kalau perlu saya mungkin akan buat pembedahan tapi tengok keadaanlah,” katanya.

Difahamkan Mohd Rafie akan berada di hospital buat jangka masa yang agak lama bagi memudahkan pihak hospital memantau kecederaan yang dialaminya.

sumber : themalaysianinsider




Anda sedang membaca artikel Jenayah Simbah Asid dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/jenayah-simbah-asid.html. Semoga artikel Jenayah Simbah Asid ini bermanfaat buat anda.


3 comments

20 August 2011 at 18:04

eiisshhh...memglah sakit hati btul la dgn penyimbah asid ni.apa salah org tu kat dia..keciannya yg jadi mangsala..klu yg kena tu mampu,boleh wt pembedahan plastik..elokkan blik muka tkpe jgk..tp rata2 tgok yg kena biasa2 aje..tk mampu nk buat ape2..tk ke rosakkan masa depan mangsa..klu penjenayah tu kena tangkap..tk pyh susah2 nak pk hukuman penjara berapa tahun..klu cik jue lah..amik sebotol asid..simbah je balik kat muka dia..padan muka..baru puas hati..baru dia rase sedapnya kena simbah ngn asid tu...mencih2!!!..apa nk jadi ngn manusia ni..

21 August 2011 at 14:09

Kesian mangsa-2 yang kena simbah asid tu. Mintak jauh lah dari diri kita semua. AMIN

21 August 2011 at 19:07

itulah, kasian tgk mereka...
kalau jd kat keluarga kita mesti kita geram n marah jgk...

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors