0 Copperfield bida patung tukang tilik bercakap



Ahli silap mata terkenal, David Copperfield membida sebanyak AS$2 juta (RM5.96 juta) untuk membeli mesin patung tukang tilik gispsi yang boleh bercakap dan berusia 200 tahun.



Copperfield percaya ia merupakan satu-satunya mesin patung tukang tilik gipsi di dunia yang boleh bercakap.
Mesin itu kini dipamerkan di sebuah restoran di bandar ini.

Patung itu sebenarnya bercakap selepas seseorang memasukkan duit syiling lima sen untuk mengetahui ramalan masa depannya.

Mata patung itu akan bercahaya dan giginya bergerak semasa ia mengeluarkan suara selepas duit tersebut dimasukkan.

Bagaimanapun, ia mengeluarkan suara menerusi alat rakaman yang telah dirakamkan terlebih dahulu.

p/s : haram mempercayai perkara sebegini kerana ia perbuatan syirik terhadap ALLAH. Entri ini sebagai info sahaja...
Anda sedang membaca artikel Copperfield bida patung tukang tilik bercakap dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/copperfield-bida-patung-tukang-tilik.html. Semoga artikel Copperfield bida patung tukang tilik bercakap ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors