0 10 PERKHIDMATAN EMEL PERCUMA



1.Gmail
mail.google.com/
Gmail adalah pendahulu terulung dalam arena emel berasaskan web. Ia selamat, mudah digunakan di mana sahaja. Gmail adalah di antara perkhidmatan percuma yang menggunakan perlindungan anti-phishing palin kuat. Ia juga satu-satunya perkhidmatan yang menyediakan ciri capaian pelbagai pengguna untuk dokumen dan lebar helaian. Ia mempunyai banyak kegunaan sehingga kita tidak mahu berhenti menggunakannya.

2.Wimdows Live
www.hotmail.com/
Windows Live muncul daripada kematangan Hotmail. Ia menyediakan perkhidmatan emel yang hebat dengan penapisan spam dan emel sampah. Ia juga digabung dengan Windows live Mesengger.

3.Yahoo! Mail
mail.yahoo.com/
Emel percuma Yahoo! adalah yang pertama menggunakan Web 2.0 dengan versi terbaharu mel Yahoo!. Dengan storan Inbox tanpa had, ia bergabung baik dengan komponen web Yahoo! yang lain.

4.AOL
mail.aol.com/
AOL merupakan penyedia perkhidmatan emel yang tertua. Ia menyediakan penapis spam dan pengimbas virus terbaik. Pengguna AOL juga boleh memuat turun AOL Safety & Security Suite dan menikmati storan tanpa had serta pelbagai lagi perkhidmatan menarik.

5.Inbox.com
www.inbox.com/
Inbox.com menyediakan perkhidmatan emel yang ringkas dan mudah digunakan. Inbox.com mempunyai pelbagai jenis alamat emel yang dilengkapi dengen 5GB storan emel, 20MB had lampiran capaian mudah foto dan POP3.

6.Fastmail
www.Fastmail.fm/
Fastmail adalah perkhidmatan emel percuma yang menyediakan ciri keselamatan yang baik di samping ada penapis spam, pelindung phishing dan pengimbas virus. Fastmail menyediakan 10MB storan emel dan 1MB storan dokumen antara yang terkecil.

7.Mail.com
www.mail.com/int/
Mail.com program asas emel yang mempunyai penapis spam, penghalang phishing dan menghalang emel tidak berguna sampai ke inbox anda. Mail.com juga menyediakan kalendar, notepad, mel audio dan pilihan nama domain.

8.Lycos Mail
mail.lycos.com/
Lycos menyediakan perkhidmatan emel percuma yang ringkas dan mudah digunakan. Ia menyediakan 5GB storan emel, penapis spam dengan tiga pilihan penapis dan menapis emel menerusi senarai hitam dan putih. Ia juga menyediakan ciri keselamatan tambahan.

9.Care2
Care2.com
Care2 adalah rangkaian komuniti yang mneyediakan emel percuma. Care2 mengumpulkan para pengguna yang mempunyai minat yang serupa tentang kesedaran sosial. Ia menyediakanpenapis emel dan pilihan domain emel yang disesuaikan dengan alam sekitar.

10.ZOHO Mail
mail.zoho.com/
Zoho menyediakan pelbagai jenis aplikasi dalam talian. Zoho Mail menyediakan program suntingan, helaian lebar dan persembahan. Zoho Mail menyediakan storan emel tanpa had dan boleh mengendalikan akaun emel POP.

sumber : Majalah PC
Anda sedang membaca artikel 10 PERKHIDMATAN EMEL PERCUMA dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/10-perkhidmatan-emel-percuma.html. Semoga artikel 10 PERKHIDMATAN EMEL PERCUMA ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors