1 Ramadhan Melahirkan Insan Bertaqwa



Ramadhan kali ini telah tiba lagi. Ia merupakan rezeki buat kita untuk mengecapi Ramadhan yang penuh dengan kelebihan bagi merebut peluang yang disediakan oleh Allah. Pada masa ini jugalah kita dapat memperbanyakkan lagi amalan kerana pada bulan inilah digandakan pahala amalan. Sesuai dengan sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.  Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku” Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Maka beruntunglah bagi sesiapa yang mempunyai mata hati melihatkan ganjaran yang begitu besar dari Allah buat hambaNYA. Tetapi berapa ramai yang menyahut seruan ini. Terkadang ramai juga yang berpuasa tetapi kewajipan yang difardhukan seumpama solat lima waktu diabaikan. Manusia berduyun-duyun ke masjid Allah hendak menunaikan solat sunat terawih, yang fardhu ditinggalkan.

Rasulullah bersadba untuk memperingatkan kepada kita yang bermaksud :

Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi saw bersabda: Berapa banyaknya orang yang berpuasa tetapi yang diterimanya hanyalah lapar dahaga, dan berapa banyaknya orang yang bangun beribadah, dan yang diterimanya tiada lebih dari keletihan sahaja.” (Diriwayat oleh An-Nasai’e dan ibnu Majah)

Rugi sangatlah kepada mereka yang berpenat lelah di dunia ini mengerjakan ibadah dan puasa tetapi di akhirat, mereka datang sebagai orang yang rugi.

Melalui madrasah ramadhan inilah kita melatih diri kita agar menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah. Sifat Taqwa yang berada dalam hati sanubari menjadi matlamat utama bagi orang beriman. Manusia berebut merebut darjah kebesaran dari manusia untuk bergelar Dato', Tan Sri dan lain-lain lagi tetapi mereka lupa darjah kebesaran yang paling tinggi disisi Allah iaitu TAQWA.Untuk mengapai dan mencapai darjah kebesaran TAQWA ini tidaklah mudah.

Apakah yang dimaksudkan denga TAQWA? Menurut Ali Bin Ali Talib, taqwa adalah takut dari ancaman Allah s.w.t., beramal sesuai dengan al-Quran, bersyukur dengan nikmat yang banyak, ridha dengan yang sedikit dan bersiap-siap untuk masa yang panjang. Ini selaras dengan perintah Allah s.w.t. dalam firman-Nya yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang  telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr:18)

Dalam firman Allah s.w.t. yang lain pula:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” (Ali- Imran:102)

Individu yang bertakwa adalah insan yang mampu mewujudkan nilai Islam secara menyeluruh dalam dirinya. Pada dirinya terpadu nilai Islam yang akan melaksanakan segala tuntutan Islam, nilai Iman yang sempurna keislamannya iaitu membenarkan segala nilai Islam secara total dari sudut hati, fikiran dan fizikal dan nilai Ihsan yang mempunyai nilai iman yang sempurna iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah s.w.t, merasa kehadiran dan pengawasan Allah s.w.t. serta kebersamaan dengan-Nya. Kemudian nilai-nilai Islam ini akan mampu diserapkan dalam keluarga, masyarakat dan umat keseluruhan.

Individu yang bertakwa adalah individu yang mempunyai tahap kematangan yang sempurna. Sifat takwa ini wujud dari amal ibadah yang disertai oleh hati, fikiran dan anggota badan dan menyerah diri secara menyeluruh kepada Allah s.w.t. Apabila benar ibadahnya maka tertingkatlah kualiti takwanya.
Firman Allah s.w.t. bermaksud :

Wahai manusia sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelummu agar kamu bertakwa.” (al-Baqarah:21)

Sebelum Ramadhan meninggalkan kita, marilah sama-sama kita rebut peluang ini. Sekiranya Ramadhan kali ini yang terakhir maka sangat rugilah kita jika mengsia-siakannya. Ramadhan yang dirindui, ramadhan yang dinanti kini kau bersama kami. Ramadhan kau datang hanya sekali.


Anda sedang membaca artikel Ramadhan Melahirkan Insan Bertaqwa dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/ramadhan-melahirkan-insan-bertaqwa.html. Semoga artikel Ramadhan Melahirkan Insan Bertaqwa ini bermanfaat buat anda.


1 comment

13 August 2011 at 05:51

Pada masa kini..ramai yg cuma tahu berpuasa..
menghayatinya amat jarang sekali kita jumpa..
terutama sekali golongan2 muda..urmm~~~

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors