Favicon ni sebenarnya boleh ditukarkan kepada design yang anda suka.Hari ini saya akan buat tutorial cara-cara untuk menukar Favicon dengan cara yang mudah kepada pengguna Blogspot.com.
Sebelum memulakan langkah ini, adalah lebih baik anda membuat backup untuk template blog anda terlebih dahulu. Ianya sangat mudah.
Di halaman dashboard akaun blogger anda, klik pada Layout > Edit HTML dan klik pula pada link “download full template” untuk menyimpan file template ke dalam komputer anda.
Ok, setelah selasai membuat backup, anda terlebih dahulu membuat imej favicon sendiri atau mencari imej favicon yang anda minati di laman-laman web.anda boleh juga mencari dilaman web ni untuk memilih imej favicon pilihan anda.KLIK SINI .
Setelah anda selesai mereka atau memilih imej favicon, pergi ke page ini bg tujuan mendapatkan “direct link” ke imej tersebut.Browser imej favicon anda dan upload it sepertimana gambar dibawah:
Setelah itu, anda akan memperolehi hasil sepeti ini:-
Link tersebut akan berbentuk seperti ini:- <link rel="shortcut icon" href="http://www.iconj.com/ico/9/9/99wec38vrg.ico" type="image/x-icon" />
Sekarang, kita boleh mulakan proses menukar favicon. Ikuti langkah-langkah berikut:-
1. Klik pada Layout > Edit HTML di halaman dashboard akaun Blogger anda.
2. Cari kod berikut <data:blog.pageTitle/> (ia terdapat dibahagian atas)
3. Kemudian, masukkan kod dibawah(anda) selepas <data:blog.pageTitle/>
<link rel="shortcut icon" href="http://www.iconj.com/ico/9/9/99wec38vrg.ico" type="image/x-icon" />
4.Hasilnya, <title><data:blog.pageTitle/></title><link rel="shortcut icon" href="http://www.iconj.com/ico/9/9/99wec38vrg.ico" type="image/x-icon" />
Proses hampir selesai. Setelah memasukkan kod tersebut, sila klik pada preview dan kalau dah berpuashati klik “save template”.
Selamat mencuba….
Post a Comment