Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ni baru sekali je kena saman, itu pun atas kesalahan melebihi had laju. Apa kata anda semak saman anda, kalau tak de alhamdulillah. Kalau ada, cepat-cepatlah bayar. Sekarang ini anda boleh semak saman trafik secara online atau sms. Terima kasih pada kujie2 kerana memberi penerangan cara-cara semak saman trafik secara online atau sms.
Bagi mereka yang hendak semak saman trafik melalui sms bolehlah mencuba dengan kaedah di bawah ni:
- Taip POLIS SAMAN [NO KAD PENGENALAN] hantar kepada 32728
- contoh : POLIS SAMAN 701010011010 hantar kepada 32728
atau untuk dapatkan maklumat lebih detail , taip sms :
- SAMAN POLIS [no pendaftaran kenderaan] SEMUA , hantar kepada 32728
- contoh : SAMAN POLIS WBB2370 hantar kepada 32728
Kalau mahu detail saman dihantar ke alamat email, taip
- POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
- Contoh : POLIS SAMAN WBB2370 username@yahoo.com dan hantar ke 32728
Cara nak buat bayaran : pergi ke bahagian trafik di balai polis berdekatan.
Cara Lain Semak Saman Trafik
- Myeg.com.my – boleh juga buat bayaran saman online tetapi perlu berdaftar
- Melalui SMS 15888 - taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888 – Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke 15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20
- Semak Saman JPJ di Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan -Semak Saman JPJ.
Post a Comment