Bulan Rejab ni mana-mana surau, masjid agak subur dengan program atau majlis memperingati peristiwa berlakunya mukjizat besar bagi Rasulullah Saw. Ia dicatatkan dalam satu surah al-Quran iaitu surah al-Isra’ ayat pertama.
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maha Suci Allah, yang Telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqso yang Telah kami berkahi sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya dia adalah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.Isra’ adalah perjalanan dibumi dari Mekah ke Palestine mana Mi’raj perjalanan dari Palestine ke langit mengadap Allah Swt. Banyak peristiwa yang memberi pengajaran kepada umat Islam. Ia hanya berlaku dalam satu malam dan menaiki tunggangan yang didatangkan khas dari syurga yang dinamakan Buraq. Lebih kecil daripada kuda dan lebih besar daripada baghal.
Penulis pernah melihat satu gambar yang tertampal didinding dalam frame yang menggambarkan ‘Buraq Nabi’ bahkan sesetengah rumah masih lagi tertampal gambar tersebut. Dikatakan buraq dengan wajah seorang perempuan Hindustan dengan bersayap. Semua ini adalah khurafat. Peristiwa yang tiada siapa sedari hanya Rasulullah Saw. Bila pulak dia pergi ambik gambar disitu? Semua ini bertujuan mencari duit untuk kepentingan dunia. Sedangkan ianya dari syurga yang tidak pernah dilihat manusia, tidak pernah didengar, tidak terlintas dihati manusia. Bahkan ada yang menggambarkan Rasulullah Saw menaiki Buraq tersebut.
Diharapkan jika masih ada didinding rumah saudara semoga dibuang dan dibakar sahaja. Jangan biarkan khurafat berada dalam rumah saudara.
Peristiwa paling penting daripada Isra’ & Mi’raj ini adalah keyakinan. Sejauhmana seseorang itu yakin kepada baginda Rasul dan kekuasaan Allah Swt. Sebagaimana sahabat Rasulullah Saw yang akhirnya digelar as-Siddiq kerana membenarkan peritiwa tersebut berlaku walaupun dituduh gila oleh penduduk Quraish.
Hari ini orang melayu Islam menyambut peristiwa Isra’ & Mi’raj setiap tahun.Yang mengherankan mereka yakin dan percaya walaupun peristiwa iatu berlaku 14 abad yang lalu dan peristiwa itu tidak tertanding sehingga kini meskipun dalam dunia moden ini. NASA masih berhempas pulas untuk menghantar manusia ke planet marikh, planet paling hampir dengan bumi sedang baginda melepasi semua planet dan melepasi 7 lapis langit.
3 comments
salam ceria...dulu masa kat umah lama atuk ader la gambar tu..tapi lepas tok meninggal mama dah buang...saya tak suka letak gambar-gambar dalam rumah...so skrg dah tak der dah...
nabi pun telah melarang kita dari meletak gambar2 yg hidup spt haiwan n manusia...
Sy terpandang gambar yg pertama tuh kat rumah someone....rasa musykil terus google...Time kasih atas huraian...
Post a Comment