3 Pekerja Bengkel Cipta Robot Transformers




Pekerja bengkel cipta robot Transformers? Seorang pekerja di sebuah bengkel pertukangan logam di sini, Huang Lianfei mencipta satu model robot berdasarkan salah satu watak dalam kartun Transformers.

Dia menggunakan beberapa komponen kenderaan yang terbuang untuk menghasilkan robot itu.

Lianfei telah mengambil masa selama sebulan untuk menghasilkan robot tersebut.


[Read More...]


3 Gimp 2.7.3 Single Window Mode Pada Windows



Gimp 2.7.3 Single Window Mode Pada Windows ? Seperti yang kita ketahui bahawa perisian Gimp ini mempunyai tiga window yang mungkin merencatkan sedikit kerja kita kerana terkadang di halang oleh dua window yang lain.

Maka dengan pembaharuan yang dibuat pada Gimp versi 2.7.3 ini anda boleh menjadikan windows Gimp (yang sedia kala ada 3 windows) menjadi satu atau single-window. Dengan ini ianya akan menampakkan lagi keselesaan buat anda jika dibandingkan versi sebelum ini. Bukan itu sahaja banyak lagi penambahbaikan dilakukan dalam versi ini.


versi 2.6.11

versi 2.7.3

versi 2.7.3



Perlu diketahui bahawa Single-window tidak berfungsi di dalam fungsi default. Bagi menggunakan fungsi ini anda hanya perlu klik  pada menu > Windows > Single Window mode seperti gambar di atas.

Kelebihan yang terdapat pada Gimp 2.7.3 adalah : 
  • Sokongan untuk ‘Layer Groups’
  • Pengurusan Sesi
  • Pembaharuan pada penyuntingan teks atas kanvas
  • Penambahan butang ‘Lock Content’ pada Layers, Channels and Path dialogs.
  • Panduan pemotongan ‘Rule of fifths’

DOWNLOAD 

Gimp 2.7.3 Windows 32/86 bit

Gimp 2.7.3 Windows 64 bit
 
 
sumber : - Mahir PC



 
 
[Read More...]


1 Toyota Perkenal Kereta Telefon Pintar




Toyota Perkenal Kereta Telefon Pintar? Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.

Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".

Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.

Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.

"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.

Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan.


[Read More...]


109 iPhone 4S Gadget Impian Ku



Gadget Impian manmala Untuk Contest DenaiHati

iPhone 4S Gadget Impian Ku

Setelah terpilih di dalam senarai 103 peserta Contest Gadget Impian. Kini kena buat satu entri berkaitan gadget yang menjadi pilihan peserta contest dan sebab mengapa gadget tersebut menjadi gadget impian dengan tajuk bebas.

Seperi anda lihat gambar diatas, iPhone 4S menjadi pilihan bagi manmala untuk dijadikan gadget impian. Walaupun di hati berbelah bahagi anta nak ke iPhone 4S atau Samsung Galaxy II. Akhirnya saya pilih Iphone 4S. Dengan ciri-ciri yang memukau hati diri ini, maka tidak hairanlah saya dan mereka yang diluar sana juga berkenan untuk memiliki gandet ini.

Untuk pengetahuan anda semua, saya nak sangat ada handset ni sebab nak mengantikan handset lama  yang agak uzur sangat. Dengan penutup skrin yang dah tercabut, button pun dah takde, lcd yang kabur, charge payah nak masuk dan macam-macam lagi lah keuzuran pada handset manmala ni.

Sebelum tu ada juga pakai handset lain, tapi dah masuk air dek kerana gara-gara nak menetaskan emertia (anak udand halus) makanan anak ikan betta yang manmala pelihara.

Mujurlah ada broadband boleh juga buat pengganti untuk menghantar mesej. Kalau tak memang payah gilah lah nak menekan button handset ni.

Jadi, kerjasama rakan-rakan untuk komen, like FB, retweet Twitter dan klik Google +1 amatlah diperlukan untuk membantu dan memenuhi hasrat di hati untuk meneruskan perjuangan diperingkat seterusnya dalam cabaran 10 peserta yang  akan dipilih ke peringkat akhir.

Lagi banyak korang komen, like FB, retweet Twitter dan klik Google +1, lagi banyak markah yang akan diperolehi berdasarkan setiap komen, like FB, retweet Twitter dan klik Google +1 diberikan satu markah.

Diharap rakan-rakan dapat membantu untuk merealisasikan impian gadget manmala untuk memenangi contest ini. Semoga bantuan anda semua dibalas dengan ganjaran yang lebih baik disisi Illahi dan saya akan ingat jasa korang selalu.



“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.comAnarm.neteQurban.comSilver Asia Sdn BhdKedai Kak Siti, Rakan Niaga Al Ansar dan Serverfreak


[Read More...]


4 'Zombi' Mengganas Di Mexico



'Zombi' Mengganas Di Mexico? Beribu-ribu orang memakai kostum dan mekap menyerupai mayat hidup berhimpun di pusat bandar raya Mexico sempena acara Jalan Kaki Zombi bertujuan untuk mencatat rekod dunia.

Penganjur acara berkenaan, Pablo Guisa berkata, acara tahunan tersebut yang berlangsung semalam disertai seramai 9,860 peserta.

Selain mencatat rekod dunia, para peserta turut mengumpul derma untuk disumbangkan kepada bank makanan tempatan.

Banyak bandar raya di seluruh dunia mengadakan acara serupa dengan rekod dunia Cities Guinness World Records mengiktiraf Asbury Park, New Jersey, sebagai pemegang rekod dunia dengan 4,093 peserta pada 30 Oktober 2010.

Sebuah kumpulan di bandar raya Brisbane, Australia telah memohon untuk rekod dunia kategori berkenaan apabila mendakwa ia berjaya mengumpulkan seramai 8,000 'zombi' pada bulan lalu.



[Read More...]


3 Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima



Khasiat Dan Kelebihan Buah Delima? Buah delima menjadi kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau. Di China pula, buah delima menjadi satu simbul kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah SWT sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al-An’am ayat 99 dan ayat 141 dan surah Ar Rahman ayat 68.

Delima; Anugerah Illahi Dari Syurga
Dalam sebuah hadits mauquf dan marfu’, Nabi Muhammad SAW bersabda bahwa Buah Delima termasuk dalam buah Syurga.

“Tak satu pun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima Syuga”
Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasullah SAW bersabda;

“Makanlah buah delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan” (HR. Imam Ahmad)
Sebagaimana Firmman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;

“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Kelebihan Jus Delima Asli (Pomepure 100% Pure Press Natural)
Khasiatnya yang tinggi dan kaya dengan zat sodium, riboflavin, tannins, poluphenols, anthocyanins, vitamin C, kalsium dan fosforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Asli 100% “Pomepure” bebas daripada campuran bahan pengawet.

Delima Mengurangkan Berat Badan
Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan, Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan menginkat. Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Hasil kajian terkini mendapati segelas jus delima sehari berpotensi seperti pil viagra yang membantu dalam fungsi syahwat lelaki. “Jika anda rasa teman hidup anda tidak cukup bertenaga di bilik tidur, ini adalah jawapan kepada segala kebimbangan; berikan teman anda minuman jus delima” kata penyelidik

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung
Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam. Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara
Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung
Jus Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi ;flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma
Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol
Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah
Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.




[Read More...]


2 NASA Hantar Kenderaan Penjelajah ke Marikh



NASA hantar kenderaan penjelajah ke Marikh? Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA) bersedia untuk melancarkan kenderaan robotik paling canggih dan berkuasa pernah dibina ke planet Marikh semalam.

Pelancaran tersebut adalah untuk meneroka sekali gus mencari tanda-tanda wujudnya kehidupan di planet merah itu.

Kenderaan enam roda berkenaan yang dinamakan Makmal Sains Marikh (MSL), dijana bahan api nuklear. Ia dijadual dilancarkan pukul 10.02 pagi waktu AS dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di negeri Florida dengan menggunakan roket Atlas V.

"Inilah mesin idaman saintis-saintis yang mengkaji Planet Marikh," kata timbalan projek MSL, Ashwin Vasavada.

"Ini ialah kenderaan penjelajah yang paling berkeupayaan pernah dihantar, kami amat teruja," tambahnya.
Berharga AS$2.5 bilion (RM7.9 bilion), kenderaan itu mampu menghantar maklumat terperinci mengenai batu-batan di permukaan Marikh dan petanda sama ada kehidupan pernah wujud di planet berkenaan.


[Read More...]


0 Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia




Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia?  MALAYSIA akan tampil dengan corak menyerang dalam usia memburu tiga mata penuh pada aksi menentang Bahrain pada saingan Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

"Kami akan terus menyerang sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan harapan dapat meraih jaringan awal," jelas jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim swee.

Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasu- kan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dengan membuat kesilapan kecil seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria, Rabu lalu.

"Saya tetap mengutamakan aspek pertahanan dan sering mengingatkan semua pemain agar cuba mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Jurang antara kita dengan pasukan-pasukan dari Asia Barat tidak begitu jauh. Oleh sebab itu, saya yakin kita mampu mencapai satu keputusan positif pada malam esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Meskipun Kim Swee kini mempunyai banyak pilihan pemain untuk disenaraikan dalam kesebelasan utamanya, namun beliau masih belum memutuskan siapa yang bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Apa yang pasti, A. Thamil Arasu bakal sekali lagi diberi kepercayaan sambil Muhd. Nazmi Faiz Mansor akan kembali menerajui bahagian tengah.

Khidmat pemain pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad mungkin tidak dapat digunakan kerana pemain terbabit masih mengalami kecederaan hamstring.

"Muslim dijangka tidak dapat beraksi ekoran masalah kecederaan hamstring yang dihadapinya ketika menentang Syria pada Rabu lalu," katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai pilihan untuk menggantikan posisi Muslim dan Amer Saidin yang beraksi cemerlang pada aksi menentang Syria bakal diberi kepercayaan.

Namun, pada masa yang sama, Kim Swee mengakui kehilangan khidmat perancang utama negara dan kapten Sukan SEA 2011, Baddrol Bakhtiar, 23, yang tidak dapat beraksi berdasarkan faktor umur.

"Ketiadaan Baddrol amat dirasai oleh kami, namun kami tidak mahu mengambil itu sebagai satu alasan, malah terus berazam untuk memburu kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Shareed mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencuri tiga mata berharga di Stadium Nasional pada malam ini.

Katanya, meskipun menyedari Malaysia akan berjuang habis-habisan, beliau tetap optimis untuk memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang kembali untuk bersaing di dalam peringkat kumpulan.

"Malaysia satu pasukan yang sangat bagus. Corak permainan mereka sangat pantas dan memiliki barisan pertahanan yang sangat kukuh," katanya.




[Read More...]


4 Ganjaran Tangkap Monyet





Pihak berkuasa negeri Himachal Pradesh menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak AS$9.50 (RM30.30) untuk setiap ekor monyet yang ditangkap oleh orang awam.


Langkah itu dibuat dalam usaha pihak pemerintah negeri Himachal Pradesh mengawal bilangan monyet.
Haiwan-haiwan itu semakin menyusahkan penduduk setempat terutamanya penduduk di ibu negeri Himachal Pradesh, Shimla,India.

Monyet-monyet tersebut mengganggu orang ramai dan haiwan yang lalu-lalang dan menyelongkar tong sampah untuk mencari makanan.

Monyet yang ditangkap akan dibawa ke salah sebuah daripada empat pusat pemandulan di Himachal

Pradesh untuk dimandulkan sebelum dibebaskan di kawasan ia ditangkap.

Menurut bancian primat terbaharu yang dibuat dalam tahun 2000, terdapat sekurang-kurangnya 317,000 ekor monyet di negeri berkenaan.



[Read More...]


7 Mahasiswa Dibenarkan Berpolitik




Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.

“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.

Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.

Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut.

Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.

“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang,” jelasnya.
Pada 31 Oktober lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Keempat-empat penuntut tersebut, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan ketika kempen semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.




[Read More...]


3 Cara Menambah Font Pada Gimp



Biasanya setelah selesai anda install, Gimp akan menggunakan default font yang ada dalam sistem gimp sahaja. Kadang-kadang kita memerlukan penggunaan font yang lain untuk sesuatu kerja yang tidak tersedia dalam Gimp ini. Oleh yang demikian, kali ini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana cara untuk menambah font di dalam gimp anda.

Sila pastikan anda mempunyai font yang hendak ditambah untuk dimasukkan kedalam gimp. Anda juga boleh mendapatkan dan memuat turun pelbagai jenis font di laman web dafont.com atau pun menggunakan font yang tersedia dalam sistem windows anda.

Berikut Tutorial Cara memasukkan atau menambah font ke dalam gimp anda :-

  1. Sekiranya font tersebut didalam format zip,rar atau pun lain dari itu, pastikan anda unzip atau unrar dengan tool yang anda miliki terlebih dahulu.
  2. Buka perisian Gimp.
  3. Klik Edit->preferences
  4. Expand Folders dan klik fonts.
  5. Tentukan folder yang hendak ditambah dalam gimp. Sebagai alternatif lain, anda juga boleh menambah folder untuk font di dalam setting ini selain font folder dalam sistem gimp anda.
  6. Klik OK dan Restart Gimp.




Sekarang anda telah mempunyai  extra fonts di dalam perisian Gimp anda.



[Read More...]


1 Kenderaan Baharu Teroka Marikh




Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendedahkan kenderaan baharu sebesar sebuah kereta yang akan meneroka planet Marikh.


Kenderaan itu yang diberi nama Curiosity mempunyai lengan sepanjang dua meter dan dilengkapi laser untuk memusnahkan batu di planet tersebut.

"Ini ialah mesin impian saintis Marikh," kata timbalan ketua projek saintis Marikh di NASA, Ashwin Vasavada.

Kenderaan itu bernilai AS$2.5 bilion (RM7.94 bilion) dan ia akan bergerak ke kawasan yang mempunyai organik dan karbon di Marikh pada Ogos tahun depan.

Kenderaan itu membawa seberat 4.8 kilogram plutonium yang boleh menjana kuasa selama dua tahun di Marikh.

Ia sepanjang dua meter, lebar sembilan meter dan setinggi dua meter.



[Read More...]


11 Apa Itu Gimp



GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto.

Perisian Gimp ini lebih ringan kalau dibandingkan dengan adobe photoshop (PS) yang memerlukan ram yang tinggi dan graphic card bagi menyokong fungsi 3D. Walaupun Gimp ini tidak mampu untuk menyaingi kemampuan yang dimiliki  PS dengan plugin yang banyak disediakan dan fungsi-fungsi yang tidak dimiliki oleh Gimp. Namun ianya bolehlah sebagai pengganti bagi anda yang mahukan perisian yang seumpama PS.

Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. Gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF.

Maskot Gimp
Ia sering digunakan sebagai perisian bebas photoshop penggantian untuk adob, paling banyak industri editor bitmap telah digunakan dalam tulisan huruf demi huruf dan grafik; walau bagaimanapun, ia bukanlah dibentuk untuk menjadi klon Photoshop. Maskot projek ini diberi nama wilber.

Projek ini telah dimulakan pada tahun 1995 oleh Spencer Kimball dan Peter Mattis dan diselenggara oleh keseluruhannya sukarelawan di bawah auspices projek GNU. GIMP merupakan Open Source (Perisian Bebas), percuma dan disediakan dengan Lesen Awam Am GNU.




Developer(s) The GIMP Development Team
Initial release January 1996
Stable release 2.6.11  (October 4, 2010; 13 months ago) [+/−]
Preview release 2.7.3  (August 22, 2011; 2 months ago)
[+/−]
Development status Active
Written in C and GTK+
Operating system GNU/Linux, Mac OS X, Microsoft Windows, FreeBSD, Solaris, AmigaOS 4
Available in 52 languages in GIMP 2.6 (37 fully translated, others partly translated)
Type Raster graphics editor
License GNU General Public License
Website www.gimp.org


[Read More...]


9 Penggodam Guna Angry Bird




Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber.
 
Penggodam menggunakan kelalaian kebanyakan pengguna untuk memuat turun aplikasi ke telefon mereka tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.

Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.


Pencuri data dan penggodam 'menyerang' telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.

Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.

Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan 'tertutup' kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.

Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.

''Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.

''Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,'' katanya, - dpa

[Read More...]


1 Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011



Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011 

Malaysia menewaskan Indonesia 4-3 menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi untuk mengekalkan pingat emas.

Kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan 30 minit.

Indonesia mendahului 1-0 menerusi tandukan Gunawan pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra pada minit ke-35. 
 Malaysia Vs Indonesia
1            -            1

Penalti
4           -           3







[Read More...]


0 Perlawanan Akhir Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011





Sebagai tonggak yang membantu Malaysia merangkul pingat emas Sukan SEA dua tahun lalu, kapten skuad negara, Baddrol Bakhtiar mengakui, cabaran untuk mempertahankan kejuaraan kali ini jauh lebih sukar berbanding ketika memenanginya di Laos, menewaskan Vietnam di final.

Jelas pemain sayap berusia 23 tahun itu, pertarungan kali ini bukan saja memerlukan Malaysia berdepan pasukan kuat Indonesia, malah dikelilingi penyokong fanatik negara itu yang melakukan pelbagai serangan psikologi untuk menjatuhkan semangat pemain kita.

Biarpun berjaya menumbangkan tuan rumah 1-0 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Khamis lalu, namun Baddrol mengakui, pertemuan kali kedua dalam tempoh lima hari jauh berbeza, apatah lagi Indonesia pasti cuba bangkit membersihkan maruah yang tercalar. 

"Final di Jakarta ini memang sukar dan sengit, sudah tentu pengalaman kali ini lebih mencabar berbanding apa yang kami lalui di Laos, dua tahun lalu. Pertamanya kami terpaksa menghadapi ribuan penyokong fanatik mereka.

"Indonesia juga sudah pasti bermati-matian bukan sahaja untuk memastikan pingat emas tetapi mahu membalas dendam selepas kalah kepada Malaysia pada perlawanan terakhir kumpulan,'' ujar pemain kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Bagaimanapun tegas Baddrol, sebagaimana rakan-rakan sepasukannya berjaya menyerap segala tekanan dalam pertemuan Khamis lalu, dia yakin mereka juga memiliki mental yang tinggi untuk menangani situasi yang sama hari ini.

Malah, mereka pasti lebih bersemangat untuk menghadirkan kemenangan kerana menyedari kemenangan kali ini bukan sekadar menentukan juara kumpulan, malah memberi pingat emas. 

"Biarpun berdepan pelbagai kesukaran, janji kami hanya satu, memberikan persembahan terbaik dan mengambil kesempatan daripada pertahanan mereka yang agak goyah.

"Saya yakin jika semua mengikut perancangan dan berjalan lancar, kita mampu mempertahankan pingat emas," katanya.

Sementara itu penyerang muda negara, Muda, Izzaq Faris Ramlan kecewa kerana terpaksa disisihkan daripada aksi final akibat kecederaan lutut. 

Penjaring gol kemenangan Malaysia ketika mengalahkan Thailand 2-1 di peringkat kumpulan itu mengalami kecederaan tersebut pada aksi separuh akhir menentang Myanmar, kelmarin.

"Selepas perlawanan separuh akhir dengan Myanmar semalam (kelmarin), perasaan saya bercampur baur, gembira dan sedih. Gembira kerana kita akhirnya berjaya ke perlawanan akhir, namun dalam masa yang sama kecewa kerana tidak dapat bersama rakan sepasukan beraksi pada pentas final akibat cedera.
"Saya berdoa semoga kita memenangi perlawanan akhir itu nanti dan saya percaya rakan-rakan sepasukan mampu memenanginya.

"Secara peribadi memang saya mahukan pingat emas bola sepak Sukan SEA," katanya.


Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011


 Malaysia Vs Indonesia
1            -            1

Penalti
4           -           3




[Read More...]


1 Gurun Atacama Kubur Ikan Paus Prasejarah




Sejumlah fosil ikan paus prasejarah ditemui di padang pasir paling kering dunia, Gurun Atacama di utara Chile. 

Penemuan itu berlaku secara tidak sengaja semasa pekerja-pekerja sedang meluaskan sebuah lebuh raya melintasi gurun berkenaan pada Jun tahun lalu tetapi projek tersebut telah dihentikan.

Setakat ini, fosil-fosil itu ditemui di sebuah kawasan sepanjang 240 meter atau berkeluasan dua buah padang bola sepak di lebuh raya berkenaan.

Seorang saintis Institusi Smithsonian yang mengkaji penemuan tersebut, Nicholas Pyenson berkata, lokasi berkenaan merupakan sebuah lagun pada masa dahulu.

Menurutnya, ikan-ikan paus itu dipercayai mati antara dua juta hingga tujuh juta tahun lalu.

Lebih 75 ekor fosil ikan paus ditemui setakat ini termasuk 20 rangka yang sempurna.

"Saya berpendapat ikan-ikan paus itu mati pada masa yang sama," kata Pyenson.
Kebanyakan fosil tersebut merupakan ikan paus baleen yang berukuran sekitar lapan meter atau sebesar sebuah bas.



[Read More...]


6 Contest Komen Terbanyak



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Ini merupakan Contest pertama yang saya buat. Diharap ramai penyertaan untuk menyertai contset ini. Contest ini bertujuan untuk memperbanyakkan lagi mata/markah bagi contest yang saya sertai. Contest atas contest. Hehehe. Jadi, dengan contest yang saya adakan ini, anda boleh membantu saya menjadi peserta yang layak untuk 10 orang peserta yang akan bersaing diperingkat akhir.


Apa yang perlu peserta contest lakukan ialah :

1 – Klik Button Retweet jika ada twitter 
2 – Klik Button Like jika ada FB
3 – klik button 1+ jika ada akaun gmail google + 
4 – Komen dalam entri tersebut sebanyak yang mungkin
5 - Buat satu entri ini dengan tajuk Contest Komen Terbanyak.
6 - Anda dibenarkan tag seramai mana yang anda kehendaki.

Keempat-empat syarat diatas perlu dilakukan di dalam entri iPhone 4S Gadget Impian Ku.

Hadiah buat Komentator  adalah seperti berikut :-
1 - TopUp RM30
2 - TopUp RM20
3 - TopUp RM10
4 & 5 - TopUp RM5
Bermula sekarang 20/11/2011 anda boleh menyertai contest ini dan tarikh tutup pula pada 5/12/2011 pukul 1200 am.

Letakkan link url penyertaan anda diruang komen. Ingat Retweet, Like FB, Klik Google +1 dan Komen hanya akan dikira pada entri iPhone 4S Gadget Impian Ku.

Senarai Peserta :
?????
?????

[Read More...]


3 Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Sukan SEA 2011



 INTIPATI kejayaan skuad Harimau Muda, petang ini harus berkisar kepada kekebalan benteng pertahanan yang hanya dibocori dua kali apabila turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir hari ini.

Selain Muslim Ahmad yang menerajui barisan pertahanan dan Mahali Jasuli yang menjadi pencetus kepada gol kemenangan jaringan Syahrul Azwari Ibrahim ketika menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kelmarin, kelibat Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat harus memainkan peranan penting.

Kelima-lima pemain ini sudah berpengalaman beraksi di hadapan penonton fanatik tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan berbekal pengalaman itu, faktor gangguan penyokong tidak lagi menjadi isu besar buat perjuangan mereka.

“Masuk kali ini sudah tiga kali saya beraksi di Gelora Bung Karno dan saya anggap ejekan mereka sebagai pencetus semangat buat kami,” kata Fadhli yang membantu mengekang asakan lawan sepanjang kempen kali ini.

Bagi Asraruddina, kesefahaman dan kerjasama antara lima benteng kebangsaan ini yang sudah lama bersama antara faktor mengukuhkan kubu terakhir negara.

“Kombinasi sama digunakan jurulatih (Datuk K Rajagobal) ketika AFF lalu dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Cuma untuk aksi separuh akhir, saya harap jentera serangan dapat mengemaskan tindakan penyudah bagi merealisasikan impian mengekalkan kejuaraan.”

Ditanya sama ada ketiadaan jurulatih, Ong Kim Swee bakal menjejaskan persembahan pasukan, Asraruddin menjawab: “Tidak. Jurulatih sudah memberi arahan lebih awal dan kami tahu apa yang perlu dilakukan.”

Mengulas mengenai lawan yang akan ditentang Harimau Muda hari ini, Kim Swee berkata, skuad kenda- liannya tidak boleh memandang rendah keupayaan Myanmar.

"Saya sudah melihat video rakaman perlawanan membabitkan Myanmar dengan Timor Leste. Pada perlawanan itu, mereka menampilkan corak permainan secara menyerang.

"Pada perlawanan menentang Vietnam pula, apa yang saya lihat mereka mengamalkan corak permainan bertahan. Jadi melalui video rakaman yang telah saya saksikan, Myanmar merupakan sebuah pasukan yang bergerak secara berpasukan.

"Sudah tentu, jika kita mahu menembusi benteng Myanmar, saya perlu menampilkan corak permainan pantas, bukan sahaja larian, malah hantaran juga harus pantas," katanya.

Kim Swee juga berharap aksi hari ini tidak berlanju- tan hingga masa tambahan atau sepakan penalti.

Keputusan perlawanan selepas 90 minit perlawanan Malaysia Vs Myanmar berakihir dengan  :-

Malaysia Vs Myanmar
    1          -        0     


Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.


[Read More...]


6 Tandas, Kereta Kecil Sertai Perlumbaan




Seorang pencipta Britain, Perry Atkins menyertai hari Guinness World Records kelmarin di sini dengan berlumba dengan kereta kecil ciptaannya.


Kereta yang dicipta Atkins itu berukuran 66.04 lebar dan 132.08 sentimeter panjang.

Para pemegang rekod Guinness itu akan menyertai pertandingan berlumba dengai menaiki ciptaan mereka seperti tandas yang paling laju bergerak.

Edd China dari Britain merupakan pencipta tandas bergerak itu.


Seorang lagi pencipta dari Britain, Colin Furze juga menyertai perlumbaan itu dengan ciptaannya, skuter kecil paling laju di dunia.






[Read More...]


3 Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011





Malaysia Vs Indonesia  Sukan SEA 2011? Sorakan dan gegak-gempita daripada penyokong tuan rumah seharusnya tidak memberikan sebarang tekanan kepada Harimau Muda ketika berdepan Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan A temasya Sukan SEA 2011 hari ini.

Dijangkakan hampir 80,000 penyokong Indonesia akan memenuhi setiap tempat duduk di Stadium Gelora Bung Karno bagi memberi sokongan padu kepada Sang Garuda Muda.

Bagi mereka, kemenangan ke atas Harimau Muda cukup penting bagi mengembalikan semula maruah abang mereka – skuad senior Indonesia yang tercalar selepas tumbang pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Ketika itu, skuad senior negara kendalian Datuk K. Rajagobal berjaya membenam ego Indonesia apabila muncul juara Piala Suzuki AFF dengan kemenangan secara agregat 4-2.

Menyedari hakikat itu, pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee tidak mahu skuad kendaliannya terbawa-bawa dengan sentimen yang cuba dimainkan pihak lawan.

Bagi menyerap ‘gelora’ ciptaan penyokong tuan rumah, Kim Swee menyandarkan harapan kepada empat tonggak pertahanan berpengalaman – Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Mahali Jasuli, Asraruddin Putra Omar, penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat serta kapten Baddrol Bakhtiar – bagi membimbing barisan pemain mudanya.

Kecuali Baddrol, Muslim, Fadhli Shas, Mahali, Asraruddin dan Khairul Fahmi merupakan pemain yang menjadi antara watak penting di sebalik kejayaan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Ketika ini, Indonesia menerajui Kumpulan A dengan mengumpul sembilan mata dan Harimau Muda yang berada di tangga kedua, hanya ketinggalan dua mata di belakang skuad Garuda Muda itu.

Singapura yang turut mengintai peluang memburu slot separuh akhir berada di tangga ketiga apabila mengumpul empat mata, diikuti Thailand (tiga) dan Kemboja gagal meraih sebarang mata.

Atas kertas, Harimau Muda hanya perlu seri ketika menentang Indonesia, manakala Singapura bakal berdepan tugas getir untuk mengutip tiga mata penuh apabila berdepan Thailand dalam satu lagi aksi Kumpulan A.

Apapun, segala keputusan perlawanan Malaysia Vs Indonesia hanya dapat kita ketahui pada perlawanan hari ini pada pukul 8.00 malam waktu Malaysia. Diharapkan Harimau Muda  mampu memberi tentangan dan seterusnya menumbangkan Indonesia di depan penyokong mereka sendiri.

Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Indonesia Sukan SEA 2011

Malaysia menewaskan Indonesia 1-0 pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A, Sukan SEA di Stadium Bung Karno, Jakarta malam ini.

Gol tunggal Shahrul Azwari pada minit ke-17 memastikan skuad Harimau Muda memungut mata penuh dan menobatkan Malaysia sebagai juara kumpulan yang akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir.



[Read More...]


1 Biskut Beras Terbesar Di Dunia




Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.

Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.

Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.

Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka.
[Read More...]


5 Harga Kos Sebenar iPhone 4S




iPhone 4S dijual dengan harga £499 tanpa kontrak dengan telco. Tetapi pakar analisis dari syarikat teknologi iSuppli berjaya membuka komponen iPhone 4S satu per satu dan membuat penilaian kos sebenar untuk sebuah iPhone 4S. Ternyata, harga kos sebuah iPhone amat murah - £112.8.

Jualan iPhone 4S di seluruh dunia mencecah empat juta unit dalam tempoh empat hari selepas ia dilancarkan pada bulan lepas.

Tetapi perlu kita ketahui bahawa  keringat untuk memerah otak untuk mereka cipta sehinggalah terhasilnya iPhone 4S itulah yang lebih mahal harganya. Fikir senang ke nak buat iPhone 4S ni.






[Read More...]


6 Keindahan Laut Mati




Gambar pemandangan dari udara di atas menunjukkan fenomena menakjubkan pembentukan garam di bahagian selatan Laut Mati berhampiran Ein Boqek, Israel.

Tasik air masin ini kaya dengan mineral dan menjadi kawasan titik paling rendah di daratan bumi.

Keindahan Laut Mati ini tersenarai sebagai 28 finalis dalam kempen global dan jika terpilih melalui sistem undian, Laut Mati akan diisytiharkan sebagai Tujuh Keajaiban Alam Semula Jadi yang baru, pada bulan ini.




[Read More...]


1 Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Cambodia Sukan SEA 2011



PEMAIN bawah 23 tahun Malaysia, Izzaq Faris Ramlan berjaya menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty pada perlawanan peringkat Kumpulan A Sukan SEA Indonesia 2011 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta

Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.

Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.

Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara.

Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.



[Read More...]


1 Sistem Suria Sebenarnya Ada 5 Planet Gergasi?





Sebelum ini, sistem suria disahkan mempunyai empat planet gergasi iaitu Musytari, Zuhal, Neptun dan Uranus tetapi hasil 6,000 simulasi komputer menunjukkan kewuju-dan planet misteri kelima dalam kumpulan itu.

Hasil kajian dilakukan oleh saintis David Nesvorny dari Institut Penyelidikan Southwest di San Antonio di Texas mendapati sistem suria sebenarnya mempunyai lebih daripada empat planet gergasi pada awal pembentukannya di angkasa lepas.

“Salah sebuah planet tersebut mungkin telah terkeluar secara tidak sengaja dari sistem suria berdasarkan penemuan sejumlah besar planet asing di kawasan antara gugusan bintang, sekali gus membuktikan kemungkinan kewujudannya,” menurutnya lagi.

Berdasarkan kajian sains, sistem suria mula terbentuk kira-kira empat setengah bilion tahun lalu selepas letupan besar (Big Bang) membebaskan gas dan awan debu tebal untuk membentuk matahari.

Kira-kira 10 juta kemudian, planet mula terbentuk dan mengelilingi matahari dalam sistem suria.



Suka Artikel Ini, Jangan Lupa Klik Google +1


[Read More...]


11 Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia



Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania, Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar.

Halong Bay ,Vietnam
Air Terjun Iguazu, Argentina
Amazon Rainforest, South America
Jeju Island, South Korea
Puerto Princesa Underground River, Filipina
Table Mountain, South Africa
Komodo National Park, Indonesia



[Read More...]


6 Piramid Giza Ditutup Elak Pemujaan Meraikan 11/11/11



Pihak berkuasa Mesir menutup Piramid Giza bagi mengelakkan sebarang aktiviti pemujaan oleh kumpulan yang mahu meraikan tarikh 11/11/11 semalam.


Keputusan itu diambil selepas ia mendapat tekanan daripada pengguna internet negara berkenaan yang mendakwa aktiviti penyembahan akan diadakan di sekitar piramid itu, kata Ketua Jabatan Arkeologi Pharaonic, Atef Abu Zahab.

Majlis Tertinggi Antikuiti mengesahkan penutupan Piramid Gaza kepada pelancong. Namun dalam kenyataan yang dikeluarkannya, penutupan dibuat bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan selepas musim cuti yang panjang baru-baru ini.

Piramid Giza disenaraikan dalam tujuh keajaiban dunia berikutan status pembinaannya yang unik. Salah satu daripada tiga piramid itu, Piramid Cheop merupakan yang terbesar dan paling terkenal.

Ia menempatkan makam firaun Khufu, iaitu salah satu peninggalan purba terkenal di dunia.

Tarikh 11/11/11 dianggap sebagai keramat. Malah banyak kumpulan merancang mengadakan upacara pemujaan pada pukul 11.11 pagi.

Ribuan orang pula bercadang untuk bertemu dan mengadakan majlis tarian. Malah beberapa laman khas berkenaan tarikh berkenaan turut muncul di laman sosial, Facebook.


[Read More...]


3 Artis Halimunan Menyamar Sebagai Rak Sayur




SEORANG wanita ketawa ketika menolak troli dan mendekati artis China,
Liu Bolin di sebuah pasar raya di Beijing, China kelmarin.

Artis China Liu Bolin sekali lagi mengagumkan peminatnya apabila dia menyamar sebagai rak sayur di sebuah pasar raya di Beijing kelmarin.

Digelar artis halimunan kerana kepakarannya menyatukan diri dengan pelbagai latar belakang, Bolin, 35, bergiat aktif dalam seni ilusi optik sejak enam tahun lalu.

Lelaki tersebut kerap melakukan persembahan solo dan berkumpulan yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Pada Jun lepas, dia pernah menyamar sebagai rak majalah di New York.


[Read More...]


2 Kapal Induk USS Carl Vinson Bertukar Gelanggang Bola Keranjang




Selepas digunakan untuk mengangkut jenazah Osama bin Laden, kapal induk USS Carl Vinson sekali lagi menjadi tumpuan. Kali ini sebagai gelanggang perlawanan bola keranjang kolej AS.

Seramai 7,000 penonton termasuk Presiden AS, Barack Obama dijangka menonton perlawanan tersebut di atas kapal induk berkenaan yang berlabuh di sini.

Setakat semalam, kerja-kerja menukar dek kapal gergasi berkenaan menjadi sebuah stadium bola keranjang sudah selesai.

Pasukan Universiti Negeri Michigan akan menentang pasukan Carolina Utara dalam perlawanan yang dijadual berlangsung hari ini.



[Read More...]


1 Berebut Kahwin Pada Tarikh 11/11/11




Beribu-ribu pasangan di China akan melangsungkan perkahwinan hari ini kerana mereka menganggap 11/11/11 sebagai tarikh bertuah.

Akhbar Shanghai Morning Post melaporkan lebih 3,000 pasangan membuat tempahan untuk berkahwin di bandar raya ini.

Peluang untuk berkahwin pada tarikh yang mengandungi barisan angka 1 itu, kata akhbar berkenaan, cuma datang sekali dalam tempoh satu abad.

Keghairahan sama turut dilaporkan di bandar-bandar lain di China dengan lebih 400 pasangan menempah untuk berkahwin di bandar raya Wuhan, tengah China.

Di bandar Jinan, timur China pula lebih seratus pasangan merancang untuk berkahwin pada tarikh tersebut yang dianggap bertuah.

“Peluang untuk berkahwin pada hari ini yang memiliki tarikh 11/11/11 cuma datang sekali dalam seumur hidup,” kata seorang pengantin lelaki, Wang Qiang.

“Saya dan pasangan saya tidak akan membiarkan peluang ini terlepas,” tambahnya.



[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors