Pihak berkuasa Thailand hari ini memberi amaran banjir yang kini melanda utara Bangkok semakin menghampiri pusat bandar itu dengan benteng banjir tidak mampu menyekat limpahan air.
Jurucakap pentadbiran Bangkok, Jate Sopitpongstorn berkata, ekoran itu kerja-kerja memperbaiki pintu air dilakukan bagi mengurangkan kesan banjir di pusat bandar yang menjadi nadi terpenting Thailand.
Jelasnya, pusat bandar Bangkok kini hanya bergantung dengan sistem perparitan sedia ada untuk menghadapi banjir.
Semalam, banjir telah menenggelamkan persimpangan Lad Phrao yang menempatkan bangunan pejabat, kondominium dan pasar raya utama dan terletak tidak jauh dari pasar minggu popular, Chatu Chak.
Bencana banjir yang bermula pada akhir Julai lalu telah meragut 450 nyawa di seluruh negara.
Sehubungan itu, pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di lapan daripada 50 daerah di Bangkok.

1 comment
Uishhhh teruk tu. Kesian Dorang
Post a Comment