0 Drone Pengintip AS Terhebat Bakal Dilancar



Gambar ilustrasi pesawat drone Phantom Eye yang dibangunkan oleh Boeing.

Penerbangan sulung sebuah pesawat tanpa juruterbang atau drone revolusi yang mampu berada di ruang udara pada ketinggian 19.8 kilometer atau 65,000 kaki selama empat hari bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Phantom Eye yang berkuasa hidrogen dan direka untuk melakukan misi pengawasan serta peninjau pada altitud tinggi dibina oleh Boeing Phantom Works.

Pelancarannya akan diadakan di Pangkalan Tentera Udara Edwards di California dan dijangka akan mengambil masa antara empat hingga lapan jam.

Boeing turut membangunkan sebuah lagi pesawat besar yang belum dinamakan dan mampu berada di ruang udara lebih 10 hari, selain pesawat tempur Phantom Ray yang memiliki teknologi canggih.

Phantom Eye adalah pesawat pertama seumpamanya, sekali gus bakal membuka pasaran baru, menurut Presiden Boeing Phantom Works, Darry Davis.

“Pesawat ini adalah contoh paling sempurna dalam mengubah idea kepada kenyataan. Ia mendefinisikan usaha pantas kami dalam mengeluarkan prototaip dan menunjukkan tiada yang mustahil terutamanya dalam industri perisikan, pengawasan dan peninjauan.


Phantom Eye yang berkuasa hidrogen sangat efisien dan menjimatkan bahan bakar, selain hanya mengeluarkan air, sekali gus menjadikannya pesawat ‘hijau’.

Ia menggunakan dua enjin 2.3 liter empat silinder yang mempunyai 300 kuasa kuasa kuda.


Jangan lupa klik Google +1 ye  

Anda sedang membaca artikel Drone Pengintip AS Terhebat Bakal Dilancar dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/drone-pengintip-as-terhebat-bakal.html. Semoga artikel Drone Pengintip AS Terhebat Bakal Dilancar ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors