1 Sistem Suria Sebenarnya Ada 5 Planet Gergasi?





Sebelum ini, sistem suria disahkan mempunyai empat planet gergasi iaitu Musytari, Zuhal, Neptun dan Uranus tetapi hasil 6,000 simulasi komputer menunjukkan kewuju-dan planet misteri kelima dalam kumpulan itu.

Hasil kajian dilakukan oleh saintis David Nesvorny dari Institut Penyelidikan Southwest di San Antonio di Texas mendapati sistem suria sebenarnya mempunyai lebih daripada empat planet gergasi pada awal pembentukannya di angkasa lepas.

“Salah sebuah planet tersebut mungkin telah terkeluar secara tidak sengaja dari sistem suria berdasarkan penemuan sejumlah besar planet asing di kawasan antara gugusan bintang, sekali gus membuktikan kemungkinan kewujudannya,” menurutnya lagi.

Berdasarkan kajian sains, sistem suria mula terbentuk kira-kira empat setengah bilion tahun lalu selepas letupan besar (Big Bang) membebaskan gas dan awan debu tebal untuk membentuk matahari.

Kira-kira 10 juta kemudian, planet mula terbentuk dan mengelilingi matahari dalam sistem suria.



Suka Artikel Ini, Jangan Lupa Klik Google +1


Anda sedang membaca artikel Sistem Suria Sebenarnya Ada 5 Planet Gergasi? dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/sistem-suria-sebenarnya-ada-5-planet.html. Semoga artikel Sistem Suria Sebenarnya Ada 5 Planet Gergasi? ini bermanfaat buat anda.


1 comment

13 November 2011 at 23:36

Menarik fakta sains ni ... dan memang banyak lagi sistem suria di angkasa dan salah satunya matahari di mana bumi berada.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors