1 Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Cambodia Sukan SEA 2011



PEMAIN bawah 23 tahun Malaysia, Izzaq Faris Ramlan berjaya menewaskan penjaga gol Kemboja, Sou Yaty pada perlawanan peringkat Kumpulan A Sukan SEA Indonesia 2011 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta

Pasukan bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini, sebentar tadi.

Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.

Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.

Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 di atas kealpaan pemain pertahanan negara.

Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.



Anda sedang membaca artikel Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Cambodia Sukan SEA 2011 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/keputusan-perlawanan-malaysia-vs.html. Semoga artikel Keputusan Perlawanan Malaysia Vs Cambodia Sukan SEA 2011 ini bermanfaat buat anda.


1 comment

14 November 2011 at 22:54

yeaszaa..tahniah skali lgi buat skuad muda m'sia =)

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors