3 Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Sukan SEA 2011



 INTIPATI kejayaan skuad Harimau Muda, petang ini harus berkisar kepada kekebalan benteng pertahanan yang hanya dibocori dua kali apabila turun menentang Myanmar dalam saingan separuh akhir hari ini.

Selain Muslim Ahmad yang menerajui barisan pertahanan dan Mahali Jasuli yang menjadi pencetus kepada gol kemenangan jaringan Syahrul Azwari Ibrahim ketika menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kelmarin, kelibat Fadhli Shas, Asraruddin Putra Omar dan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat harus memainkan peranan penting.

Kelima-lima pemain ini sudah berpengalaman beraksi di hadapan penonton fanatik tuan rumah ketika menjuarai Piala AFF Suzuki, tahun lalu dan berbekal pengalaman itu, faktor gangguan penyokong tidak lagi menjadi isu besar buat perjuangan mereka.

“Masuk kali ini sudah tiga kali saya beraksi di Gelora Bung Karno dan saya anggap ejekan mereka sebagai pencetus semangat buat kami,” kata Fadhli yang membantu mengekang asakan lawan sepanjang kempen kali ini.

Bagi Asraruddina, kesefahaman dan kerjasama antara lima benteng kebangsaan ini yang sudah lama bersama antara faktor mengukuhkan kubu terakhir negara.

“Kombinasi sama digunakan jurulatih (Datuk K Rajagobal) ketika AFF lalu dan ternyata ia membuahkan hasil.

“Cuma untuk aksi separuh akhir, saya harap jentera serangan dapat mengemaskan tindakan penyudah bagi merealisasikan impian mengekalkan kejuaraan.”

Ditanya sama ada ketiadaan jurulatih, Ong Kim Swee bakal menjejaskan persembahan pasukan, Asraruddin menjawab: “Tidak. Jurulatih sudah memberi arahan lebih awal dan kami tahu apa yang perlu dilakukan.”

Mengulas mengenai lawan yang akan ditentang Harimau Muda hari ini, Kim Swee berkata, skuad kenda- liannya tidak boleh memandang rendah keupayaan Myanmar.

"Saya sudah melihat video rakaman perlawanan membabitkan Myanmar dengan Timor Leste. Pada perlawanan itu, mereka menampilkan corak permainan secara menyerang.

"Pada perlawanan menentang Vietnam pula, apa yang saya lihat mereka mengamalkan corak permainan bertahan. Jadi melalui video rakaman yang telah saya saksikan, Myanmar merupakan sebuah pasukan yang bergerak secara berpasukan.

"Sudah tentu, jika kita mahu menembusi benteng Myanmar, saya perlu menampilkan corak permainan pantas, bukan sahaja larian, malah hantaran juga harus pantas," katanya.

Kim Swee juga berharap aksi hari ini tidak berlanju- tan hingga masa tambahan atau sepakan penalti.

Keputusan perlawanan selepas 90 minit perlawanan Malaysia Vs Myanmar berakihir dengan  :-

Malaysia Vs Myanmar
    1          -        0     


Malaysia mara ke perlawanan akhir selepas menewaskan Myanmar 1-0 menerusi jaringan Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, sebentar tadi.


Anda sedang membaca artikel Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Sukan SEA 2011 dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/perlawanan-malaysia-vs-myanmar-sukan.html. Semoga artikel Perlawanan Malaysia Vs Myanmar Sukan SEA 2011 ini bermanfaat buat anda.


3 comments

Anonymous
19 November 2011 at 11:13

yew semua nye kene pantas!
gud luck m'sia :)

19 November 2011 at 11:21

harap malaysia berjaya hendaknya..benam je myanmar 5-0 huahuahua

dah start kempen

http://www.trioseposen.com/2011/11/gadget-impian-bro-ahmad-ialah-iphone-4s.html

19 November 2011 at 17:14

Wew trep sembarang jak, 2 sama t0h.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors