2 Penganjur Seksualiti Merdeka Menghina Dan Mencabar Hukum Islam




Tindakan penganjur program mempromosi seks bebas Seksualiti Merdeka yang cuba menghalalkan perkara yang haram telah menghina dan mencabar hukum Islam. 
 
Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid berkata, amalan songsang itu jelas bercanggah dengan syarak dan program ini wajib diperangi demi menegakkan kesucian agama Islam.

"Kumpulan ini adalah penentang kepada hukum Islam. Semua pihak harus bertegas dan tidak boleh berkompromi dengan penganjuran program yang membinasakan moral dan akhlak masyarakat di negara ini.

"Kita khuatir golongan ini terutamanya di kalangan umat Islam akan terus berkembang dan lantang bersuara untuk menghalalkan hubungan songsang mereka seperti di negara Barat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang cuba mempromosikan program seks bebas Seksualiti Merdeka bermula 1 hingga 13 November yang mengiktiraf hak seksual di kalangan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

Tamyes berkata, kerajaan dan pihak berwajib perlu membanteras penganjuran ini sehingga ke akar umbi bagi mengelakkan ia berlaku lagi pada masa akan datang.

"Jika ia berterusan dan tidak ditegah, tidak mustahil keruntuhan moral akan berleluasa. Kita tidak mahu kebangkitan golongan ini menular dan menjadi barah dalam masyarakat.

"Apa yang lebih mengecewakan jika penganjuran ini turut disertai oleh umat Islam dan kita minta kerajaan untuk mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dalam program ini," jelasnya.

Sementara itu, Pensyarah di Jabatan Fiqh Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Dr. Datuk Mahmood Zuhdi berkata, umat Islam di negara ini harus bersatu padu menentang aktiviti yang membinasakan agama Islam.

" Kita tidak boleh memberi peluang kepada mereka untuk menganjurkan program seumpama ini. Jika semua bersatu, mereka tidak akan mengambil kesempatan untuk meneruskan usaha mempromosikan amalan LGBT itu," katanya.


Anda sedang membaca artikel Penganjur Seksualiti Merdeka Menghina Dan Mencabar Hukum Islam dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/penganjur-seksualiti-merdeka-menghina.html. Semoga artikel Penganjur Seksualiti Merdeka Menghina Dan Mencabar Hukum Islam ini bermanfaat buat anda.


2 comments

6 November 2011 at 10:40

Kerja dan percubaan yang gila.. Songsang bawa penyakit

Anonymous
10 November 2011 at 12:37

ugama lain dah xda cuma ada islam saja...lain2 dah tak percaya ugama wujud...how?

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors