11 Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia



Hutan hujan Amazon, Halong Bay di Vietnam dan air terjun Iguazu, Argentina dinamakan sebagai antara tujuh keajaiban alam sekitar dunia yang baharu.

Empat lagi lokasi yang menerima pencalonan sama ialah Pulau Jeju, Korea Selatan; Komodo, Indonesia; sungai bawah tanah Puerto Princesa, Filipina dan Table Mountain di Afrika Selatan.

Penganjurnya, Yayasan New7Wonders menyatakan keputusan akhir akan diumumkan pada awal tahun 2012. Yayasan yang berpangkalan di Switzerland itu bagaimanapun menegaskan mungkin akan ada perubahan dalam senarai pemenang sementara dan senarai akhir tersebut.

Lokasi-lokasi yang gagal untuk disenaraikan termasuklah Gunung Kilimanjaro, Tanzania, Laut Mati, Israel dan Grand Canyon di Amerika Syarikat (AS).

Undian yang dianjurkan oleh New7Wonders nyata menarik minat orang ramai. Ia turut melibatkan selebriti, misalnya bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi yang mengajak para peminatnya supaya memilih air terjun Iguazu.

Keputusan akhir tersebut diperoleh selepas satu proses yang lama, bermula dari Disember 2007 hingga Julai 2009. Dalam tempoh itu, warga dunia diminta mengundi lokasi yang mereka fikir sebagai keajaiban alam sekitar.

Lebih satu juta undian diterima untuk menyenarai pendek 440 lokasi di 220 buah negara kepada 77 lokasi sahaja. Senarai itu kemudian dipendekkan kepada 28 finalis oleh satu panel pakar.

Halong Bay ,Vietnam
Air Terjun Iguazu, Argentina
Amazon Rainforest, South America
Jeju Island, South Korea
Puerto Princesa Underground River, Filipina
Table Mountain, South Africa
Komodo National Park, Indonesia



Anda sedang membaca artikel Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/tujuh-keajaiban-alam-sekitar-dunia.html. Semoga artikel Tujuh Keajaiban Alam Sekitar Dunia ini bermanfaat buat anda.


11 comments

13 November 2011 at 13:29

komodo r paling ajaib.. heheh

Anonymous
13 November 2011 at 14:15

cantik sangat ..

13 November 2011 at 15:47

Tetapi bagi B3njy ada baiknya alam semula jadi tidak termasuk dalam kategori ini ... kerana sebelum ni keajaiban semua ciptaan manusia.

13 November 2011 at 15:51

cantiknya tempat ni..kuasa Allah

13 November 2011 at 16:10

@Bro Ahmad betul tu bro, sbb tu kita bila lihat keajaiban n keindahan kejadian ALLAH kita akan merasakan kekuasaan ALLAH pada diri kita. Rasa kerdil n hinanya kita disisi ALLAH.

13 November 2011 at 16:42

komodo? mungkinkah disebabkan tempat tersebut banyak komodo?

chii slalu tau pasal pulau jeju je..sebab nya..bila dlm drama2 korea..dorang banyak stresskan pasal pulau ni..ehehe

13 November 2011 at 21:11

Subhanallah.
lokasi di M'sia belum ada dicalonkan

13 November 2011 at 23:54

@iMah kejadiaan ALLAH yg boleh menambahkan Kebesaran ALLAH pada diri kita

13 November 2011 at 23:58

@chii komodo national park di indonesia tu memang byk Komodo ni. pasal pulau jeju ni, manmala baru dgr adanya pulau ni. lainlah mcm chii slalu tgk citer korea memang dah kenal lah pulau jeju ni :)

14 November 2011 at 00:02

@Denaihati xtahulah bro, samaada M'sia xlayak dicalonkan atau tiada tmpt/keajaiban alam sekitar yg mampu utk dicalonkan di dlm penganjuran yang di buat oleh Yayasan New7Wonders ini...

Anonymous
14 November 2011 at 09:30

subhannallah..cantik sangat!
teringin nye nak gi tmpat2 cam tu :D

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors