1 Biskut Beras Terbesar Di Dunia




Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.

Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.

Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.

Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka.
Anda sedang membaca artikel Biskut Beras Terbesar Di Dunia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/biskut-beras-terbesar-di-dunia.html. Semoga artikel Biskut Beras Terbesar Di Dunia ini bermanfaat buat anda.


1 comment

17 November 2011 at 20:46

owh...biskut ni yg ada mcm dijual kt malaysia tu kan..sedap2..

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors