2 Pejabat Akhbar Sindir Nabi Muhammad Dibakar





Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk.

Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.

Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam komputer musnah.

Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam.




Anda sedang membaca artikel Pejabat Akhbar Sindir Nabi Muhammad Dibakar dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/pejabat-akhbar-sindir-nabi-muhammad.html. Semoga artikel Pejabat Akhbar Sindir Nabi Muhammad Dibakar ini bermanfaat buat anda.


2 comments

3 November 2011 at 08:02

itulah suka sangat cari pasal ha kan dah kena

3 November 2011 at 08:09

@Bro Ahmad dah tukar avatar ke bro. comel tu.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors