1 Toyota Perkenal Kereta Telefon Pintar




Toyota Perkenal Kereta Telefon Pintar? Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.

Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".

Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.

Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.

"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.

Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan.


Anda sedang membaca artikel Toyota Perkenal Kereta Telefon Pintar dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/toyota-perkenal-kereta-telefon-pintar.html. Semoga artikel Toyota Perkenal Kereta Telefon Pintar ini bermanfaat buat anda.


1 comment

29 November 2011 at 12:01

wooo... makin canggih dunia..

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors