0 Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia




Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia?  MALAYSIA akan tampil dengan corak menyerang dalam usia memburu tiga mata penuh pada aksi menentang Bahrain pada saingan Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

"Kami akan terus menyerang sebaik wisel permulaan dibunyikan dengan harapan dapat meraih jaringan awal," jelas jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim swee.

Menurutnya, di sebalik menggunakan corak menyerang terhadap pasu- kan hebat seperti Bahrain, beliau juga tidak mahu barisan pertahanannya leka dengan membuat kesilapan kecil seperti yang berlaku pada aksi menentang Syria, Rabu lalu.

"Saya tetap mengutamakan aspek pertahanan dan sering mengingatkan semua pemain agar cuba mengelak daripada melakukan kesilapan.

"Jurang antara kita dengan pasukan-pasukan dari Asia Barat tidak begitu jauh. Oleh sebab itu, saya yakin kita mampu mencapai satu keputusan positif pada malam esok (hari ini)," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Meskipun Kim Swee kini mempunyai banyak pilihan pemain untuk disenaraikan dalam kesebelasan utamanya, namun beliau masih belum memutuskan siapa yang bakal diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Apa yang pasti, A. Thamil Arasu bakal sekali lagi diberi kepercayaan sambil Muhd. Nazmi Faiz Mansor akan kembali menerajui bahagian tengah.

Khidmat pemain pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad mungkin tidak dapat digunakan kerana pemain terbabit masih mengalami kecederaan hamstring.

"Muslim dijangka tidak dapat beraksi ekoran masalah kecederaan hamstring yang dihadapinya ketika menentang Syria pada Rabu lalu," katanya.

Tambahnya, beliau masih mempunyai pilihan untuk menggantikan posisi Muslim dan Amer Saidin yang beraksi cemerlang pada aksi menentang Syria bakal diberi kepercayaan.

Namun, pada masa yang sama, Kim Swee mengakui kehilangan khidmat perancang utama negara dan kapten Sukan SEA 2011, Baddrol Bakhtiar, 23, yang tidak dapat beraksi berdasarkan faktor umur.

"Ketiadaan Baddrol amat dirasai oleh kami, namun kami tidak mahu mengambil itu sebagai satu alasan, malah terus berazam untuk memburu kemenangan pertama di hadapan penyokong sendiri," ujarnya.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Shareed mengakui bukan satu tugas yang mudah untuk mencuri tiga mata berharga di Stadium Nasional pada malam ini.

Katanya, meskipun menyedari Malaysia akan berjuang habis-habisan, beliau tetap optimis untuk memburu kemenangan pertama bagi menghidupkan peluang kembali untuk bersaing di dalam peringkat kumpulan.

"Malaysia satu pasukan yang sangat bagus. Corak permainan mereka sangat pantas dan memiliki barisan pertahanan yang sangat kukuh," katanya.




Anda sedang membaca artikel Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/malaysia-vs-bahrain-kelayakan-olimpik.html. Semoga artikel Malaysia VS Bahrain Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors