Kerajaan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu diambil bagi menghormati hak berpolitik seseorang mahasiswa tetapi mereka dilarang keras membawa politik kepartian ke dalam kampus.
“Kerajaan percaya kepada kematangan serta kebijaksanaan mahasiswa dan demi menghormati hak mereka yang rata-rata mencapai umur age of majority (21 tahun) kita akan meminda Seksyen 15 AUKU,” katanya.
Beliau berkata demikian secara serentak semasa membentangkan usul bagi pembatalan Proklamasi Darurat mengikut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat hari ini.
Akta tersebut sebelum ini menjadi topik perbincangan hangat kerana sesetengah pihak mendesak agar AUKU dihapuskan manakala sebahagian lagi mempertahan kepentingan akta tersebut.
Mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan membuat rayuan terhadap keputusan itu.
“Ini kerana keputusan mahkamah itu mempunyai implikasi terhadap prinsip undang-undang,” jelasnya.
Pada 31 Oktober lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Low Hop Bing dalam keputusan majoriti 2-1 memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Keempat-empat penuntut tersebut, Muhammad Hilman Idham, 22; Woon King Chai, 23; Muhammad Ismail Aminuddin, 23, dan Azlin Shafina Mohamad Adzha, 23, ditahan ketika kempen semasa Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor.

7 comments
arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam
Tidak semestinya kene masuk parti Islam baru boleh buat dakwah. Cari pengalaman dan exposure sebanyak mungkin supaya lebih matang dan bijak dalam dakwah
memang dah lama diorang berpolitik cari pimpinan dalaman belum parti lagi..best la bagi kebebasan
politik ...
mahasiswa memang pelapis kepimpinan negara, biar mereka cakna politik
huhu xminat politik
Bro Manmala, nak mintak bro buat satu post tentang teknik SEO dan traffic yang bro gunakan...newbie nak belajar ni..
Post a Comment