9 Penggodam Guna Angry Bird




Telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android kini menjadi mangsa terbaru dalam kegiatan jenayah siber.
 
Penggodam menggunakan kelalaian kebanyakan pengguna untuk memuat turun aplikasi ke telefon mereka tanpa memeriksanya terlebih dahulu.

Aplikasi permainan Angry Bird menawarkan samaran yang baik untuk penyerang siber ekoran ia mempunyai berjuta-juta peminat yang menunggu versi permainan terbarunya.

Penjenayah siber menggunakan platform itu dengan menawarkan aplikasi yang kelihatan seperti permainan asal tetapi pada hakikatnya, ia mengintip pengguna.


Pencuri data dan penggodam 'menyerang' telefon pintar kerana penggunaannya untuk pelbagai aktiviti termasuk emel perniagaan rahsia dan tempat simpanan maklumat seperti maklumat bank.

Pada prinsipnya, semua sistem operasi telefon pintar terancam namun Android paling terancam apabila 43 peratus telefon pintar baru mempunyai perisian Google yang bersifat terbuka.

Bagaimanapun, Google berkata, program Android selamat kerana ia beroperasi di kawasan 'tertutup' kerana ia tidak boleh berinteraksi dengan telefon lain dan laluan terhad kepada sistem operasi.

Namun, pakar keselamatan teknologi maklumat, Alexander Tsolkas berkata, masalah asasnya adalah aplikasi yang dimuat turun pengguna.

''Apabila memuat turun aplikasi, pengguna akan diminta meluluskan penggunaannya dan kebanyakan pengguna tidak akan membaca terma dan syarat selain maklumat terperinci mengenai program itu terlebih dahulu dan sebaliknya terus meluluskannya.

''Keadaan ini berpotensi menyebabkan aplikasi berbahaya dimuat turun yang membolehkan penggodam membaca pelbagai maklumat dalam telefon pintar itu,'' katanya, - dpa

Anda sedang membaca artikel Penggodam Guna Angry Bird dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/11/penggodam-guna-angry-bird.html. Semoga artikel Penggodam Guna Angry Bird ini bermanfaat buat anda.


9 comments

22 November 2011 at 11:29

mak aih...mcm ni punya cara pun ada kan..bahaya sungguh la jenayah cyber skrg ni

22 November 2011 at 11:36

yela, kalau kita pun malas nak baca terma dan syarat yang panjang berjela tu. hihihi

22 November 2011 at 12:55

aiyoo susah juga ada benda canggih2 pun ..

22 November 2011 at 14:04

kena pasang antivirus kot..

22 November 2011 at 18:05

kene bace tol2 la kan semua bnda sblm download

22 November 2011 at 21:45

Kena letak anti virus untuk telefon...

22 November 2011 at 21:49

@kotak bulat ramai yg klik next n next2.
malas nak baca term.

Anonymous
23 November 2011 at 13:45

semakin canggih.semakin tak selamat. hurm

25 November 2011 at 02:59

Kalau aku. mmg jaga sangat akaun2 aku. lebih2 email. email di hack mcm2 akaun senang2 boleh masuk.. Bahaya

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors