3 Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin



Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin? Cuba tahan mata anda daripada tertutup semasa bersin, sukar bukan? “Biji mata anda tidak mungkin akan terkeluar kalaupun anda bersin terlalu kuat,’’ kata Dr. Brian Smart, Pengerusi Pusat Asma dan Alahan, Kumpulan Perubatan DuPage di Illinois.



Jadi, kalau alasan kita menutup mata tatkala bersin bukanlah untuk menahan mata daripada tersembul keluar, jadi kenapa perlu peduli?

“Sama seperti refleks lutut anda tersentak selepas diketuk perlahan menggunakan tukul perubatan ataupun, tangan anda secara automatik ditarik apabila terkena benda panas, menutup mata semasa bersin merupakan satu tindak balas berkuasa,’’ kata Smart yang juga jurucakap bagi Akademi Asma, Alahan dan Imunologi Amerika.

Satu ‘cerita rakyat’ lain: Kita bersin dengan mata terpejam bagi mengelakkan bendasing yang terbersin keluar daripada memasuki mata anda. Apa pula kata kajian?

“Adalah juga sangat tidak mungkin bahan-bahan di dalam bersin masuk ke dalam mata kita memandangkan ia ‘berjalan’ agak jauh dari mata.

‘‘Oleh itu, pesan saya agar orang ramai menutup mulut setiap kali mereka bersin. Ini akan membantu memperlahan penyebaran penyakit-penyakit berkaitan pernafasan. Lagipun, itu satu adap yang sopan,’’ tambah Smart.

Bagi penganut agama Islam, katakan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah). Gesundheit (semoga dirahmati Tuhan) bagi bukan Muslim.
[Read More...]


5 Cara Memasang/ Install Windows 7



Windows 7 adalah produk Microsoft  yang juga menawarkan beberapa kelebihan jika di bandingkan dengan versi sebelumnya. Di sini saya akan menerangkan cara memasang / installation windows 7 ke komputer anda secara langkah demi langkah secara bergambar. Saya percaya dengan pengetahuan ini juga membolehkan anda membaik pulih komputer anda sendiri sekiranya komputer anda di landa masalah (virus, file corrupt dan spyware). Selain ia menjimatkan duit, anda juga boleh membuat duit dengan mengetahui cara-cara ini.

Sebelum memulakan pemasangan windows 7 ada beberapa benda yang perlu antaranya ialah
  1. Windows 7 DVD
  2. Komputer dengan spesifikasi di bawah (minimum, jika dapat lebih lagi baik)
    • 1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau 64-bit (x64) processor
    • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)
    • 16 GB ruang hard disk  (32-bit) or 20 GB (64-bit)
    • DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0
Setelah semua peralatan tersedia, mari kita mulakan

Langkah 1:

Masukkan DVD Windows 7 ke DVD Drive dan reboot komputer anda. Sekiranya gagal untuk boot DVD tersebut anda mungkin perlu masuk ke sistem BIOS anda(biasanya F2/lain) untuk susun aturan boot(boot order)meletakkan CD/DVD di tempat pertama HDD/Hard Disk tempat kedua dan selebihnya mana-mana pun boleh. Save dan exit. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.



Langkah 2:

Setelah langkah pertama tadi selesai, komputer akan memaparkan gambar seperti di bawah. Ini adalah skrin pertama untuk Install Windows 7. Pilih bahasa(jika ada) dan klik “Next”.


Langkan 3:

Di sini anda ada beberapa pilihan seperti "Install Now"( untuk anda install/format) dan "Repair your computer", pilihan ini adalah untuk komputer yang sudah di pasang / install windows 7 tetapi  berlaku beberapa kesilapan teknikal dan menyebabkan sistem windows tersebut rosak dan perlu di baik pulih.

Dalam topik ini, kita hanya perlu klik "Install now".

Langkah 4:

Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.


Langkah 5:


Di sini anda boleh memilih samada untuk upgrade atau memasang baru sistem Windows 7. Walaupun anda boleh upgrade daripada sistem windows yang lama kepada windows 7, saya mengesyorkan anda mengambil cara ke-2 iaitu "Install new copy of windows". Ini adalah untuk mendapatkan prestasi windows 7 yang sebenar di samping mengurangkan masalah-masalah semasa proses pemasangan.


Langkah 6:


Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.

Langkah 7:

 Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.

Langkah 8:


Setelah proses tadi selesai, anda akan melihat skrin seperti di atas ini.

Langkah 9:

Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.

Langkah 10:


Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.

Langkah 11:



Di sini, anda perlu mamasukkan windows 7 product key yang di sertakan sekali apabila anda membeli DVD Windows 7. Jika anda tidak mendapat product key semasa membeli DVD ini (original aje, yang lanun tu memang tak dapat).
Jika Windows 7 di sertakan sekali semasa anda membeli komputer anda, kebiasaanya product key ini terletak di belakang PC atau di bawah notebook.

Langkah 12:


Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”

Langkah 13:



Pilh zon masa anda dan klik Next.

Langkah 14:


Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.





[Read More...]


2 Kereta Mampu Baca Fikiran Manusia



Kereta yang mampu mengimbas dan membaca fikiran manusia? Adakah anda percaya kereta yang sedang direka dan dibangunkani oleh gergasi automobil Jepun, Nissan dan sebuah universiti di Switzerland mampu untuk mengimbas fikiran manusia dan juga membuatkan kenderaan tersebut bersedia untuk langkah seterusnya.

Idea mereka kereta jenis ini telah mengambil masa empat tahun untuk membuat penyelidikan dan hasilnya sebuah kereta yang menggabungkan kepintaran kenderaan dan pemandu bagi menghasilkan persekitaran pemanduan yang selamat. Projek itu menggunakan penilaian aktiviti otak, corak pergerakan mata dan pengimbas di sekeliling kenderaan menggunakan alat pengesan untuk meramalkan tindakan pemandu.

Kenderaan itu kemudian akan bersedia membelok dengan memperlahankan pergerakan jika perlu, atau berada sedikit ke kiri atau kanan.
[Read More...]


4 Antara Penyebab Anda Lupa



Antara penyebab seseorang itu lupa selain daripada penyebab-penyebab yang biasa kita dengar seperti :

1) Banyak makan epal yang sudah masam.
2) Banyak makan
makanan masam termasuk asam atau jeruk buahan.
3) Banyak makan
bawang besar.
4) Banyak makan makanan yang mengandungi
rempah dan ketumbar kering.
5) Memakan
kepala ikan.
6) Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan
semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan.
7) Makan sehingga terlalu
kenyang.
8) Makan makanan yang disentuh oleh
tikus.
9) Makan makanan yang dijual di
warung-warung yang kotor dan terdedah.
10) Minum
minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
11) Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk
bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya minuman bergas dan makanan segera (junk food). Bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.


Ada perkara lain yang anda perlu tahu berkaitan dengan penyebab anda lupa, antaranya :-

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.


Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.


2. Kurang berehat

Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.

3. Berdengkur

Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.


4. Metabolisme menurun

Jika hal ini terjadi, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.


5. Usia lebih dari 65 tahun

Di usia ini, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.


6. Mengalami depresi

Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.


Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.


7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur

Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.


8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.
[Read More...]


2 Kucing Miliki Dua Wajah



Seekor kucing di Massachusetts, AS memiliki dua wajah yang diberi nama dengan Frank dan Louie.


Haiwan itu yang berusia 12 tahun dalam bulan ini merupakan kucing yang memiliki dua wajah dan paling lama pernah hidup di dunia, kata seorang jurucakap Guinness World Records, Sara Wilcox kelmarin.

Kucing itu mempunyai dua mulut, dua hidung dan tiga mata.

Haiwan itu mempunyai satu otak.
[Read More...]


1 Nokia N9



Nokia N9 merupakan telefon pintar pertama di duniayang menggunakan Dolby Digital Plus sebagai penyahkodan dan keserasian Dolby Headphone bagi mendapatkan pengalaman dunia muzik yang berbeza.

Teknologi wayarles terkini, Near Field Communication (NFC) yang dipasang pada N9 membolehkan perkongsian sentuhan antara peralatan. Ia turut dilengkapi dengan kamera 8 megapiksel untuk memberikan hasil terbaik walaupun dalam keadaan pencahayaan rendah.

Bagi individu yang aktif bersosial, Facebook/ Twitter tersedia dalm Nokia N9 ini. Juga tersedia dalam warna hitam, cyan dan magenta.


[Read More...]


5 Happy Birthday Google



Adakah anda tahu  27/9/2011 genaplah usia 13 tahun GOOGLE. Selamat menyambut ulang tahun dari saya kepada carian GOOGLE pilihan utama saya. Moga menjadi yang terbaik sentiasa dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan anda.


Saya perasan ulangtahun GOOGLE bila saya tengok dan lihat gambar atas carian engine GOOGLE seperti gambar diatas.  Cantik tak ? Apapun GOOGLE memang terbaik dari  segalanya dalam menghargai pengguna dan pelanggannya.


HAPPY BIRTHDAY GOOGLE :)


JANGAN LUPA KLIK SINI
[Read More...]


1 Skrol Laut Mati berusia 2,000 tahun



Skrol berusia 2,000 tahun yang ditemui di gua sebuah gurun kini dipamerkan di online buat kali pertama di Baitulmuqaddis.

SALAH satu skrol Laut Mati dipamerkan di Muzium Israel di Baitulmuqaddis kelmarin.


Ia dipamerkan sebagai sebahagian daripada projek muzium kebangsaan Israel dan laman web Google di Internet.

Skrol itu ditulis dan dikumpulkan oleh satu kumpulan agama Yahudi yang melarikan diri ke sebuah gurun 2,000 tahun lalu dan menetap di Qumran di tepi tebing Laut Mati.

Lima skrol itu merupakan antara yang dibeli oleh para penyelidik Israel di antara tahun 1947 dan 1967 daripada seorang penjual barang antik.

Ia pertama kali ditemui oleh penduduk Badwi di gurun Judean.
[Read More...]


0 Sony NWZ-A860



Sony NWZ-A860 adalah pemain walkman yang menawarkan pengalaman audio yang terbaik. Ia juga mempunyai aliran Bluetooth, skrin sesuntuh audio/video dan perkongsian foto tanpa wayar.


Peranti ini menggunakan teknologi Sony Clear Audio yang terdiri dari Dynamic Sound Enchancement Engine, Clear Stereo dan Clear Bass Audio Technologies untuk bunyi yang baik.

Teknologi baru New S-Master MX mengurangkan tahap gangguan audio dan pengalaman bunyi lebih baik. Terdapat skrin TFT sesuntuh 400x240 WQVGA 2.8 inci dengan warna yang menarik.

Dengan ciri Photo Transfer, anda boleh berkongsi foto dengan peranti berkeupayaan Bluetooth. Sony  NWZ-A860 didatangakn dalam dua kapasiti, iaitu 8GB dan 16GB.
[Read More...]


0 Menonton Filem Lucah Oleh Suami Isteri



Adakah anda mengetahui hukum berkaitan menonton filem lucah oleh suami  dan isteri  samaada untuk mempelajari tentang cara-cara melakukan seks ataupun untuk merangsangkan nafsu syahwat pasangan sebelum melakukan hubungan kelamin ?


Hukumnya haram secara sepakat ulama walaupun niatnya baik. Ia diharamkan kerana :-

Pertama : Islam mengharamkan melihat aurat orang lain, terutamanya bahagian sulit. Nabi SAW bersabda : 

Ertinya : "Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah wanita melihat aurat wanita yang lain"
Sudah tentu apabila melihat filem tersebut, akan dilihat aurat si pelakon tadi malah dalam keadaan yang tidak diizinkan oleh Islam pula.

Kedua : Islam juga tidak berapa menggalakkan si suami melihat kemaluan isteri dan begitu juga sebaliknya, sebagaimana displin seks Islam yang dinyatakan oleh Sayyidatina Aisyah r.a berkenaan hubungannya dengan baginda SAW. ( Hadith ini adalah lemah, bagaimanapun ia dikira sebagai adab sahaja berdasarkan umum dalil-dalil lain). Jika demikian hukumnya, maka sudah tentu melihat kemaluan selain pasangan yang halal di dalam filem lucah lebih lagi ditegah oleh Islam. 

Ketiga : Terdapat cara lain untuk mempelajarinya, iaitu dengan membeli buku panduan seks dalam Islam yang melakarkan gambar-gambar lukisan sahaja.

Keempat : Filem-filem ini sudah tentu dilakonkan oleh orang bukan Islam serta sudah tentu menjalani hubungan seksual tidak menurut displin Islam dalam hubungan seks. Termasuklah melakukan seks secara yang diharamkan oleh Islam. Justeru, meniru teknik yang diharamkan sudah  tentu diharamkan juga.

Sebagai contoh, Islam tidak menggalakkan suami isteri bersama dalam keadaan telanjang bogel sebagaimana disebutkan sebagai salah satu displin adab melalui hadith :-

 إذا جامع أحدكم أهله فلا يتجرد تجرد العيرين
Ertinya : "Apa seorang kamu 'bersama' isterinya maka janganlah kamu bertelanjang bogel ( bermakna perlu berselimut)"  ( Riwayat Ibn Majah 1/619 no 1921 ) 

Demikian juga displin dan adab-adab lain seperti berdoa sebelum bersama, tidak mendatangi isteri dari duburnya, tiada oral seks, berwudhu jika ingin bersama kali kedua sebelum mandi dan banyak lagi adab dan hukum Islam yang tidak akan dapat dipelajari dari filem lucah itu. ( Nizom al-Usrah, Dr Md Uqlah, 2/16-17)

Kelima : Dibimbangi si suami atau isteri akan terbayangkan pasangan pelakon di dalam filem lucah tersebut. Maka ia jatuh ke dalam perkara haram yang lain pula.

Keenam : Nabi Melarang menceirtakan perihal sulit aurat orang lain, apatah lagi melihatnya di dalam video seperti ini.
 
Nabi SAW bersabda :
لا تباشر المرأة المرأة فتنعتها لزوجها كأنه ينظر إليها  

Ertinya : janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain, lalu menceritakannya kepada suaminya sehingga seperti (suaminya) melihatnya ( Riwayat Al-Bukhari )  

Kesimpulannya, diharamkan menggunakan filem lucah samada untuk  menaikkan syahwat suami isteri mahupun sebagai pengajian. 

sumber : zaharuddin.net
[Read More...]


7 Makan Berlebihan Punca Pelbagai Penyakit



Berita Harian hari ini menyatakan 32 kematian setiap hari dan kebanyakannya daripada penyakit jantung, strok sebagai punca kematian 11,812 orang sepanjang 2010. Menurut pendapat saya ianya daripada sikap seseorang dalam pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya menjadi penyebab datangnya pelbagai penyakit.

Adakah kita tahu apakah akibat daripada mengambil makanan yang berlebihan? 
Anda akan menjadi gemuk dengan sebab memakan makanan yang banyak  kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Apakah dia kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Berapa banyak kalori yang anda perlukan biasanya ditentukan melalui jenis pekerjaan yang anda lakukan, umur dan jantina anda. Jika anda bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan sebagainya, anda perlukan mengambil makanan yang banyak kalori.

Manakala jika pekerjaan anda memerlukan penggunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti guru, pengambilan kalori agak kurang jika dibandingkan dengan kumpulan yang sebelum ini. Dan jika kehidupan harian ataupun pekerjaan anda memang tidak memerlukan banyak bergerak dan sering duduk sahaja seperti bekerja di pejabat, anda memerlukan pengambilan kalori yang sedikit.

Kebanyakan orang merasakan membazir bila makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan sedangkan perut sudah merasa kenyang. Kerana itu dianjurkan mengambil makanan dengan kadar yang sedikit dan berpada-pada. Biar saja dalam kuantiti yang sedikit. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenapa? Kerana makan sebelum lapar itu mengelakkan kita makan dengan kuantiti yang terlalu banyak. 

Makan Menurut Islam
Islam itu sangat indah. Rasa saya anda semua pasti setuju. Islam itu mencakupi pelbagai aspek. Bukan saja perundangan, kehidupan bahkan juga kesihatan. Semuanya sudah digariskan di dalam Islam. Ilmu tentang nutrisi pemakanan bukan baru bermula pada abad ke 21 sebaliknya sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Nabi s.a.w sendiri menganjurkan umat-umatnya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

“Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” H.R. Muslim

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa.

Kenapa agaknya ya pada diri setiap insan itu perlu diisi dengan keperluan sesuai dan sama setiap masa? Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan. 

Kerana itu, Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan method ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia.Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. 

Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.
[Read More...]


2 Bekas Tukang Sapu Jadi Presiden Zambia



Adakah anda ketahui bahawa presiden Zambia yang baharu dilantik adalah seorang bekas tukang sapu di stesen kereta api Victoria, London.
Dengan berikrar mahu "menyapu Zambia menjadi lebih bersih" dan  "akan berkongsi kekayaan hasil mineral negara itu dengan rakyat secara lebih adil dan telus", Michael Sata yang menerajui parti Barisan Patriotik, mengangkat sumpah sebagai Presiden Zambia Khamis lalu setelah partinya memperoleh kemenangan tipis dalam pilihan raya baru-baru ini.

Zambia yang dikelilingi lapan negara iaitu Republik Demokratik Congo, Tanzania, Malawi, Mozambique, Zimbabwe, Botswana, Namibia dan Angola adalah pengeluar tembaga terbesar di dunia selain kaya dengan galian lain.

Pada tahun 1950-an, beliau berhijrah ke London sebelum diambil bekerja sebagai tukang sapu dan porter oleh syarikat kereta api Britain, British Rail.

Sata kemudian belajar separuh masa untuk mengubah nasibnya. Beliau juga pernah bekerja di sebuah kilang pemasangan kereta di Britain sebelum kembali ke Zambia.

Sata kemudian menyertai pasukan polis negara itu.

Semasa berkempen, Sata pernah bersumpah bahawa beliau tidak akan minum air minuman yang dibotolkan sehingga semua rakyat Zambia mendapat bekalan air bersih.
Walaupun kaya dengan pelbagai hasil Bumi, negara di selatan Afrika itu masih dikategorikan sebagai mundur.
[Read More...]


0 Satelit: Orang ramai dinasihat tidak sentuh objek pelik



Agensi Angkasa Negara hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).



Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE.com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.

Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.
[Read More...]


1 Serpihan satelit NASA mungkin ke Kanada, Afrika, Australia



WASHINGTON: Serpihan angkasa terbesar dalam masa 30 tahun dijadual mencecah bumi dan antara kawasan yang dilintasinya termasuk Kanada, Australia dan Afrika, menurut NASA hari ini.

Ini berikutan kegagalan satelit Amerika Syarikat - Upper Atmosphere Research Satellite (UARS)- yang mempunyai 26 bahagian dijangka akan memasuki semula ruang angkasa bumi tetapi NASA menegaskan ia hanya membabitkan risiko yang kecil.

Data terkini NASA menunjukkan serpihan satelit yang akan memasuki semula ruang bumi antara jam 11 malam Jumaat (0300 GMT Sabtu) dan 3 pagi Sabtu (0700 GMT).

“Dalam tempoh masa itu, satelit berkenaan akan melintasi Kanada, Afrika dan Australia serta melepasi lautan luas di Pasifik, Atlantik and India.

"Risiko terhadap orang awam adalah amat-amat kecil," kata NASA.

NASA berkata, berat serpihan satelit yang akan melepasi ruang angkasa bumi itu dengan terkecil satu kilogram dan sehingga 158 kilogram, dengan serpihannya boleh melayang di angkasa sejauh 800 kilometer.

Satelit yang gagal dan terawang-awang itu gagal dikesan lokasi sebenarnya dan peratusannya mendarat di laut adalah 70 peratus.

“Dalam tempoh lebih 50 sejarah progran angkasa lepas, belum ada lagi menusia yang cedera akibat terkena serpihan angkasa ketika memasuki semula ruang bumi," kata saintis orbit NASA, Mark Matney.

sumber: berita harian online(24/9/2011 9:29:05am)
[Read More...]


0 Neutrino Lebih Laju Daripada Cahaya



Sekumpulan ahli fizik melaporkan kelmarin bahawa sejenis partikel yang dinamakan neutrino boleh bergerak lebih laju daripada cahaya.

GAMBAR menunjukkan bangunan Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah pada 30 Mac 2010.
 Partikel itu lebih kecil daripada sebutir atom. 

Jika penemuan tersebut disahkan, ia boleh mencabar teori relativiti yang diperkenalkan oleh saintis legenda, mendiang Albert Einstein. 

Teori berkenaan menyatakan tiada unsur yang dapat mengatasi kelajuan cahaya di alam semesta ini.

Kumpulan ahli fizik terbabit memberitahu, uji kaji yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN), Switzerland dan sebuah makmal di Itali menunjukkan partikel itu bergerak selaju 300,006 kilometer sesaat.

Pergerakan partikel itu adalah sekitar enam km/s lebih laju daripada kelajuan cahaya.
"Keputusan ini amat mengejutkan," kata seorang jurucakap eksperimen berkenaan yang dikenali sebagai OPERA, Antonio Ereditato.

"Kami mahu mengukur kelajuan neutrino tetapi kami tidak menjangkakan akan membuat penemuan luar biasa seperti ini," tambahnya.
[Read More...]


0 Satelit dijangka jatuh di utara Itali



Agensi perlindungan awam Itali menasihatkan penduduk di utara negara ini supaya tidak keluar rumah kerana menjangka satelit Amerika Syarikat (AS) dijangka akan jatuh di wilayah itu.


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sebelum ini memberi amaran bahawa satelit lama mereka seberat enam tan akan jatuh ke bumi, tetapi menyatakan peluangnya untuk mengenai manusia adalah satu daripada 3,200.

Agensi perlindungan awam Itali bagaimanapun memberitahu, kemungkinan serpihan satelit itu jatuh di wilayah Itali meningkat kepada 1.5 peratus.

sumber: utusan online (24/09/2011 2:16am)
[Read More...]


4 BRO AHMAD Contest



Kali ini aku nak join contest SEO yang di buat dan dianjurkan oleh BRO AHMAD. Syarat yang dipertandingkan amat mudah dengan menggunakan keyword . Inilah pertama kali aku join contest SEO ni.  Saja nak praktikkan apa yang aku dah pelajari tentang SEO ni. Masa nilah nak mencuba.


Kalau korang nak join contest ni, apa yang korang dapat ?


Bro ahmad nak bagi hadiah kat korang semua ni - RSS feed blog promo selama seminggu dan 3 entri update terbaru blog akan terpampang di page 1 selama seminggu..berminat ?

RSS feed di atas post entri blog ni selama seminggu :

promosi 1 
19hb sep hingga 25hb sep
promosi 2
26hb sep hingga 02hb okt
promosi 3
03hb okt hingga 09hb okt
promosi 4
10hb okt hingga 16hb okt
promosi 5
17hb okt hingga 23hb okt
promosi 6
24hb okt hingga 30hb okt
promosi 7
31hb okt hingga 06hb nov
promosi 8
07hb nov hingga 13 hb nov
promosi 9
14hb nov hingga 20hb nov
promosi 10
21hb nov hingga 27hb nov
promosi 11
28hb nov hingga 04hb dis

Limited edition yang terpilih cuma 11 blog sahaja.

senangkan?

Macam tu je ke? mana aci hahaa..hanya yang layak sahaja dan berhak sebab nak didik korang memahami SEO dan syarat nak dapat RSS feed yang Bro ahmad nak bagi ni senang je..janji ikut turutan paling hadapan search google blog dia akan dipromote dahulu..tu je simple dan cabaran bagi korang.

keyword : BRO AHMAD entri suka hati korang ! backlink tak wajib dan terserah korang..pemilihan guna keyword diatas.
kalau blog korang terindex google dengan keyword tu..blog korang memang layak untuk dapat tempat di blog    
ni..mau sahut cabaran dan tarikh tutup ialah 10pm 25hb september.
kacang je !
sape2 nak join, sempat lagi lah...

[Read More...]


0 Pantai burka di Albania



Sebuah kawasan di sebuah pantai di Spille, Albania diberi jolokan pantai burka kerana ia dikhaskan untuk wanita Muslim yang tidak memakai bikini.
Ia terletak di barat daya Tirana di Albania dan beberapa meter dari kawasan pantai yang membenarkan wanita berjemur dan berenang dengan memakai bikini.

Pantai tersebut merupakan satu-satunya pantai yang dikhaskan untuk wanita Muslim berenang dan bermain air laut dengan memakai burka.

Kira-kira dua pertiga daripada penduduk Albania merupakan penduduk Muslim.
[Read More...]


0 Ferrari pertama pacuan empat roda



Model kereta Ferrari pertama yang menggunakan sistem pacuan empat roda 4WD diperkenalkan secara rasmi di Romania kelmarin.
 

Ferrari FF dijana enjin V12 dengan 660 kuasa kuda (bhp) yang mampu memecut kereta sport itu daripada 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa cuma 3.7 saat.

Dilengkapi sistem brek terkini, ia berhenti dalam jarak cuma 35 meter apabila pemandu menekan brek pada kelajuan 100 km/j.

Harga kereta sport canggih itu bermula daripada 220,000 euro (RM941,531) tanpa sistem injap VAT.
[Read More...]


2 Malaysia Tewas 0-2 Kepada Jepun



Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan bola sepak Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan C Kelayakan Olimpik di Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun.



Pasukan 'Samurai Biru', yang juga pemenang pingat emas Sukan Asia Guangzhou 2010 itu mengasak sejurus wisel permulaan oleh pengadil Abdullah Balideh dari Qatar.

Gerakan lincah penyerang Higashi Keigo membuahkan jaringan pertama seawal minit kesembilan yang berpunca lorongan bola daripada Kiyotake Hiroshi dalam kotak penalti.


Skuad kendalian Takashi Sekizuka yang terkenal dengan corak pantas dan aggresif itu terus menguasai perlawanan dengan serangan bertali arus ke kawasan gol Malaysia, memaksa anak didik kendalian Ong Kim Swee bertahan sepanjang babak pertama.

Penyerang tiga serangkai Jepun, Hiroshi, Osaka Yuya dan Keigo menghasilkan beberapa gerakan berbahaya namun ketangkasan penjaga gol dan ketua pasukan Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mematahkan serangan lawan.

Sepanjang babak pertama, hanya gerakan A. Tamil Arasu dan Abdul Shukur Jusoh yang menguji sedikit penjaga gawang Samurai Biru, Gonda Shuichi.

Penguasaan Jepun memaksa Ong Kim Swee membuat pertukaran dengan memasukkan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menggantikan Wan Zack Haikal Wan Nor yang cedera selepas dikasari pemain Jepun.

Selepas rehat, Malaysia hampir mendapat peluang menyamakan kedudukan menerusi percubaan pertama pemain sayap kiri, Mohamad Fandi Othman pada minit ke-50 tetapi digagalkan tiga pemain pertahanan pasukan lawan.

Bagi memperkukuhkan barisan serangan mereka, Jepun memasukkan ayam tambatan mereka, Nagai Kensuke dan Yamazaki Ryohei pada minit ke-56 dan strategi itu membuahkan hasil apabila hantaran lintang Kensuke dari sebelah kiri dirembat Ryohei pada minit ke-75 untuk gol yang kedua mereka.

Jaringan itu memberi tekanan buat pemain negara yang mula mengubah rentak serangan.

Bagaimanapun, benteng pertahanan negara agak leka dan kerap membuat kesilapan mudah yang hampir dihukum dengan satu lagi jaringan, namun Khairul Fahmi berjaya menyelamatkan keadaan sehinggalah wisel penamat.

Kali terakhir skuad Olimpik negara Bawah-23 tahun bertemu skuad Olimpik Jepun adalah pada pusingan pertama Sukan Asia Guangzhou 2010 yang menyaksikan Malaysia tunduk 0-2.

Selepas Jepun, Malaysia akan bertemu Syria pada 24 Nov di negara teluk itu dan kemudiannya bertemu pasukan Bahrain pada 27 Nov.

Skuad bola sepak kebangsaan pertama kali layak ke pusingan akhir temasya sukan terbesar dunia itu pada Sukan Olimpik Munich pada 1972 dan kali terakhir pada Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Malaysia bagaimanapun tidak beraksi di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan pada ketika itu.

Pada kelayakan Olimpik Beijing pada 2007, Malaysia berada di tempat ketiga di belakang Syria dan Jepun dalam saingan peringkat kumpulan.
[Read More...]


2 Kempen Hari Bebas Kereta Sedunia



Sempena kempen Hari Bebas Kereta Sedunia pada 22 September setipa tahun yang bermula esok, Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana) semalam mengedarkan 150,000 kupon percuma yang sah digunakan untuk perjalanan sehala percuma Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum dalam tempoh setahun mulai esok.


Pengerusi Prasarana, Tan Sri Ismail Adam berkata, ia tanda sokongan kepada kempen Hari Bebas Kereta Sedunia yang akan disambut esok dengan tujuan mengurangkan pengeluaran karbon yang dihasilkan kenderaan persendirian serta menyedarkan orang ramai untuk memilih menaiki pengangkutan awam.

Bercakap dalam sidang akhbar ketika melancarkan kempen menyokong Hari Bebas Kereta Sedunia itu di sini semalam, beliau berkata, kempen itu turut menggalakkan orang ramai untuk menunggang basikal dan kemudahan meletak basikal disediakan di 17 stesen LRT.

Tetapi keberkesanan kempen ini perlu diteliti terlebih dahulu untuk melihat kempen ini berjaya. Banyak perkara perlu diteliti antaranya :-

  • bas tidak ontime,masa tidak mengizinkan rakyat untuk menggunakan kenderaan awam kerana waktu bekerja mereka tidak sama dengan masa perjalanan bas.
  • ada kawasan tertentu yang bas tidak melaluinya. Ini menyukarkan rakyat.
  • perancangan bandar di Malaysia, tidak mesra alam/pengguna. kalau nak beli belah, kena pergi pasaraya besar yg jauh. kalau di jepun, setiap ceruk ada pasaraya kecil-kecil.
  • dan banyak lagi...

 
Mari sama-sama kongsikan pendapat anda, adakah kempen ini akan berkesan?
[Read More...]


2 Promosi hebat “tempat duduk percuma” AirAsia kembali



AirAsia sekali lagi melancarkan promosi tempat duduk percuma ke destinasi terpilih domestik dan antarabangsa.

Tempoh tempahan “tempat duduk percuma” akan bermula pada 12 tengah malam pada 21 hingga 25 September, untuk tempoh perjalanan dari 3 Mei hingga 27 Oktober tahun depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata: “Kempen tempat duduk percuma kami sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para pengembara dan ini adalah satu cara untuk memberi ganjaran atas sokongan mereka.”   -Bernama
[Read More...]


2 Filem Hantu Bonceng Didakwa Hina Rasulullah SAW



Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), perlu mempunyai badan syariah bagi memantau filem berbaur penghinaan terhadap Islam tidak diterbitkan berikutan Filem Hantu Bonceng  yang Didakwa Hina Rasulullah SAW.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, ini dapat dilihat apabila filem `Hantu Bonceng’ arahan Ahmad Idham Ahmad Nazri dilakonkan Mohd Razizan Abd Razak (Zizan) jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut Asyhadu anna Muhammadar Syaitan membawa maksud `Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan’.

Beliau berkata, kalimah syahadah bukan perkataan boleh dijenakakan atau dipersendakan kerana ia boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan.

“Ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran salah masyarakat terhadap Islam, lebih berisiko apabila ia turut merosakkan aqidah masyarakat.

“Kami mempersoalkan panel penapisan di LPF dan Finas kerana membenarkan filem yang ditayangkan untuk tontonan umum wujud babak yang menimbulkan kontroversi.

“Lebih malang, pihak berkuasa agama mengambil sikap berdiam diri, malah kini terdapat lambakkan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di televisyen tanpa sebarang tindakan berkesan oleh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Idham yang dihubungi Sinar Harian baru-baru ini, menyifatkan isu berkenaan hanyalah usaha segelintir pihak yang cuba untuk mencari publisiti atas kejayaan filemnya.

“Filem ini sudah diluluskan untuk tayangan oleh pihak yang bertanggungjawab termasuk Finas dan LPF.

“Sebelum membuat filem ini, saya terlebih dahulu meminta pandangan dan nasihat daripada mereka yang arif seperti ulama dan mereka yang mempunyai ilmu agama yang tinggi,” katanya.

Nasrudin berkata, kerajaan harus meneliti perkara ini, jangan dibiarkan filem menjadi medium untuk menghina agama, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini.

sumber : sinar harian

[Read More...]


0 Trend Baharu Bergambar Dalam Tandas



Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, LONDON.
Salah satu aksi terbaharu meniarap di dalam tandas. 


Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.

Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar.
[Read More...]


3 Pesanan Korban Secara Online



Hukum ibadah korban adalah sunat muakkad sunat yang sangat dituntut bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan kepada semua umat Islam yang mampu untuk melaksanakan ibadah korban setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyallah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberikan rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda : “ Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)


Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang sangat memerlukan terutama di kampung pendalaman yang daif bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengaan makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam hanya makan daging setahun sekali.
eQurban.com menyediakan program Korban di Kemboja dengan kos yang sangat berpatutan iaitu RM230 untuk satu bahagian lembu atau RM1600 untuk satu ekor lembu atau RM500 untuk seekor kambing. Pesanan boleh dibuat secara online mulai sekarang sehingga tarikh tutup 7 hari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Cara pesanan Korban Kemboja Secara Online :
  • Lawati website @ eQurban
  • Klik Tempahan
  • Pilih jumlah bahagian yang kita ingin laksanakan
  • Buat bayaran secara online atau dikaunter bank ke akaun bank yang telah ditetapkan
  • Setelah membuat bayaran masuk kembali ke link Tempahan dan klik borang bukti pembayaran
  • Dalam borang pembayaraan masukan Nama, Email, No hp, Bukti Bayaran dan Nama Peserta Korban
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan untuk dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.

Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)


eQurban.com menyeru kepada semua umat Islam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore dan 1Dunia untuk mengeluarkan hanya RM230 atau USD95 nilai satu bahagian lembu untuk ibadah korban yang insyallah ganjarannya syurga seluas langit dan bumi yang tidak boleh disamakan dengan nilai wang RM230. Kepada yang ada masalaah peribadi, masalah kewangan dan berbagai masalah kehidupan pejamkan mata selok saku keluarkan wang RM230 dan laksanakan ibadah korban sambil berniat seikhlasnya untuk dapat redha ALLAH SWT, insyallah ALLAH SWT akan tunjuk jalan untuk menyelesaikaan masalah yang ada.


Kalau RASULULLAH SAW dan PARA SAHABAT berkorban setiap tahun mengapa tidak kita kalau benar kita sayangkan Baginda. Mari kita semua berazam untuk melaksana ibadah korban 1 keluarga 1 bahagian tanda kasih sayang kita pada RASULULLAH SWT. Semakin sukar kita mendapat sumber kewangan untuk ibadah korban semakin tinggi nilai pengorbanan kita di sisi ALLAH SWT dan semakin tinggi makam ibadah yang kita laksanakan.

Nota : Kepada organisasi, masjid dan surau yang mendapat pesanan korban yang banyak adalah disyorkan sebahagiannya dilaksanakan di Kemboja melalui eQurban.com.
[Read More...]


0 Lidah Manusia Paling Panjang Di Dunia



Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter.

Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.

Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai.
 
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.

Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya.
[Read More...]


0 Satelit Hentam Bumi Minggu Ini



Agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) mengumumkan sebuah satelit lama di angkasa dijangka jatuh ke Bumi dalam tempoh seminggu. 


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) kini sedang memantau satelit seberat enam tan itu dan menjangka ia akan menghentam Bumi pada 23 September depan.

Saintis Nasa turut mengumumkan satelit itu dijangka pecah kepada 26 bahagian kecil semasa mendekati Bumi dan kemungkinan untuk serpihan itu terkena seseorang di planet ini adalah 1 dalam 3,200.

Maklumat terperinci akan diumumkan Nasa, minggu ini dan buat masa ini, semua benua kecuali Antartika mempunyai kemungkinan dihentam serpihan satelit itu.
[Read More...]


0 Hatrik Messi Bantu Barca kenduri gol 8-0



Hatrik Lionel Messi membantu Barca kenduri gol 8-0 ke atas Osasuna pagi tadi dalam saingan La Liga sekali gus membuktikan penyandang juara itu berupaya mempamerkan prestasi cemerlang selepas persembahan lemah minggu berkenaan.

Juara bertahan itu dikritik selepas mensia-siakan kelebihan ketika menentang Real Sociedad dan AC Milan untuk seri 2-2 dua kali tetapi mengembalikan sentuhan berbisa apabila mendahului 5-0 pada babak separuh masa pertama ketika menentang Osasuna di Nou Camp.

David Villa menyumbatkan dua gol, Cesc Fabregas, Xavi dan gol sendiri pemain pertahanan lawan, Roversio menyertai senarai penjaring bersama Messi pada ketika Barca mendaki ke tangga kedua liga dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.
[Read More...]


0 Planet Yang Dikelilingi Dua Matahari



fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari.
LAKARAN artis menunjukkan sebuah planet mempunyai dua matahari.

Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filem Star Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.

Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b.

Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.
Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).

"Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan.
Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.
Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.

"Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss.
[Read More...]


7 Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam



Kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan menurut islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW iaitu pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Itulah makna kemerdekaan yang sebenar. Kemerdekaan yang tidak tunduk kepada makhluk Allah, kemerdekaan yang meletakkan sepenuhnya cara hidup berlandaskan syariat Allah dan kemerdekaan yang menolak idealogi/ pemikiran manusia yang bertentangan dengan hukum Allah yang ianya akan membawa kepada kemurkaanNYA.
 
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
 
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia seterusnya menjadikan negara dan rakyat akan mendapat keampunan dan keredaan Allah.
 
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam juga akan mendapat keadilan.

Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi SAW.
Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan sebab itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri. Mekah dibebaskan daripada jahiliah kerana kemerdekaan yang sebenar ialah kemerdekaan dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT. 
Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 54 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita. Selagi mana kita tidak mengikut jejak langkah Rasulullah SAW dalam membawa kemerdekaan yang sebenar, selagi itu kita masih tidak merdeka. Merdeka setakat pembebasan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Oleh kerana itu, saya menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

Fikir-fikirkanlah wahai teman….

Entri khas  ini “Cabaran Malaysia #Merdeka54 dianjurkan oleh Blog Denaihati dengan kerjasama eQurban.com“.

[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors