3 Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin



Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin? Cuba tahan mata anda daripada tertutup semasa bersin, sukar bukan? “Biji mata anda tidak mungkin akan terkeluar kalaupun anda bersin terlalu kuat,’’ kata Dr. Brian Smart, Pengerusi Pusat Asma dan Alahan, Kumpulan Perubatan DuPage di Illinois.



Jadi, kalau alasan kita menutup mata tatkala bersin bukanlah untuk menahan mata daripada tersembul keluar, jadi kenapa perlu peduli?

“Sama seperti refleks lutut anda tersentak selepas diketuk perlahan menggunakan tukul perubatan ataupun, tangan anda secara automatik ditarik apabila terkena benda panas, menutup mata semasa bersin merupakan satu tindak balas berkuasa,’’ kata Smart yang juga jurucakap bagi Akademi Asma, Alahan dan Imunologi Amerika.

Satu ‘cerita rakyat’ lain: Kita bersin dengan mata terpejam bagi mengelakkan bendasing yang terbersin keluar daripada memasuki mata anda. Apa pula kata kajian?

“Adalah juga sangat tidak mungkin bahan-bahan di dalam bersin masuk ke dalam mata kita memandangkan ia ‘berjalan’ agak jauh dari mata.

‘‘Oleh itu, pesan saya agar orang ramai menutup mulut setiap kali mereka bersin. Ini akan membantu memperlahan penyebaran penyakit-penyakit berkaitan pernafasan. Lagipun, itu satu adap yang sopan,’’ tambah Smart.

Bagi penganut agama Islam, katakan Alhamdulillah (Segala puji bagi Allah). Gesundheit (semoga dirahmati Tuhan) bagi bukan Muslim.
Anda sedang membaca artikel Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/kenapa-mata-terpejam-bila-bersin.html. Semoga artikel Kenapa Mata Terpejam Bila Bersin ini bermanfaat buat anda.


3 comments

30 September 2011 at 21:58

mmg spontan terus tetutup mata bila bersin..heheh..

30 September 2011 at 22:39

terbiasa kot..selalu tengok awak kt blog denaihati tu.

30 September 2011 at 23:01

saya suka singgah sana...

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors