1 Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap



Fasa pertama sebuah lapangan terbang angkasa lepas komersial yang pertama di dunia untuk syarikat penerbangan Virgin kini 90 peratus lengkap, lapor sebuah akhbar semalam.

LAKARAN artis menunjukkan sebuah lapangan terbang angkasa lepas untuk pesawat Virgin Galactic di Las Cruces, Amerika Syarikat.

Tapak lapangan kapal angkasa Amerika seluas 728.43 hektar itu di Las Cruces, New Mexico, merupakan milik pemilik syarikat penerbangan Virgin, Richard Branson yang turut memiliki syarikat penerbangan angkasa lepas Virgin Galactic.


Lapangan tersebut mempunyai landasan yang menjangkau hampir 3.21 kilometer dan bangunan hangar yang bercirikan futuristik.

Kerja-kerja pembinaan bakal berakhir menjelang akhir tahun ini dan ia akan digunakan pada 2013.
Anda sedang membaca artikel Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/lapangan-terbang-angkasa-lepas-hampir.html. Semoga artikel Lapangan terbang angkasa lepas hampir siap ini bermanfaat buat anda.


1 comment

8 September 2011 at 07:33

betul2 ker ni? mcm imiginasi jer kan.. nampak misteri hee

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors