0 Kapal terbaharu Tentera Laut Diraja Britain



Sebuah kapal Tentera Laut Diraja Britain belayar ke Portsmouth, London kelmarin dengan menggunakan teknologi terbaharu.

Kapal HMS Dragon itu dilengkapi dengan sistem pertahanan peluru berpandu selain mampu menangkis serangan jet-jet pejuang. 


Ia kini ditempatkan di sebuah pangkalan di Portsmouth.

Kapal itu dilancarkan pada November 2008 dari Dermaga Govan di Scotland.

Sejak itu, kapal tersebut melakukan satu siri ujian di perairan Scotland. 

Kapal itu yang berada dalam kelas pemusnah 45 memiliki panjang 152 meter dengan kelajuan maksimum 27 knots serta 190 kru selain berat 7,500 tan.

Ia yang dibina oleh syarikat BAE Systems mempunyai kemampuan untuk menentang ancaman terbesar daripada jet-jet pejuang dan peluru berpandu.

Kapal itu kini sudah diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Britain.
Anda sedang membaca artikel Kapal terbaharu Tentera Laut Diraja Britain dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/kapal-terbaharu-tentera-laut-diraja.html. Semoga artikel Kapal terbaharu Tentera Laut Diraja Britain ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors