2 Buaya Gergasi



Sekumpulan penduduk kampung dan beberapa pakar telah menangkap seekor buaya gergasi air masin seberat satu tan pada lewat Sabtu lalu yang akan dijadikan daya tarikan sebuah taman ekopelancongan di sebuah bandar di selatan Filipina.



 

Datuk Bandar Bunawan, Cox Elorde semalam memberitahu, puluhan penduduk kampung dan pakar menangkap buaya jantan sepanjang 6.4 meter itu di sebuah teluk di bandar Bunawan, wilayah Agusan del Sur selepas pemburuan selama tiga minggu.

Ia merupakan antara buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup di Filipina sejak beberapa tahun lalu.

Buaya berkenaan membaham seekor kerbau dalam serangan yang disaksikan oleh beberapa penduduk kampung pada bulan lepas.

Reptilia itu juga dipercayai menyerang seorang nelayan yang didapati hilang sejak Julai lalu.

Buaya gergasi  ini akan diletakkan di sebuah taman pelancongan dan ia akan mengubah haiwan itu daripada ancaman kepada satu aset
Anda sedang membaca artikel Buaya Gergasi dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/buaya-gergasi.html. Semoga artikel Buaya Gergasi ini bermanfaat buat anda.


2 comments

Anonymous
6 September 2011 at 07:03

bia betol?

6 September 2011 at 10:08

spesis aligator kot nih...

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors