7 Makan Berlebihan Punca Pelbagai Penyakit



Berita Harian hari ini menyatakan 32 kematian setiap hari dan kebanyakannya daripada penyakit jantung, strok sebagai punca kematian 11,812 orang sepanjang 2010. Menurut pendapat saya ianya daripada sikap seseorang dalam pengambilan makanan yang berlebihan dan seterusnya menjadi penyebab datangnya pelbagai penyakit.

Adakah kita tahu apakah akibat daripada mengambil makanan yang berlebihan? 
Anda akan menjadi gemuk dengan sebab memakan makanan yang banyak  kalori melebihi dari apa yang diperlukan oleh badan anda. Orang yang gemuk biasanya tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.

Apakah dia kalori?
Kalori ialah unit ukuran untuk tenaga. Setiap orang memerlukan tenaga untuk hidup. Kita mendapat tenaga daripada lemak, protein dan karbohidrat.

Berapa banyak kalori yang anda perlukan biasanya ditentukan melalui jenis pekerjaan yang anda lakukan, umur dan jantina anda. Jika anda bekerja di dalam bidang yang memerlukan banyak tenaga dan aktif seperti buruh, petani, ahli sukan dan sebagainya, anda perlukan mengambil makanan yang banyak kalori.

Manakala jika pekerjaan anda memerlukan penggunaan tenaga yang sederhana, perlu bergerak dan banyak berdiri seperti guru, pengambilan kalori agak kurang jika dibandingkan dengan kumpulan yang sebelum ini. Dan jika kehidupan harian ataupun pekerjaan anda memang tidak memerlukan banyak bergerak dan sering duduk sahaja seperti bekerja di pejabat, anda memerlukan pengambilan kalori yang sedikit.

Kebanyakan orang merasakan membazir bila makanan di dalam pinggan tidak dihabiskan sedangkan perut sudah merasa kenyang. Kerana itu dianjurkan mengambil makanan dengan kadar yang sedikit dan berpada-pada. Biar saja dalam kuantiti yang sedikit. Rasulullah s.a.w sendiri menganjurkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Kenapa? Kerana makan sebelum lapar itu mengelakkan kita makan dengan kuantiti yang terlalu banyak. 

Makan Menurut Islam
Islam itu sangat indah. Rasa saya anda semua pasti setuju. Islam itu mencakupi pelbagai aspek. Bukan saja perundangan, kehidupan bahkan juga kesihatan. Semuanya sudah digariskan di dalam Islam. Ilmu tentang nutrisi pemakanan bukan baru bermula pada abad ke 21 sebaliknya sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. Nabi s.a.w sendiri menganjurkan umat-umatnya mengamalkan pemakanan yang seimbang.

“Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: “Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu.” H.R. Muslim

Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpamanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit. Rasulullah begitu menekankan soal pemakanan kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa.

Kenapa agaknya ya pada diri setiap insan itu perlu diisi dengan keperluan sesuai dan sama setiap masa? Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat dengan tenaga dikeluarkan. 

Kerana itu, Rasulullah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan method ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia.Insya-Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya: “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. 

Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya. Jadi, makanlah sekadarnya, sebagaimana anjuran Rasulullah, iaitu ‘makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.’ Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan yang terlalu lapar, sudah tentu dia akan makan dalam keadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.
Anda sedang membaca artikel Makan Berlebihan Punca Pelbagai Penyakit dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/makan-berlebihan-punca-pelbagai.html. Semoga artikel Makan Berlebihan Punca Pelbagai Penyakit ini bermanfaat buat anda.


7 comments

26 September 2011 at 11:07

makan berpada2..tapi nafsu tu susah nak sekat benda sedap kan hmm...makanan yang sihat ni tak sedap..yang tak sihat pulak sedap..mcm mana tu

26 September 2011 at 11:24

makanan sedap tu lah yg biasa 'membunuh' huhu


manmala, tag yg part mana awk maksudkan tu?
awk bg contoh boleh? warna or words dlm tag tu..sbb byk jenis tag ni hehe

reply kt komen blog sy k :)
nnti sy ajar awk buat..

26 September 2011 at 11:50

ohh tag yg itu..itu kan mmg ada dlm blogspot punya layout?
awk guna blogspot kan?

tu yg di bwh sekali dlm entri ni, ada bhgian posted in: Isu semasa. itulah Tag. tau kan mana nk create keyword tag byk2 tu? buat dlm entri post. if nak tukar nama folder Posted in tu jadi TAG, pegi Dashboard --> Layout --> Edit Blog Post, cari kotak yg sebelahnya ada photos, holidays

26 September 2011 at 12:25

dlm blogspot dh mmg ada TAG.

awk sndiri pun dh guna. cuba tgk dlm entri ni.
paling bawah. ada bahagian tertulis TAG: Isu semasa.

26 September 2011 at 12:28

baru tukar kat edit HTML. kalau wat TAg/Label yg byk ni kira byklah nnti Label dia....

26 September 2011 at 13:21

betoi2..mknn yang sedap sbnrnya mmbunuh...

pasni kene diet la..^_^ insyaAllah...

14 October 2011 at 14:31

@syieda_joy “Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors