1 Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean



Pelakon Rowan Atkinson yang melakonkan watak Mr. Bean kemungkinan tidak akan muncul lagi dalam filem.

Atkinson yang kini berusia 56 tahun menyatakan dia percaya, dirinya sudah terlalu tua untuk melakonkan watak Mr. Bean.


ROWAN ATKINSON berlakon dalam salah satu adegan filem Mr. Bean’s Holiday.

Siri televisyen pertama Mr. Bean muncul selama lima tahun sejak 1990.

Lebih 18 juta orang menonton siri televisyen tersebut di Britain walaupun ia mendapat kritikan.

Dia berlakon dalam filem Bean: The Ultimate Disaster Movie pada 1997 dan Mr. Bean’s Holiday empat tahun lalu selain Johnny English.


Dia kini sibuk mempromosikan filem Johnny English Reborn yang turut dibintanginya bersama Gillian Anderson dan Rosamund Pike.

Namun, dia berkata: “Saya berasakan semakin tua untuk melakonkannya (Mr. Bean). Saya suka Mr. Bean sebagai watak kartun yang umurnya tidak pernah meningkat.”

Atkinson berkata, umurnya semakin meningkat.

“Semakin saya berumur, saya berasakan tidak layak untuk melakonkan watak Mr. Bean,” katanya
Anda sedang membaca artikel Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/atkinson-akui-terlalu-tua-untuk.html. Semoga artikel Atkinson akui terlalu tua untuk berlakon Mr. Bean ini bermanfaat buat anda.


1 comment

7 September 2011 at 07:43

hehehhe... dh tua waktu untuk bersara plak yekkkk pak beans!... suruh anak kamu plak jd pengantinya... hohooh!


jom bersantai...

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors