0 Lelaki kedua terpendek Duta Pelancongan Nepal



Berat badannya cuma sekitar sekampit beras 5 kilogram (kg), suaranya pula halus seperti kanak-kanak kecil baru pandai bertutur, manakala gelagatnya ibarat kanak-kanak riang yang pasti mencuit hati sesiapa saja kali pertama bertemu lelaki kedua terpendek dunia dari Nepal, Khagendra Thapa Magar.

Dengan ketinggian 67 sentimeter (sm) dan berat 5.5kg, Khagendra, 19, juga dikenali ‘Buddha kecil’ di kalangan penduduk kampungnya di Daerah Baglung, Nepal.


KHAGENDRA bersama wartawan Berita Minggu pada majlis makan malam sempena promosi Tahun Melawat Nepal 2011 di Kuala Lumpur, kelmarin.
KHAGENDRA bersama wartawan Berita Minggu
pada majlis makan malam sempena promosi 
Tahun Melawat Nepal 2011
di Kuala Lumpur, kelmarin.


Khagendra, anak kepada pasangan Rup Bahadur dan Dhana Maya Thapa Magar, dalam misi mempromosikan Nepal yang terkenal dengan Banjaran Himalaya dan juga negara asal kelahiran Buddha.

Selain Malaysia, Khagendra sebelum ini mengadakan promosi pelancongan di Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong dan Korea Selatan.

sumber : www.bharian.com.my/

Anda sedang membaca artikel Lelaki kedua terpendek Duta Pelancongan Nepal dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/lelaki-kedua-terpendek-duta-pelancongan.html. Semoga artikel Lelaki kedua terpendek Duta Pelancongan Nepal ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors