0 Planet Yang Dikelilingi Dua Matahari



fiksyen sains bertukar menjadi realiti apabila beberapa saintis menemui sebuah planet yang dikelilingi dua matahari.
LAKARAN artis menunjukkan sebuah planet mempunyai dua matahari.

Penemuan itu dibuat lebih tiga dekad selepas fenomena tersebut pertama kali digambarkan dalam filem Star Wars. Satu adegan filem fiksyen sains berkenaan menunjukkan aktor Luke Skywalker berjalan di permukaan sebuah planet dengan dua matahari kelihatan di langit planet itu yang dikenali sebagai Tatooine.

Lebih tiga dekad kemudian, saintis-saintis AS menemui sebuah planet serupa yang dikenali sebagai Kepler-16b.

Saiz planet berkenaan sebesar Planet Zuhal dan ia terletak pada jarak 200 tahun cahaya dari Bumi.
Saintis-saintis AS membuat penemuan itu dari kapal angkasa Kepler milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika (NASA).

"Kita akan dapat melihat dua matahari pada waktu senja di planet itu," kata beberapa saintis berkenaan.
Seorang saintis Institut Carnegie di AS, Alan Boss memberitahu, planet Kepler-16b dikelilingi dua bintang.
Satu tahun di planet itu bersamaan dengan 229 hari di Bumi.

"Sekali lagi, apa yang dipaparkan dalam sains fiksyen bertukar menjadi realiti," kata Boss.
Anda sedang membaca artikel Planet Yang Dikelilingi Dua Matahari dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/planet-yang-dikelilingi-dua-matahari.html. Semoga artikel Planet Yang Dikelilingi Dua Matahari ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors