2 Seni Lipatan Origami



Origami merupakan satu seni/teknik lipatan samaada dengan menggunakan kain ataupun kertas. Ia merupakan satu hasil kerja tangan yang sangat teliti dan halus pada pandangan.

Origami merupakan satu kesenian melipat kertas yang dipercayai bermula semenjak kertas mulai diperkenalkan pada abad pertama di Cina pada 105 A.D. oleh seorang Cina dikasi yang bernama Ts'ai Lun.

Kertas yang dibuat dari hancuran tumbuhan dan kain buruk menjadikan kertas dihasilkan dengan lebih mudah dan banyak. Contoh-contoh awal origami yang berasal dari Cina adalah tongkang Cina dan kotak.

Pada abad ke enam, cara pembuatan kertas kemudiannya dibawa ke Sepanyol oleh orang-orang Arab; dan juga ke Jepun (610 A.D.) oleh seorang sami Buddha bernama Dokyo yang juga merupakan doktor peribadi Ratu Shotoku.

Semenjak itu Origami menjadi popular dikalangan orang Jepun semenjak turun-temurun sehinggakan ke hari ini terutamanya dengan penghasilan kertas Jepun tempatan yang dipanggil Washi.








Bagi yang inginkan teknik dan cara lipatan origami, disini saya kongsikan bahan untuk lipatan hampir 300 model origami. Untuk mendapatkannya anda boleh klik dan download melalui link di bawah:

Anda sedang membaca artikel Seni Lipatan Origami dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/09/seni-lipatan-origami.html. Semoga artikel Seni Lipatan Origami ini bermanfaat buat anda.


2 comments

12 September 2011 at 18:20

nak bukak file tu dengan apa?

12 September 2011 at 19:05

anda buka dengan adobe reader,double klik n then open with adobe reader. lepas tu klik file kat atas sebelah kiri adobe reader and pilih save a copy... siap.

Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors