
Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian.
Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber.Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber.
Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan sebenar. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber.
Sebagai langkah keselamatan, anda disarankan melidungi diri andaketika melayari internet dengan perkara-perkara yang tersebut :-
- JIKA MEMBELI BELAH DALAM TALIAN, PASTIKAN ANDA KETAHUI SUMBERNYA.
- BACA KENYATAAN KERAHSIAAN LAMAN WEB ITU DEBGAN TELITI.
- HANTAR RESUME ANDA DI LAMAN WEB PEKERJAAN YANG BERWIBAWA SAHAJA.
- SENTIASA LOG OFF DARI KOMPUTER ANDA JIKA ANDA TIDAK LAGI MENGGUNAKANYA.
- JANGAN HANTAR MAKLUMAT PERIBADI KEPADA LAMAN WEB YANG TIDAK DIKETAHUI ASAL-USULNYA.
- JANGAN MEMBERI RESPON KEPADA SEBARANG EMEL YANG TIDAK DIKENALI PENGHANTARNYA.

Post a Comment