0 Pembunuh Osama bin Laden dikenali sebagai John




ANAK panah menunjukkan seorang dalang Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang dikenali sebagai John menonton siaran langsung pembunuhan Osama bin Laden di White House pada 2 Mei lalu.


WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Identiti anggota Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menjadi dalang dalam merancang serbuan ke atas ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden di sebuah rumah di Abbottabad, Pakistan dikenali sebagai John pada 2 Mei lalu.

Dia memakai tali leher kuning semasa menonton siaran langsung pembunuhan Osama oleh komando AS di White House bersama Presiden Barack Obama.

Lelaki berkenaan merupakan seorang penganalisis CIA yang ditugaskan sejak sedekad lalu untuk memburu ketua Al-Qaeda berkenaan.

Nama penuhnya merupakan rahsia yang dikawal rapi tetapi seorang penjejak perisik di Internet percaya dia dapat membongkar identiti anggota CIA tersebut berdasarkan beberapa gambar White House termasuk foto barisan pegawai kanan AS sedang menonton rakaman pasukan komando Navy SEAL menyerbu rumah persembunyian Osama.

Pada minggu lalu, CIA memberitahu wartawan agensi berita Associated Press (AP) bahawa John berada dalam bilik yang sama ketika gambar itu dirakamkan tetapi imejnya agak terkeluar daripada kerangka gambar.

Penjejak perisik, John Young mengkaji gambar berkenaan dan menemui sebahagian imej seorang lelaki tinggi memakai tali leher kuning berdiri di tepi kerangka gambar tersebut.

Dia kemudian membandingkan gambar itu dengan beberapa gambar lain yang dirakamkan pada masa yang sama dan menemui imej penuh lelaki bertali leher kuning itu.

Agensi berita AP bagaimanapun bersetuju dengan permintaan CIA agar tidak menyiarkan nama penuh anggota CIA berkenaan atau maklumat peribadinya untuk mengelakkan dia menjadi sasaran serangan balas dendam.

"Gunakan sahaja nama tengahnya iaitu John," kata seorang pegawai CIA.

Sumber : KOSMO
Anda sedang membaca artikel Pembunuh Osama bin Laden dikenali sebagai John dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/07/pembunuh-osama-bin-laden-dikenali.html. Semoga artikel Pembunuh Osama bin Laden dikenali sebagai John ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors