3 Burung Pertama Di Dunia Ada Bulu Hitam



Gambar menunjukkan
spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx
Burung Pertama Di Dunia Ada Bulu Hitam? Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.

Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam kuari batu kapur Jerman pada 1861.

Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.

"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS.







[Read More...]


1 Bumi Berdepan Ribut Solar Terkuat



Bumi berdepan ribut solar terkuat? Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.

Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.

Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.

Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005.

Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi.



[Read More...]


0 Misteri Pokok Berusia 3,500 Tahun Terbakar



Misteri Pokok Berusia 3,500 Tahun Terbakar? Beberapa anggota bomba menyatakan sebatang pokok yang berusia 3,500 tahun terbakar dan tumbang di tengah Florida pada Isnin lalu.

Punca pokok sipres itu terbakar yang setinggi 36 meter dan diberi nama jolokan Senator itu masih tidak diketahui.

Namun, seorang pegawai bahagian perhutanan memberitahu akhbar Orlando Sentinel bahawa ia mungkin sengaja dibakar.

Menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Seminole, Steve Wright, pokok tersebut terbakar selama beberapa jam.

Dia berkata, api itu terbakar dari dalam pokok berkenaan.

Anggota-anggota bomba tiba pada pukul 5.50 pagi dan menggunakan hos sepanjang lebih 240 meter untuk memadamkan kebakaran tersebut.

Wright berkata, satu bahagian pokok yang sepanjang enam meter tumbang pada pukul 7.45 pagi.

Beberapa pegawai taman hutan simpanan menyatakan pokok itu pernah mencecah ketinggian 50 meter sebelum bahagian atasnya 'dipotong' akibat puting beliung pada tahun 1925.


[Read More...]


2 Penemuan Kubur Penyanyi 3,000 Tahun Di Mesir




Penemuan Kubur Penyanyi 3,000 Tahun Di Mesir? Sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim, kelmarin.

Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).

Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.

Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.




[Read More...]


3 Lukisan Gabungan Dua Imej



Lukisan gabungan 2 imej? Sekali imbas, lukisan ini adalah seorang lelaki sedang melukis di halaman belakang rumah, namun jika diteliti secara dekat, ia adalah wajah seseorang sedang tersenyum.

Lukisan minyak itu dihasilkan seorang artis berbakat kelahiran Ukraine, Oleg Shuplyak, 45.

Shuplyak bijak untuk melukis dan menonjolkan imej tersembunyi dalam lukisannya dengan menggunakan teknik penggabungan lakaran objek, karakter, warna dan bayang-bayang.

Minatnya dalam dunia lukisan turut menyebabkan Shuplyak menggunakan kaedah ketepatan untuk menghasilkan ilusi optik yang menarik.

Hasil lukisan itu juga sama dengan lukisan terkenal artis Mexico, Octavio Ocampo, yang cukup terkenal dengan penggabungan objek lukisan di samping menghasilkan imej lebih besar di luar latar belakangnya.

Sebenarnya, jika diteliti Shuplyak menghasilkan imej kedua yang lebih mudah untuk dikenal pasti.




[Read More...]


0 Muzium Terbesar Mesir Dibuka 2015




Muzium terbesar Mesir yang bakal menempatkan lebih daripada 100,000 artifak dan monumen-monumen dari era firaun, bakal dibuka pada 2015, menurut Menteri Artifak Purba, Mohamed Ibrahim, semalam.

“Muzium itu akan turut menjadi pusat pemuliharaan terbesar dunia,” menurut kenyataannya menerusi Agensi Berita Qatar.

Pembinaan seni bina agung Mesir tersebut akan dibangunkan di kawasan dataran seluas 47 hektar di pinggir Kaherah berhampiran kompleks piramid Giza.

Muzium utama Mesir sebelum ini juga menjadi binaan ikonik di dataran Tahrir sejak 1902.

Pembinaan muzium yang bernilai AS$828 juta (RM2.6 bilion) tersebut kini sedang dalam proses pembinaan dah telah berada pada tahap akhir untuk siap menjelang 2015.



[Read More...]


4 Berdosa Jadi Ahli Facebook : Ulama Iran




Berdosa Jadi Ahli Facebook : Ulama Iran? Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.

“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.
 
“Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.

Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.

Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). 




[Read More...]


1 Keranda Pelik Jadi Tarikan




Keranda Pelik Jadi Tarikan? Adakah anda pernah terfikir untuk melihat keranda dalam pelbagai rupa dan bentuk yang pelik?

Kini, ia tidak mustahil lagi dengan kemunculan keranda pelbagai bentuk seperti ikan jerung, buah nanas, telefon bimbit dan kereta mewah hasil kerja tangan tukang kayu dari Ghana.

Paa Joe, 66, pakar membuat keranda dari Afrika barat itu, berjaya menarik perhatian ribuan pengunjung dengan rekaan pelik kerandannya dalam sebuah pameran seni di Galeri Jack Bell, Britain pada tahun lalu.

Joe kini bekerja di sebuah kedai pertukangan kayu Kane Kwei di Accra.

Pengasasnya, Kane Wei memulakan perniagaannya sekitar 1950-an dan telah mencipta mencipta keranda seakan-akan bentuk kapal terbang untuk mendiang neneknya.

Perniagaan tersebut kini telah berkembang dan semakin mendapat permintaan di Britain selepas pameran seni itu diadakan.

Joe kini semakin sibuk menyiapkan tempahan keranda pelbagai bentuk seperti pisang, robot dan lokomotif.



[Read More...]


4 Ikan Jerung Hibrid Ditemui





Ikan Jerung Hibrid Ditemui? Sekumpulan saintis semalam mendedahkan mereka telah menemui jerung hibrid pertama di dunia di perairan Australia.
Jerung hibrid tersebut terhasil daripada proses mengawan antara jerung muncung hitam Australia dengan jerung muncung hitam biasa sekali gus merupakan satu penemuan mengejutkan di bidang sains.
Ia sesuatu yang amat mengejutkan kerana tiada siapa pernah melihat jerung hibrid sebelum ini, Inilah bukti proses evolusi.
Penemuan jerung hibrid itu dibuat semasa kerja merekodkan spesies jerung di perairan timur Australia baru-baru ini.
Jerung muncung hitam Australia cuma hidup di kawasan beriklim tropikal tetapi jerung hibrid tersebut ditemui di perairan lebih sejuk pada jarak 2,000 kilometer dari pantai.
Saintis percaya proses mengawan antara dua baka berlainan itu berlaku kerana adaptasi bagi membolehkan jerung muncung hitam terus hidup walaupun suhu air laut kini berubah akibat pemanasan global.



[Read More...]


0 Misteri Huruf Pada Mata Mona Lisa





Misteri Huruf Pada Mata Mona Lisa? Potret Mona Lisa yang dilukis oleh Leonardo da Vinci pada tahun 1504 menimbulkan satu lagi misteri apabila sekumpulan pakar sejarah dan penyiasat seni di Itali menemui nombor-nombor serta huruf kecil pada bahagian matanya.

Nombor dan huruf kecil yang tersembunyi dalam cat hitam itu hanya disedari baru-baru ini menerusi penggunaan teknik pembesaran canggih mikroskop.


Mata Mona Lisa dikatakan mengandungi huruf L dan V, yang merupakan nama pendek Leonardo manakala simbol pada mata kirinya kurang jelas.

Ia juga mewakili kod Da Vinci yang sebenar.

Presiden Jawatankuasa Kebangsaan Itali mengenai Warisan Budaya, Silvano Vinceti yang menjumpai simbol tersebut menyatakan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Namun, ia boleh dilihat dengan jelas apabila menggunakan kanta.

Ia (simbol di mata kiri) mungkin kelihatan seperti huruf CE atau huruf B. Pada latarnya, tertulis nombor 72 yang mungkin juga bermaksud huruf L dan nombor 2. Harus ingat bahawa potret ini sudah berusia hampir 500 tahun. Berdasarkan kepada siasatan awal, ia bukan satu kesilapan dan memang ditulis oleh artisnya.



[Read More...]


1 Ciri-Ciri Wanita Syurga





Di antara ciri-ciri wanita yang boleh mendiami syurga itu ialah :-

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.





[Read More...]


 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors