2 Penemuan Kubur Penyanyi 3,000 Tahun Di Mesir




Penemuan Kubur Penyanyi 3,000 Tahun Di Mesir? Sebuah kubur penyanyi wanita berusia hampir 3,000 tahun di Lembah Diraja Mesir ditemukan ahli arkeologi Switzerland, menurut Menteri Barangan Purba, Mohammed Ibrahim, kelmarin.

Pasukan dari Universiti Basel Switzerland yang diketuai Elena Pauline-Grothe dan Susanne Bickel secara tidak sengaja menemukan kubur tersebut yang terletak dalam Karnak, berhampiran Luxor.

Difahamkan menerusi tulisan pada plak kayu yang ditemui dalam kubur itu, Nehmes Bastet, merupakan seorang penyanyi untuk dewa tertinggi Amon Ra semasa Dinasti ke-22 (945-712 Sebelum Masihi).

Nehmes juga merupakan anak perempuan Paderi Tertinggi Amon, jelas Ibrahim.

Penemuan itu amat penting kerana memaparkan Lembah Diraja juga digunakan sebagai tempat pengebumian individu-individu biasa dan sami-sami pada zaman dinasti itu, dan sehingga kini, kesemua kubur yang ditemui di lembah bersejarah itu mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Mesir purba.




Anda sedang membaca artikel Penemuan Kubur Penyanyi 3,000 Tahun Di Mesir dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2012/01/penemuan-kubur-penyanyi-3000-tahun-di.html. Semoga artikel Penemuan Kubur Penyanyi 3,000 Tahun Di Mesir ini bermanfaat buat anda.


2 comments

17 January 2012 at 23:19

Pehhh giler lama.. x reput2 keranda dorg eik

Anonymous
18 January 2012 at 09:33

mula2 tak peraan ape kah itu..
belek punye belek baru prasan pic tu senget upe nye. hihihi

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors