4 Berdosa Jadi Ahli Facebook : Ulama Iran




Berdosa Jadi Ahli Facebook : Ulama Iran? Seorang ulama Iran menetapkan web media rangkaian sosial popular di seluruh dunia, Facebook bercanggah dengan ajaran Islam sekali gus berdosa menjadi ahlinya kerana menggalakkan peri laku tidak bermoral.

Ulama kanan itu, Ayatollah Lotfollah Safi-Golpaygani memberi pandangannya mengenai Facebook dan keahlian warga negaranya dalam web berkenaan ketika sesi soal jawab dengan agensi berita ISNA, semalam.

“Pada asasnya, perbuatan melayari mana-mana laman web yang menggalakkan peri laku tidak bermoral dan melemahkan pegangan agama bercanggah dengan Islam dan tidak dibenarkan selain menjadi ahli adalah haram.
 
“Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah,” katanya.

Di Iran, biasa bagi ulama kanannya ditanya mengenai dasar isu sosial sama ada ia sejajar dengan nilai Islam. Jawapan mereka akan dianggap sebagai satu peraturan.

Meskipun kerajaan mengenakan banyak sekatan terhadap internet, seramai 17 juta penduduk Iran ahli Facebook, lapor perangkaan rasmi pada 17 Oktober lalu.

Oleh kerana Facebook popular di kalangan generasi muda, pemerhati percaya bilangan penduduk Islam yang mempunyai akaun Facebook lebih tinggi daripada angka itu.

Iran mempunyai 70 juta penduduk, 60 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun.

Lebih lima juta laman web dikenakan sekatan di Iran tetapi warga negara itu masih mendapatkan akses menggunakan perisian proksi dan rangkaian persendirian maya (VPN). 




Anda sedang membaca artikel Berdosa Jadi Ahli Facebook : Ulama Iran dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2012/01/berdosa-jadi-ahli-facebook-ulama-iran.html. Semoga artikel Berdosa Jadi Ahli Facebook : Ulama Iran ini bermanfaat buat anda.


4 comments

Anonymous
10 January 2012 at 08:14

timbul lak hukum jadi ahli fcebo0k..
haish~

Anonymous
12 January 2012 at 10:37

dia kata kalau guna untuk kebaikan tu TAK BERDOSA kalau untuk benda tak baik BERDOSA betullah tu benda ape pun kalau dengan tujuan tak baik dah jadi DOSA ...SAYA rasa pula banyak melalaikan daripada kebaikannya...syok chatting lupe pulak waktu....sebaiknya digunakan waktu itu dengan beramal...

14 February 2012 at 00:18

penipu jer...mane ade istilah berdosa jadi ahli facebook...bodoh, berapa ramai orang jadi ahli facebook korang tahu ke.....aku x percaya.... kau bawak ajaran sesat....penipu...stupid statement....!!!

15 March 2012 at 18:20

@shukxrie Engkau ni pun satu baca sampai xfaham maksud daripada pandangan ulama ni. Hanya penggunaan laman web yang menekankan kriteria agama dan tidak membawa kepada sebarang peri laku atau etika tidak bermoral, tiada masalah. Kalau anda merasakan anda merasa berdosa dlm menjadi ahli n menjaga etika berlandaskan hukum syara', silakan teruskan. Dlm menjadi ahli FB pun kita boleh menjadikan ianya flatform utk berdakwah kepada mereka yg tersimpang jauh. Lagi satu ini merupakan pandangan dan pendapat seorang ulama iran bukan dari ijma' ulama sedunia. Dan saya hanya berkongsi entri ni sebagai peringatan n juga menyampaikan maklumat isu semasa kepada pembaca. FAHAM DAHULU BARU NAK KOMEN.

Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors