0 Copperfield bida patung tukang tilik bercakap



Ahli silap mata terkenal, David Copperfield membida sebanyak AS$2 juta (RM5.96 juta) untuk membeli mesin patung tukang tilik gispsi yang boleh bercakap dan berusia 200 tahun.



Copperfield percaya ia merupakan satu-satunya mesin patung tukang tilik gipsi di dunia yang boleh bercakap.
Mesin itu kini dipamerkan di sebuah restoran di bandar ini.

Patung itu sebenarnya bercakap selepas seseorang memasukkan duit syiling lima sen untuk mengetahui ramalan masa depannya.

Mata patung itu akan bercahaya dan giginya bergerak semasa ia mengeluarkan suara selepas duit tersebut dimasukkan.

Bagaimanapun, ia mengeluarkan suara menerusi alat rakaman yang telah dirakamkan terlebih dahulu.

p/s : haram mempercayai perkara sebegini kerana ia perbuatan syirik terhadap ALLAH. Entri ini sebagai info sahaja...
[Read More...]


0 Kecoh tarikh Hari Raya Aidilfitri di Indonesia



Penetapan tarikh Hari Raya Aidilfitri menjadi perbalahan apabila sekumpulan pengikut pertubuhan Islam kedua terbesar di negara ini, Muhammadiyah menyambut hari raya semalam walaupun pemerintah Indonesia menetapkan 1 Syawal jatuh pada hari ini.




Kementerian Hal Ehwal Agama Indonesia mengumumkan lewat kelmarin bahawa 1 Syawal jatuh pada hari ini dan bukannya semalam seperti mengikut kebanyakan kalendar.

Menurut Ketua Pengarah Hal Ehwal Islam di Kementerian Agama, Nasaruddin Umar, persetujuan telah dicapai dalam kalangan ramai pihak termasuk pakar-pakar astronomi, tentera laut, Agensi Penilaian dan Aplikasi Teknologi serta cendekiawan Islam bahawa kedudukan anak bulan amat rendah sekali gus menyebabkan 31 Ogos adalah tarikh yang tepat untuk permulaan bulan Syawal.

Kedudukan anak bulan itu adalah kurang dua darjah di atas kaki langit.

Bagaimanapun, pertubuhan Muhammadiyah yang mempunyai 20 juta pengikut menggunakan perkiraan hisab bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Muhammadiyah, Haedar Nasir berkata, walaupun terdapat perbezaan dalam menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha, ia tidak menjejaskan hubungan persaudaraan dalam kalangan Muslim di negara ini.

Hari Raya Aidilfitri turut disambut semalam di Arab Saudi, Palestin, Rusia, Mesir, Malaysia, Sudan, Kenya, Belanda, Kosovo, Afghanistan, Somalia, Bosnia, Syria, Jordan, selatan Thai dan Filipina.
[Read More...]


1 Bilik seksaan Gaddafi ditemui



Ia merupakan lokasi polis rahsia Gaddafi memantau golongan peniaga dan penduduk di bandar ini. Mereka akan dihukum dan dipukul disitu jika melanggar peraturan.


INILAH pintu utama untuk memasuki bilik-bilik dera yangdikendalikan oleh pasukan polis rahsia Gaddafi.

Di bahagian bawah bangunan, terdapat satu pintu yang diperbuat daripada batang-batang besi yang berat. Di sana ada empat buah bilik tahanan yang kecil. Masih ada kesan darah pada dinding yang tidak diketahui siapakah mangsanya. 

Gaddafi memerintah Libya selama 42 tahun melalui kekerasan. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi kewujudan bilik-bilik seksaan serta penjara-penjaranya. Seseorang itu boleh ditahan dan diseksa hanya kerana bercakap mengenai sesuatu yang berbau menentang kerajaan.
[Read More...]


0 Lelaki Cuba bangga miliki 24 jari



Mereka memanggilnya 24. Seorang lelaki di BARACOA, Cuba, Yoandri Hernandez Garrido mendapat nama gelaran tersebut kerana enam jari yang terdapat pada setiap tangan dan kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Walaupun sedar dia berbeza dengan orang lain, lelaki berusia 37 tahun itu memberitahu, dia menganggap dirinya bertuah kerana memiliki jari-jari ekstra.

“Jari-jari ini kurniaan Tuhan kerana dengannya, saya mudah memanjat pokok kelapa dan memetik buahnya untuk mencari rezeki,” kata Garrido.

“Terima kasih kepada 24 jari saya, saya dapat menyara hidup. Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap,” tambahnya.

Selain memetik buah kelapa, Hernandez turut menerima bayaran sehingga AS$10 (RM29.80) daripada pelancong yang mahu bergambar dengannya.

Penduduk Cuba rata-rata menerima gaji cuma AS$20 (RM59.60) sebulan.
[Read More...]


0 Ubuntu v11.04 (Natty Narwhal)



Ubuntu is a community developed, linux-based operating system that is perfect for laptops, desktops and servers. It contains all the applications you need: a web browser, presentation, document and spreadsheet software, instant messaging and much more.

screenshort

Ubuntu (Desktop) v11.04 (Natty Narwhal) Beta 1
Ubuntu (Desktop) v11.04 (Natty Narwhal) Beta 1
[Read More...]


0 Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu & Yang Jangan DiLakukan



</center><br /><span style=

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :- 

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya". 

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..." 

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya. 

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك

Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam). 

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari) 

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Nabi pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه

Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 


RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan-kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram. 

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin) 

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

sumber : www.zaharuddin.net
[Read More...]


0 Bangunan tergantung saingi Taj Mahal





Sebuah struktur menyerupai stesen angkasa lepas lengkap dengan taman di atas bumbungnya merupakan antara lebih 12 rekaan unik yang tersenarai dalam pertandingan Festival Arkitek Dunia di bandar raya Barcelona, Sepanyol pada tahun depan.

Sekali pandang, struktur futuristik itu kelihatan tergantung di udara pada ketinggian 100 meter dari tanah.
Diberi nama Atmosphere, ia sebenarnya menyambungkan dua bangunan pencakar langit. Reka bentuk struktur berkenaan yang kelihatan lebih hebat daripada bangunan Taj Mahal dihasilkan beberapa arkitek di sini.

Idea untuk menghasilkan binaan tersebut diinspirasikan daripada kehidupan tradisional masyarakat Hindu.
Atmosphere memiliki 80 unit rumah yang sesuai diduduki oleh pasangan berkeluarga.

Antara penyertaan lain yang turut menarik perhatian sempena pertandingan berprestij itu termasuk bangunan reben coklat dan bangunan kulit kerang.
[Read More...]


0 Planet Berlian Ditemui






Ia mungkin planet idaman wanita. Sekumpulan ahli astronomi percaya mereka telah menemui sebuah planet yang terbentuk sepenuhnya daripada berlian.

Saintis-saintis antarabangsa di Universiti Manchester di sini menyatakan, mereka menemui planet berlian itu selepas mengesan sebutir bintang mega di galaksi Bima Sakti yang telah hancur dinamakan pulsar.

Teras bintang itu, kata mereka, bertukar menjadi kristal berlian sebesar sebuah planet.

Para penyelidik berkenaan membuat penemuan itu dengan menggunakan sebuah teleskop gergasi di sebuah balai cerap di Cheshire, England.

Planet berlian itu memiliki diameter 64,000 kilometer atau lima kali ganda lebih besar daripada Bumi.
[Read More...]


2 Apa itu SEO ?



Bergelar seorang blogger, antara perkataan yang akan jumpai dalam dunia blogging ini adalah SEO. Boleh dikatakan SEO ini memang agak glamour terutamanya di kalangan blogger yang sudah agak lama bertapak di dunia blogging.

Bagi blogger baru seperti saya ni,  masih tidak mengetahui dan tertanya-tanya, apakah sebenarnya SEO ini. Apakah kesan yang dibawa kepada seseorang blogger. Kenapa sesetengah orang terkejar-kejarkan SEO, kenapa sesetengah orang tidak kisah berkaitan SEO. Kali ni saya akan akan terangkan secara ringkas pengenalan kepada SEO, semestinya kepada blogger baru di arena blogging ini.


Apa itu SEO  ?
SEO atau singkatan kepada Search Engine Optimization ialah kaedah yang digunakan  untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi di dalam enjin carian internet. Setiap orang yang memiliki laman web/blog  mereka mahukan entri mereka berada di Rank 1 dan Page 1. Jika anda ada produk yang ingin dijual di internet, SEO adalah langkah perlu bagi mempromosi produk anda kerana internet adalah medium yang paling berkesan untuk tujuan pemasaran.


Di sinilah gunanya SEO. Tujuannya adalah untuk mengumumkan kehadiran web anda dan menjadikan laman web anda popular di internet. Enjin Carian Internet adalah kunci utama yang perlu diberikan perhatian.


Sebagi contoh cuba anda Google Barcelona Gergasi Eropah /  Tutorial Cara Membuat WishList , apa yang anda temui?




Blog manmala berada pada rank 1 dan page yang 1. Inilah seni permainan SEO dalam web/blog. Web/blog anda kenalah mesra alam SEO baru boleh dapat keputusan yang terbaik. Sebelum memulakan proses Search Engine Optimization, penting bagi anda untuk memahami tujuan sebenar SEO. Cuba kumpul seberapa banyak maklumat yang boleh tentang kaedah-kaedah yang boleh digunakan sebelum melakukan SEO bagi laman anda. Jika anda berjaya dalam SEO, anda sebenarnya sudahpun berjaya 70% di dalam perniagaan internet.
[Read More...]


0 Amalan Di Malam Raya



Dalam menyanbut kedatangan Syawal, kita hendaklah meraikannya mengikut panduan yang digariskan oleh agama Islam, iaitu sunat melaungkan takbir sebaik tibanya Syawal serta menghidupkan malam raya dengan berzikir, bertahmid, bertasbih, beristighfar, berdoa dan mengerjakan sembahyang sunat.

selain disunatkan mandi dengan niat kedatangan Aidilfitri, memakai bau-bauan harum, memotong kuku, memakai pakaian elok, kita disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya sebagaimana sabda Baginda SAW yang bermaksud :-

"Sesungguhnyabyang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (Hari Raya) ialah solat sunat." HR Al-Bukhari.

Begitulah indahnya dan telitinya agama Islam sehingga menyambut hari raya ada adab serta garis panduan yang mempimpin kita supaya tidak terpesong daripada tujuan sebenar sambutan ini diadakan iaitu sebagai menzahirkan rasa syukur kepada ALLAH.

Raya-raya juga, tetapi jangan dilupakan untuk melakukan puasa sunat enam hari pada syawal, bermula pada dua syawal...

Untuk maklumat dan info berkaitan puasa enam ini, sila klik SINI
[Read More...]


1 Barcelona Gergasi Eropah



Barcelona kini terus mengukuhkan reputasi mereka sebagai kelab gergasi Eropah.

Semalam, kelab dari Sepanyol itu menjulang gelaran pertama pada musim baharu ini selepas bergelar juara Piala Super.

Ia diraih menerusi kemenangan 2-0 ke atas Porto pada aksi pembuka tirai kejuaraan Eropah.

Piala Super menemukan dua kelab Eropah membabitkan juara Liga Juara-Juara serta juara Liga Europa.
Barcelona memegang status sebagai juara Liga Juara-Juara musim lepas, manakala Porto dari Portugal merupakan juara Liga Europa.

Pada aksi pembuka tirai saingan Eropah semalam, pemain baharu Barca, Cesc Fabregas menikmati saat paling indah apabila tampil sebagai penjaring gol pada perlawanan tersebut dan ia merupakan jaringan pertamanya dalam kejohanan berprestij bersama kelab baharunya itu sejak berpindah dari Arsenal awal bulan ini.

Fabregas menemui penyudah hanya dua minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Lionel Messi meletakkan Barca di depan pada minit ke-39 untuk membantu kelab gergasi Sepanyol itu menambah koleksi kejuaraan Piala Super Eropah selepas mereka turut memenangi Piala Super Sepanyol minggu lepas
[Read More...]


0 Letak Iklan Nuffnang Atas Header



Assalamualaikum
Hari ini tangan aku tak tahu nak buat entri apa. Jadi terfikir pula nak buat tutorial. Ok, tutorial kali ini yang nak dikongsikan dengan anda ialah bagaimana nak letak iklan Nuffnang atas header korang. Caranya mudah sahaja. tak susah pun.

Cara-cara.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates
2. Cari code di bawah, nak mudah Ctrl F, masukkan code dalam kotak find dan enter.
 
<div id='header'>
 
ada sesetengah template tak jumpa code di atas, so cuba cari code yang ini pulak :

<div id='header-wrapper'>


3. Bila dah jumpa code itu,  paste je code Nuffnang ( leaderboard ) diatas code yang korang cari tadi ( langkah 2 )

4. Preview dan SAVE.
[Read More...]


1 Tikus gergasi dibunuh di New York





Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan, NEW YORK, Amerika Syarikat (AS)

Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.


Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram dan boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun.


[Read More...]


0 MALAYSIA VS AUSTRALIA 7 OKTOBER 2011 | PERSAHABATAN



7PERLAWANAN PERSAHABATAN HARIMAU MALAYA VS AUSTRALIA 7 OKTOBER 2011
SKUAD Harimau Malaya masih bertuah biarpun terkandas di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 Julai lalu apabila pasukan gergasi Asia, Australia mengundang anak buah Datuk K Rajagobal bertandang ke Sydney pada 7 Oktober ini bagi perlawanan persahabatan.

                                                         
Berita baik itu disampaikan Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Subahan Kamal yang menyifatkan pelawaan naib juara Piala Asia 2011 itu sebagai satu penghormatan dan pendedahan terbaik buat pemain negara.

“Kami menerima jemputan untuk mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad kebangsaan Australia, minggu lalu. “Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan di peringkat Exco terlebih dulu tapi kemungkinan besar kami bersetuju kerana bukan senang untuk kita diberi peluang menentang skuad Piala Dunia Australia.
“Saya fikir belum pernah Malaysia menentang Australia sebelum ini dan ini satu penghormatan buat skuad Harimau Malaya apabila dapat berdepan barisan pemain bintang Australia seperti Tim Cahill dan Harry Kewell,” katanya.

Pelawaan Australia itu ibarat orang mengantuk disorongkan bantal buat FAM yang berdepan kesukaran mendapatkan perlawanan berkualiti buat skuad kebangsaan selepas gagal mara ke peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia apabila tumpas kepada Singapura menerusi agregat 6-4 sebelum ini.
Ini terbukti apabila skuad kebangsaan yang berkumpul pada awal bulan lalu hanya menjalani latihan biasa tanpa perlawanan persahabatan antarabangsa selepas gagal mencari pasukan bagi menggantikan Oman dan Indonesia yang membatalkan perlawanan yang diatur pada awalnya.
Selain memiliki reputasi selaku juara Asia Tenggara, Malaysia menjadi pilihan Australia yang dibimbing jurulatih Jerman, Holger Osieck sebagai persiapan sebelum menentang Thailand pada pusingan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia pada 15 November ini.


“Australia akan menentang Thailand dalam pusingan kelayakan Piala Dunia, mungkin mereka mahu mencari pasukan dari rantau ini untuk dijadikan ujian sebelum menghadapi perlawanan itu,” katanya.

[Read More...]


2 Seven Colour Crystal Ball haram



Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan seeds growing kits yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu.

Kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 sentimeter tetapi apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball.

Sesiapa yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
[Read More...]


1 Cara Memasang Energy Saving Mode



Blog anda boleh diletakkan dalam mode energy saver jika anda mahu. Kalau dunia realiti ada Earth Hour untuk menunjukkan sokongan kepada penjimatan tenaga, blog anda pun boleh.:)



Contoh blog apabila diletakkan energy saver seperti gambar di bawah.





Tutorial untuk letakkan energy saver ini seperti berikut.


1. Dari dashboard > design > edit html.
(backup template untuk langkah berjaga²)

2. Dengan menggunakan fungsi Find (ctrl + F), cari kod </head>

3. Copy kod di bawah dan paste SEBELUM kod </head>


<script language='javascript' src='https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/savetheenvironment.js' type='text/javascript'/>

Contoh:



4. Save dan lihat hasilnya.

Nota: Anda perlu biarkan selama 1 minit untuk energy saver memulakan operasi.:)


p/s: Original code : www.onlineleaf.com/
[Read More...]


0 Berapa Harga Web/Blog Kita ?



Mungkin kita akan tertanya-tanya berapakah nilaian blog kita apabila hendak dijual. Tapi tak tahulah betul ke tidak nilaian ini dibuat.

Mungkin  orang akan berkata ini tidak betul dan harga sampai jutaan RM tetapi nilaian ini sangat  bermanfaat untuk mengukur web/blog kita dengan web/blog kepunyaan orang lain. jika kita ingin membandingkan seberapa popular kepunyaan kita dengan milik orang lain. karena nilai harga yang didapat adalah diambil dari Traffic Rank Alexa, Page Rank Google, dll.

Apa yang perlu anda buat ialah memasukkan url anda ke alamat bizinformation. Setelah anda memasukkan url web/blog anda klik value untuk mengetahui keputusannya, seperti gambar di bawah ini :-


[Read More...]


0 Tutorial Cara Memasang Google Translator



Pemasangan widget Translator atau"Penterjemah" pada blog amat perlu. Translator ini berguna apabila blog kita dikunjungi secara tidak sengaja dari oleh pengunjung dari negara lain yang melihat blog kita dan tidak tahu bahasa kita , maka mereka boleh menggunakan widget ini untuk menterjemahkannya kedalam bahasa yang mereka inginkan. Berikut adalah cara untuk memasukkan translator pada laman blog

1. Login ke Blogger kemudian pilih menu Layout
2. Kemudian klik pada Add Gadget
3. pilih HTML/Javascript
4. Kemudian masukkan script berikut ini kedalamnya.




<div id="google_translate_element"></div><script>

function googleTranslateElementInit() {

new google.translate.TranslateElement({

pageLanguage: 'ms',

includedLanguages: 'ar,zh-CN,zh-TW,nl,en,tl,fr,de,hi,id,it,ms,ru,es,th,vi'

}, 'google_translate_element');

}

</script><script src="http://translate.google.com/translate_a/element.js?cb=googleTranslateElementInit"></script>


5.Kemudian save.
[Read More...]


1 Tutorial Buang word verification pada komen



Word verification ni ramai juga blogger yang masih lagi tak tahu
bagi saya la, blog yang ada word verification ni, menyusahkan ketika blogger lain nak komen blog korang
seterusnya membawa kepada malas nak komen..dah la word verification tu berbelit 
cuba tengok kat bawah ni



ada juga yang panjang dan kadang2 tak bape nak faham
susah gak la..ambil masa

kalau ada sesiapa yang masih lagi ada word verification pada blognya
korang remove la.senang blogger lain nak komen nanti
senang je nak remove benda ni


Dashboard --> setting --> comment --> Show word verification for comments --> No
 

 
selamat mencuba
[Read More...]


1 Tips Shopping Raya




Hari Raya Aidilfitri bakal disambut tidak lama lagi. Ketika ini, pasti banyak keluarga yang sedang merancang atau telah membeli-belah sempena Aidilfitri.
          Apabila Ramadhan tiba, pasti banyak tawaran promosi di pasaraya mahupun kedai biasa. Maklumlah, ketika inilah nafsu membeli di kalangan pengguna sangat tinggi.
Namun, kita perlu sentiasa beringat untuk berjimat-cermat dalam perbelanjaan kita, supaya kita tidak membazir. Sesungguhnya membazir itu amalan Syaitan.

Berikut kami kongsikan sedikit tips berbelanja sempena Aidilfitri untuk manfaat kita bersama :

1. Buat persiapan awal. Jangan beli secara tergesa-gesa.
2. Sediakan rancangan perbelanjaan dan senarai barang-barang yang hendak dibeli.
3. Buat belanjawan.
4. Beli mengikut kemampuan masing-masing.
5. Janganlah berbelanja jika anda ingin bersaing dengan kawan-kawan atau jiran anda.
6. Elakkan berhutang. Jika terpaksa membeli secara ansuran, pastikan anda mampu membayarnya secara bulanan dan tidak melebihi kemampuan kewangan anda.
7. Jangan membeli lebih daripada yang dirancang.
8. Berhati-hati menggunakan kad kredit.
9. Pastikan anda membuat perbandingan harga dan kualiti sebelum membeli.
10. Belilah barangan yang menawarkan harga jualan yang lebih murah.
11. Sekiranya membeli barang-barang secara pukal, gunakan perkiraan unit harga untuk melihat sama ada ia lebih murah daripada membeli secara berasingan dalam unit kecil
12. Semak supaya anda tidak membayar lebih daripada yang sepatutnya kerana kesilapan pengiraan oleh juruwang.
13. Periksa semua barang yang dibeli. Pastikan tiada sebarang kecacatan atau kerosakan pada barang.
14. Jangan membeli kerana terpengaruh dengan iklan.
15. Periksa tarik luput untuk barangan makanan.
16. Beli pakaian yang sesuai dengan peringkat umur pemakai serta periksa kualiti kain. Untuk kanak-kanak, beli saiz pakaian yang lebih besar sedikit kerana mereka membesar dengan cepat.
17. Gantikan perhiasan yang perlu ditukar sahaja.
18. Gunakan kreativiti anda untuk menghias rumah tanpa menggunakan perbelanjaan yang besar.


sumber :iluvislam
[Read More...]


1 Murtabak Maggi




           Siapa pernah makan murtabak ? Macam mana pula dengan murtabak maggi, dah pernah rasa ? saya pun tak pernah rasa murtabak jenis ni. Sedap ke tidak ni...
          Terbaca dalam website BERNAMA,  diberitakan murtabak maggi ini semakin popular di Kuala Terengganu. Saya pun tidak berkesempatan makan lagi. Balik kampung kat Terengganu nanti, bolehlah cari dan merasa.


KUALA TERENGGANU, 25 Ogos (Bernama) -- Sekalipun baru diperkenalkan, "murtabak maggi" semakin popular dalam kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Dek kerana kelainan rasa, ramai yang ingin mencuba juadah ini ciptaan Wan Ahmad Rodhi Wan Muhamad, 21, terutama pada bulan puasa ini.

"Biarpun ia sesuatu yang baru, sambutan amat menggalakkan dengan permintaan yang semakin meningkat," kata Wan Ahmad Rodhi yang kini dapat menjual sehingga 200 keping sehari berbanding 60 keping pada minggu pertama bulan puasa di Bazar Ramadan Shahbandar di sini.

Beliau berkata murtabak maggi menggunakan bahan asas mee segera, isi ketam, telur, kubis, lobak merah dan bawang.

WanAhmad Rodhi berkata keistimewaan murtabak itu adalah pada sambal daging dan isi ketam, dan lebih lazat dimakan dengan sos cili dan mayonis.

Sekeping murtabak maggi berharga antara RM3 dan RM3.50.

Seorang pelanggan yang ditemui, Mohamed Fairus Nizam Mohd Zaid, 30, berkata: "Rasanya memang sedap, lain dari yang lain. Ini kerana ia mengandungi isi ketam serta mee segera."

Sumber :  BERNAMA

[Read More...]


0 Kapsul belon untuk pelancong lihat Bumi



KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon. 

BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin. Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.

Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.

Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.

BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.



Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.
Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.
Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi
[Read More...]


3 Meletakkan Keyword Yang Bukan-Bukan



Saya pun rasa pelik juga bila mendapat tahu ada sesetenggah blogger meletakkan keyword mereka dengan perkataan yang bukan-bukan. Adakah dengan cara ini ia bertujuan untuk meningkatkan  dan menarik trafik masuk ke blog kita.

Saya masih lagi baru dalam dunia blog, page rank pun masih 1 lagi dan kedudukan blog masih dalam angka berjuta.

Saya malas nak beritahu keyword blogger-blogger ini gunakan untuk dimasukkan dalam meta tag mereka.

Siapa yang terasa dan tersinggung dengan entri saya ini, minta maaf ye. Tetapi begitulah hakikat yang berlaku. Dari mana saya tahu, rahsia... hehehe

Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.
[Read More...]


0 Tangguh Bayar Yuran Pendaftaran IPTA



PUTRAJAYA 22 Ogos - Seramai 41,267 pelajar baru yang bakal mendaftar di institut pengajian tinggi awam (IPTA) sesi akademik 2011/ 2012 bermula 3 September ini boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak perlu membayar yuran semasa sesi pendaftaran.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin berkata, yuran pendaftaran itu hanya akan ditolak daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang dipohon pelajar sebaik sahaja pinjaman mereka diluluskan.

Katanya, langkah itu sebagai meringankan beban mereka terutama golongan berpendapatan rendah sekiranya terpaksa mengumpul wang atau berhutang semata-mata untuk tujuan itu.

"Pelajar tidak perlu fikir untuk membawa wang semasa sesi pendaftaran nanti. Walaupun surat tawaran ada menyatakan kos yuran pendaftaran yang perlu dibayar, tetapi mereka tidak perlu ambil kira semua itu dan boleh pergi daftar tanpa perlu bayar apa-apa.

"Jadi tidak ada sebab mereka tidak mahu pergi universiti kerana tidak ada duit. Ini satu berita baik untuk mereka," katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu sesi temu bual khas di pejabatnya, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, PTPTN menyediakan pinjaman berjumlah RM4 bilion kepada kira-kira 206,938 pemohon pinjaman pada tahun ini.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak RM53.4 juta diperuntukkan sebagai Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada seramai 35,664 pelajar yang layak berjumlah RM1,500 setiap orang.

"Semua pelajar layak membuat pinjaman PTPTN. Bagaimanapun, WPP itu hanya ditawarkan kepada mereka daripada keluarga berpendapatan kurang RM4,000 dan belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN.
"Namun, mereka yang lain turut mendapat manfaat apabila mereka boleh menangguhkan yuran semester pertama melalui pemotongan pinjaman PTPTN," katanya.

Tambah Mohamed Khaled, PTPTN telah meluluskan pembiayaan kepada 1.8 juta pelajar sehingga tamat pengajian mereka berjumlah RM39.87 bilion setakat 31 Julai lalu.

"Pada 2010 sahaja, PTPTN membelanjakan RM3.86 bilion kepada 188,000 pelajar.

"Keperluan menampung kos pengajian tingi meningkat setiap tahun. Bagaimanapun, kerajaan sentiasa berusaha memastikan keperluan kewangan pelajar dapat ditampung melalui bentuk pinjaman," katanya.
[Read More...]


2 Tutorial Cara Membuat WishList



Tutorial kali ini yang ingin saya kongsikan dengan anda kali ini ialah cara membuat My WishLish. Ikuti tutorial seperti berikut :


1. Dashboard > Design > Add Gadget > Html/JavaScript
2. Copy code di bawah ini , kemudian paste ke ruangan HTML/javascrip

<form name=myform>
<input type="checkbox" name="mybox" value="satu" checked />satu <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="dua" checked />dua <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="tiga" checked />tiga <br />
<input type="checkbox" name="mybox" value="empat" disabled />empat <br />
</form>

*Warna MERAH  , anda boleh ubah dengan benda/barang yang anda kehendaki
*Bagi warna BIRU pula boleh di ubah dgn perkataan "checked " atau " disabled " shj .
*Kalau nak tambah lagi wishlist anda, copy je <input type="checkbox" name="mybox" value="empat" disabled />empat <br />    dan paste sebelum   </form>
3. SAVE , siap dan lihatlah hasilnya.
Terima Kasih


[Read More...]


0 RM1.4 Bilion Diperuntukkan Bantu 500000 Golongan Memerlukan



PUTRAJAYA, 24 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi membantu kira-kira 500,000 penerima bantuan kebajikan masyarakat melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA).

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan yang akan diberikan pada setiap bulan itu bagi membantu kumpulan sasar yang antaranya terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, dan kini termasuk balu askar dan polis.

Katanya langkah itu bagi memastikan golongan tersebut tidak terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat.

"Dalam kemelut ekonomi dunia, kita lihat ada ekonomi negara tertentu yang bukan sahaja tidak menentu tetapi menguncup, ada juga negara yang pencen orang bersara terpaksa dipotong dan bantuan kebajikan terpaksa dikurangkan.

"Tetapi alhamdulillah (di) Malaysia bukan sahaja kita dapat meneruskan program ini malah dapat menambah lagi jumlah peruntukan untuk rakyat dan untuk mereka yang amat memerlukan," katanya ketika melancarkan program tersebut di pejabatnya di sini, pada Rabu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Peruntukan itu merangkumi bantuan untuk golongan kanak-kanak sebanyak RM290 juta, orang kurang upaya (RM332 juta), warga emas (RM455 juta) dan membiayai program-program kemasyarakatan di peringkat komuniti (RM303 juta).

Di bawah program ini juga, satu kategori baru bantuan kewangan diperkenalkan bagi balu anggota tentera dan polis yang layak, melibatkan peruntukan sebanyak RM4.1 juta.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah mengambil keputusan bahawa golongan ini perlu dibantu kerana untuk menegakkan satu daripada prinsip yang amat penting daripada segi falsafah negara dan satu daripada tiang utama daripada Gagasan 1Malaysia iaitu menegakkan keadilan sosial.

"Kumpulan seperti orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal dan kini balu anggota tentera dan polis, mereka ini merupakan kelompok yang besar dalam masyarakat kita yang jika tidak ada campurtangan kerajaan dalam program yang tersusun rapi, mereka akan terus berada dalam keadaan terpinggir dan terbiar dalam masyarakat kita.

"Dan kita akan gagal untuk menegakkan keadilan sosial. Jadi, saya berbangga program ini akan dilaksanakan," kata Najib.

Najib berharap program tersebut dapat berjalan dengan berkesan dengan jumlah peruntukan yang besar itu.

Katanya mereka yang menerima bantuan bukan sahaja akan menerima bantuan kewangan bulanan daripada kerajaan tetapi turut akan diberi semangat, ilmu dan kemahiran baru supaya dapat menyumbang bagi masa depan mereka dan juga masa depan negara.

"Saya amat tertarik dengan jenama KAR1SMA, jadi kerja kebajikan yang tidak dianggap begitu glamor sebelum ini, sekarang glamor dengan akronim tersebut.

"Jadi, dengan adanya branding (penjenamaan) baru, maka kita akan lebih bersemangat untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang amat memerlukan bantuan daripada kerajaan," katanya.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat atas usaha menggilap semula dan memberi nafas baru terhadap program tersebut serta memperluaskan lagi kumpulan sasarnya untuk memastikan tiada kelompok rakyat yang tercicir daripada menikmati faedah pembangunan dan kemakmuran negara.

-- BERNAMA
[Read More...]


0 Tutorial : Tukar Ayat "Post A Comment" kepada Ayat Sendiri



Assalamualaikum,
Kali ini saya nak berkongsi dengan anda cara menukar ayat "Post A Comment" kapada ayat anda sendiri.


1.Mula-mula pergi ke Dashboard -> Design -> Edit HTML

2.Klik pada "Expand Widget Templates".

tut 1




3. kemudian cari perkataan ni
<data:postCommentMsg/>
NOTE: anda akan jumpa 2 kod ini dlm Edit HTML anda.

4. Kalau dah jumpa, gantikan kedua-dua kod tadi dengan ayat anda sendiri seperti  "Give Your's Feedbacks".

5.Save dan anda boleh lihat hasilnya...

Terima Kasih
[Read More...]


0 Peluang rebut sejuta kerja kosong



Sebanyak 1,051,427 keperluan tenaga kerja telah disenaraikan oleh lapan kementerian dan agensi berkaitan untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia sebelum bakinya diisi pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).


Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim berkata, daripada statistik itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyenaraikan jumlah keperluan paling tinggi iaitu 275,723 kekosongan.

"Statistik itu diperoleh hasil maklum balas semua kementerian dan agensi berkaitan dalam Mesyuarat Taklimat Proses Pemutihan Program 6P yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KDN semalam (kelmarin)," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bagi para pengganggur bolehlah mengambil peluang keemasan ini untuk mengisi tawaran sejuta kerja kosong yang akan diumumkan kelak.
[Read More...]


0 Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju




CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju.

Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini.

Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang.

Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok.

Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut.

Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu
[Read More...]


2 Lamborghini tersangkut di padang golf



Sebuah kereta sport mewah Lamborghini tersangkut di kawasan berpasir di sebuah padang golf di Monterey, California.

Kejadian berlaku pada Jumaat lalu semasa satu pameran kereta dari Itali sedang berlangsung.

Salah seorang pemandu Lamborghini itu memandu kereta tersebut ke padang golf.

Namun, dia tidak menyedari terdapat kawasan berpasir yang mempunyai cerun.Ramai orang yang mengerumuni kereta itu selepas ia tersangkut.

Sebuah trak tunda kemudian tiba untuk membantu mengeluarkan kereta tersebut dari kawasan tersebut dengan menggunakan peralatan mengangkat kenderaan.
[Read More...]


0 Enam Lelaki korban panah petir



Seorang pekerja menunjukkan lokasi tempat tiga lelaki Indonesia maut dipanah petir di sebuah tapak pembinaan di Shah Alam semalam. 

Enam lelaki Indonesia terkorban manakala lima rakan senegara mereka cedera akibat disambar petir dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di sini dan sebuah kebun sayur di Sungai Choh, Hulu Selangor semalam.

Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada pukul 2.30 petang dan 2.45 petang.
Dalam kejadian di Glenmarie, tiga lelaki Indonesia maut manakala tiga rakan senegara mereka yang lain cedera.

Mereka yang terkorban dikenali sebagai Hazarin, 29, Surady, 31, dan Mohd. Nasir, 46. Tiga lagi mangsa yang cedera belum dikenal pasti kecuali seorang mangsa wanita dikenali sebagai Som, 20.
Semasa kejadian, tiga mangsa yang terkorban berada di luar rumah kongsi mereka dan berdiri di dalam lopak air.

Petir dipercayai memanah ke kawasan lopak air tempat ketiga-tiga mangsa berdiri dan mengalirkan arus elektrik yang menyebabkan ketiga-tiga mangsa terkena rencatan dan mati di tempat kejadian.
[Read More...]


4 Guna Seluar Dalam Rompak Kedai




DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang perompak menggunakan seluar dalam untuk menutup wajahnya semasa dia merompak di sebuah kedai di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyiarkan aksi lelaki tersebut merompak sebuah kedai serbaneka.

Rompakan itu berlaku pada Selasa lalu dan dia meminta lelaki di kaunter pembayaran menyerahkan kepadanya sejumlah wang tunai.

Perompak itu menggunakan sehelai seluar dalam berwarna putih dan pakaian lain untuk menutup wajahnya semasa dia merompak. - Agensi
[Read More...]


5 Hotel Di Angkasa Lepas



Hotel di angkasa lepas yang dimaksudkan ini di bina oleh sebuah syarikat Rusia, Orbital Technologies, mendedahkan perkara itu di Moscow minggu ini tentang rancangan untuk membawa pelancong kaya ke tempat yang mereka tidak pernah pergi sebelum ini.

Harga penginapan selama lima hari di hotel angkasa lepas itu dijangka antara 100,000 pound (RM489,618) dan 250,000 pound (RM1.2 juta), tidak termasuk kos pengangkutan yang dianggarkan 477,393 pound (RM2.3 juta).

Hotel unik itu akan dibina pada ketinggian 350 kilometer di atas Bumi serta akan dilengkapi kamera dan teropong bagi membolehkan pengunjung mengambil gambar dan melihat persekitaran angkasa lepas dengan lebih jelas.

Hotel angkasa yang dijangka dilancarkan pada 2016 itu akan dibina lebih selesa berbanding Stesen Angkasa Antarabangsa didiami angkasawan tetapi tetamu tetap perlu mengambil makanan menggunakan tiub dan mandi menggunakan span kerana ketiadaan graviti.

Mari kita lihat gambaran awal hotel yang akan dibina diangkasa lepas....



[Read More...]


3 Jenayah Simbah Asid



Assalamualaikum

Sekarang ini dah semakin berleluasa kes jenayah simbah asid. Sedih pula bila tengok mangsa yang disimbah asid dengan muka yang melecur. Lagi sedih ada yang terkena mata. Geram sangat-sangat kepada si pelaku ni. Macam nak simbah asid kat dia juga, biar dia merasa sakit setimpal dengan apa yang diperlakukan kepada orang lain.



Langkah Berjaga-jaga untuk Elak Serangan Simbah Asid / Cecair:
  1. Elakkan jalan berseorangan tak kira di mana anda berada.
  2. Bawa senjata di dalam beg tangan anda. Payung botol, penyembur serangga ke, ataupun pepper spray.
  3. Jalan jauh dari jalan raya dan berhati-hati apabila ada motor yang cuba mengampiri anda
  4. Bagi yang memandu, pastikan tingkap kenderaan anda sentiasa di tutup dan jangan turunkan tingkap apabila diketuk, ataupun berhenti di mana-mana. Kecuali tempat tersebut benar-benar selamat.
  5. Bawa air bersama-sama anda setiap kali ke mana sahaja sebagai langkah awal mengelakkan kesan cecair / kesan simbahan asid tu.
  6. Laporkan terus kepada polis sekiranya ada ternampak kejadian simbah asid ataupun anda hampir diserang dengan simbahan asid. Ambil dan kutip botol tersebut dengan menggunakan lapik.


Mohd Rafie Abdul Latiff bersama anggota keluarganya ketika ditemui di HKL semalam.
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Selain mahu kembali normal seperti sediakala, mangsa disimbah asid mahu pihak berkuasa segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ke atas nasib dialaminya dan dikenakan hukuman berat.

Mohd Rafie Abdul Latiff (gambar), 27, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan segera.

“Saya tiada harapan apa-apa, apa yang saya mahukan orang yang lakukan perkara ini kepada saya ditahan dan dikenakan tindakan yang berat.

“Tapi saya tahu undang-undang yang ada terlalu ringan, jadi saya harap undang-undang ini boleh dipinda agar hukuman lebih berat dikenakan kepada pesalah,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Anak ketiga daripada empat adik-beradik ini mengalami kecederaan teruk di bahagian muka selepas disimbah asid.

Mohd Rafie yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada dalam keretanya di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.

Semasa insiden itu, dia berada di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang  rakannya yang ingin menggunakan tandas awam.

“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.

“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.

Dalam perbualan ringkas dengan The Malaysian Insider, Mohd Rafie berkata, dia kemungkinan akan membuat pembedahan kulit sekiranya perlu.

Dia juga mahu kembali normal seperti sebelum kejadian malang itu.

“Sudah tentu saya mahu kembali normal seperti dulu, muka macam dulu, dapat kerja macam dulu.
“Kalau perlu saya mungkin akan buat pembedahan tapi tengok keadaanlah,” katanya.

Difahamkan Mohd Rafie akan berada di hospital buat jangka masa yang agak lama bagi memudahkan pihak hospital memantau kecederaan yang dialaminya.

sumber : themalaysianinsider




[Read More...]


0 Zakat Fitrah



Pengertian
Zakat fitrah ialah zakat diri yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim lelaki dan perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Dalil
Zakat fitrah bersandarkan dalil Hadis Nabi S.A.W. yang bermaksud:

“Rasulullah S.A.W. telah memfardukan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas manusia dengan mengeluarkan satu gantang kurma atau satu gantang gandum (syair) ke atas setiap orang merdeka atau hamba lelaki atau perempuan orang tua atau kanak-kanak yang terdiri daripada orang Islam.” (Riwayat Al-Bukhari) 
Setiap pembayar zakat atau wakilnya wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya atau sebagai wakil.

Kadar Zakat Fitrah
Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Majlia Agama Islam Negeri-Negeri masing-masing.

Kaedah Pembayaran
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan (beras) atau yang senilai dengannya. Ini adalah berdasarkan Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Said Al-Khudry yang bermaksud:
 “…. adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah S.A.W. sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap seorang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair, tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah bin Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadah haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: saya berpendapat, bahawa dua mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Said berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya”.  (Riwayat Muslim)


Hukum Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

1. Waktu Wajib; Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal; Sebelum sembahyang Hari Raya
3. Waktu Sunat; Sepanjang bulan Ramadhan
4. Waktu Makruh; Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

Orang Islam yang diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah ialah:
  • apabila bayi lahir ketika hari terakhir puasa sebelum tenggelamnya matahari maka bayi tersebut wajib zakat (karena sudah ada sebelum matahari tenggelam)
  • namun apabila bayi lahir ketika matahari sudah terbenam maka bayi tersebut tidk wajib zakat.
  • apabila orang meninggal ketika matahari belum tenggelam, maka orang tersebut tidak wajib zakat
  • namun apabila orang tersebut meninggak ketika mataharisudah tenggelam maka orang tersebut wajib zakat
  •  
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011.
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kelantan : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Trengganu : RM8/RM7/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Johor : RM7.50/RM5
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Negeri Sembilan : RM6.50
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Selangor : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perak : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Kedah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Pulau Pinang : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Perlis : RM6
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Negeri Sarawak : RM6.20
  • Kadar Zakat Fitrah Kuala Lumpur : RM7
  • Kadar Zakat Fitrah Putrajaya : RM7
    [Read More...]


     
    Blogged.my

    Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors