0 Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meningkatkan Traffik Blog anda



Salam sejahtera dan salam pembuka kata buat semua pembaca blog RR, orait untuk entri kali ni saya ingin kongsikan dengan anda semua tips  cara mencari keyword popular.  Apa itu Keyword ?  Keyword atau kata kunci menjadi satu faktor yang sangat penting untuk mendapatkan dan  meledakkan traffik blog kita dengan dari carian melalui search engine oleh pelayar internet. Penggunaan keyword yang sering dicari oleh pelayar internet or visitor pasti mampu memberikan jumlah pengunjung yang ramai ke blog kita.

Untuk mencari keyword yang sering digunakan oleh pelayar internet, kita boleh  menggunakan software yang berbayar mahupun software yang percuma. Namun apa yang pasti mostly bloggers pasti tidak mengambil kisah dan tidak mengetahui betapa pentingnya penggunaan keyword popular bagi meledakkan traffik blog. dan dibawah ni sy sertakan  screenshot bukti  traffik  yang saya tarik dari pencarian melalui search engine oleh pelayar internet untuk 1 hari je. 
 
traffik yang diperolehi  hanya dari carian  melalui search engine oleh pelayar internet bertarikh 14hb Mac   berjumlah 510 UV tanpa berbuat apa-apa, tanpa menggunakan trik kotor,  hanya dari pemilihan keyword hot dan popular dan sedikit sentuhan SEO.  

cara mencari keyword
klik image diatas untuk paparan lebih jelas

keyword yang popular yang menarik traffik mendadak ke blog sy berdasarkan analitk dr nuffnang pada 14 Mac adalah mengenai video tsunami jepun, perkembangan terkini di jepun, isu karikatur, haiwan yang telah pupus, segitiga bermuda .

dengan pemilihan keyword yang tepat dan popular korang dapat meledakkan traffik blog dengan mudah tanpa perlu melakukan apa-apa pun, tunggu je traffik masuk melimpah ruah dari carian yang dilakukan oleh pelayar internet.


Dibawah ini saya kongsikan dengan anda semua 7 cara mencari keyword yang paling popular.


1. Google Adwords Keyword Tools
Walaupun lebih sering digunakan untuk mencari keyword yang nantinya akan berhubungan dengan Google Adword dan Google Adsense, tapi tool ini dapat juga kita manfaatkan untuk mencari keyword yang popular. Walaupun layout sudah jauh berbeza dengan versi lama, mungkin agak janggal jugak untuk mereka yang baru pertama kali menggunakannya. Dan yang paling penting, tool ini adalah perucma. Anda boleh melayari di Google Keyword Tool External.

2. Google Insights
Ini juga merupakan 1 daripada tool yang dimiliki  Google dan sememangnya percuma. Melalui Google Insight, kita boleh mencari keyword popular yang sering dicari orang dalam 7 hari terakhir, 30 hari terakhir, bahkan di tahun-tahun sebelumnya. Kita juga boleh memilih lokasi negara untuk keyword, hanya untuk kawasan Malaysia sahaja atau negara lain.  klik di sini untuk membuka Google Insights.

3. News Google
Di News Google kita boleh mendapatkan keyword popular dan hot yang latest  dicari oleh pelayar internet. Di googles news ini dirangkumkan segala topik semasa  berdasarkan topik/story yang banyak dicari atau terjadi beberapa hari terakhir. Pada waktu saya menaip  entri ini , keyword paling popular yang dicari pelayar internet antarabangsa dan malaysia adalah mengenai  tsunami di jepun, perkembangan terkini  di jepun, pergolakan politik libya   menjadi“top story” di bahagian kiri halaman news.google.com.
4. Alexa What’s Hot
ini merupakan 1 lagi tools yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan keyword, kita juga boleh mendapatkan keyword yang popular atau sering dicari orang di site ini. Jika anda ingin mengetahui keyword-keyword yang hot dari Alexa Sila ke  Alexa What’s Hot.
5. Twitter
Kalau yang ini pasti semua sudah sedia maklum. Kita boleh mendapatkan keyword yang popular dari trending topic yang ada di Twitter. rasanya tak perlu saya berikan link twitter sebab saya pasti most of us pasti mengetahui link laman sosial twitter.  antara facebook dengan twitter kalau bab hot news twitter lebih updated dan relevan penggunaannya untuk korang applied sbg 1 dari cara pemilihan keyword di entri korang.
6. Yahoo Popular News
Yahoo Popular News juga boleh juga kita manfaatkan untuk mencari keyword yang popular, misalnya dari berita/news popular di Malaysia dan dunia. well mudah je korang boleh view di bahgian sidebar  ataupun di bhgian menu tab apa yang paling popular sekarang di  yahoo malaysia news  dan world yahoo news  .
7. Google Trends
Tool ini jarang digunakan orang tapi sangat berkesan sebenarnya untuk mendapatkan bahan latest yang menarik disini. Di Google Trends kita juga oleh  mengetahui top keyword atau kata kunci yang paling banyak dicari oleh pelayar internet. Tidak percaya? Sila layari Google Trends.  dan ianya adalah percuma.


Inilah sebahagian dari cara mencari keyword yang saya gunakan untuk menentukan keyword yang sesuai  digunakan yang telah saya applied. saya selalu gunakan google adwords dan yahoo news. kepada para otai yang mungkin terbaca entri ni, kalau ada kekurangan or nak tambah boleh berikan pandangan kat kotak komen.entri diatas saya kongsikan just cara nak cari keyword popular dan hot. 

sumber : redzuan-ridz
Anda sedang membaca artikel Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meningkatkan Traffik Blog anda dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/7-cara-mencari-keyword-popular-dan-hot.html. Semoga artikel Cara Mencari Keyword Popular Bagi Meningkatkan Traffik Blog anda ini bermanfaat buat anda.


Post a Comment

 
Blogged.my

Return to top of page Copyright © OCT 2011 | manmala | Mereka Yang Memberi Lebih Mulia Dari Yang Menerima | HackTutors