Ia merupakan lokasi polis rahsia Gaddafi memantau golongan peniaga dan penduduk di bandar ini. Mereka akan dihukum dan dipukul disitu jika melanggar peraturan.
INILAH pintu utama untuk memasuki bilik-bilik dera yangdikendalikan oleh pasukan polis rahsia Gaddafi.
Di bahagian bawah bangunan, terdapat satu pintu yang diperbuat daripada batang-batang besi yang berat. Di sana ada empat buah bilik tahanan yang kecil. Masih ada kesan darah pada dinding yang tidak diketahui siapakah mangsanya.
Gaddafi memerintah Libya selama 42 tahun melalui kekerasan. Ia dapat dilihat dengan jelas menerusi kewujudan bilik-bilik seksaan serta penjara-penjaranya. Seseorang itu boleh ditahan dan diseksa hanya kerana bercakap mengenai sesuatu yang berbau menentang kerajaan.
Related Posts : Isu Semasa
Anda sedang membaca artikel Bilik seksaan Gaddafi ditemui dan link url bagi entri ini adalah http://manmala.blogspot.com/2011/08/bilik-seksaan-gaddafi-ditemui.html. Semoga artikel Bilik seksaan Gaddafi ditemui ini bermanfaat buat anda.
Tags :
Isu Semasa
1 comment
dahsyatnya Gaddafi ni,,,haishh..any problem cannot be solved through kekejaman sangat..
Post a Comment